Followers

Terima Kasih Pakcik Van..harapan ibubapa..

| Tuesday, November 30, 2010 | 0 comments |

(google imej)

Assalamualaikum...
keceriaan yang berlalu pada petang semalam terima dengan redaNya..
disini ku nak ucapkan terima kasih kepada pakcik Hadi..beliau jadi pemandu van Kolej ku
yang membawa kami ke rumah ibubapa pelajar setelah kami membuat
temujanji dengan ibubapa...
pakcik hadi menurut saja..ada kalanya kesian juga...
seharian dia membawa kami ke sana sini...
kami bergerak secara berkumpulan...
kami menggunakan perkhidmatan kenderaan van yang dimiliki
sepenuhnya oleh kolej ku..
disebabkan ada diantara kami tidak mampu lagi untuk membeli kenderaan sendiri..
malah lebih parah lagi tiada lesen dan tidak tahu membawa kenderaan..termasuk diriku
ni yang tidak tahu apa-apa pasal kenderaan..*ini membuat ku lagi kuno dan sedih*
lagi satu ada diantara kumpulan kami juga ada kenderaan sendiri..
tapi mahu menjimatkan duit minyak..
dan juga harga minyak dah naik kan..betul kan..

ku dan dua kawanku yang masih bujang pergi ke rumah ibubapa pelajar yang terakhir
pada petang semalam..*sengeh*
pakcik hadi tolong kami cari rumah tu tapi tak jumpa-jumpa..
sebab lorong jalan yang berlainan tapi satu kawasan taman besar dan luas..
puas juga mencari sehingga lorong jalan tiada di tepi jalan.*ini membuat bertambah lebih sadis*
pakcik menyuruh ku telefon..tapi tak tahu saja masa tu..
manalah tau laluan lorong jalan lain tidak di jejak lagi...
emm bila dah puas mencari rumah ibubapa yang terakhir..
ambil keputusan ku telefon tuan rumah...
bertuah..panggilanku di sambut ..dengan segeranya menyuruh kami datang ke rumah..

bila sudah sampai di rumah ibubapa berkenaan orang rumah yang menyambut kedatangan kami..masa tu suaminya tiada di rumah..pada ketika itu ku ingat pasangan tersebut berada dirumah..
anak-anaknya ramai juga..ada yang masih kecil..*sengeh*..
layanan yang diberi kan oleh orang rumah memang peramah betul..
sehingga tidak sempat ku berkata-kata tujuan kami datang ke rumah..*ketawa*
jadi suasana perbualan tidak jadi bisu seribu bahasa.
orang rumah seolah-olah meletakkan harapan yang tinggi untuk anak meraka
mengikuti program yang dianjurkan oleh kolej ku..*takut juga..harapan yang diberi begitu tinggi*
jadi ku dan kawan dua tu pun tanya juga keadaan pelajaran anak-anak mereka.
emmm agak lama kami berada di rumah ibubapa..
seolah-olah tidak mahu kami pulang dan alang-alang pula di ajak minum..*malu tapi mahu..sengeh..ceh*
tapi kami menolak pelawaan dengan baik..


nota kaki: Alhamdulillah..segala cabaran dan dugaan yang berlaku pada hari ini dan hari-hari yang sebelumnya ku terima dengan redhaNya..amin..wassalam...

Yaadon Ki Baarat..cerita hindustan lama..mengimbau kembali...

| Monday, November 29, 2010 | 2 comments |

(google imej)

Assalamualaikum semua...
di pagi hari ni senyum senyum lah selalu..
jangan buat monyok je tau..*sengeh*
nanti rezeki tak mudah masuk..
harap semua kerja yang dilakukan hari ni lebih baik dari yang sebelumnya...
amin...

pagi semalam ku tidur hanya 2 jam lebih rasanya..
gara-gara "excited" sangat nak tengok citer
"YAADON KI BAARAT"
emmm pernah tak tengok citer tu?
cerita hindustan lama punyer tahun 1973..
cerita ni waktu ku kecik dulu tengok cerita dengan ibuku..
ibuku masa tu sanggup rakam cerita tu guna tape video...hehe..
anak beranak tengok cerita ni...kelakar bila teringat semula...
sebab ibuku dulu pun kaki tengok cerita hindustan
tapi sekarang memang kurang sangat nak tengok..
nak tahu kenapa anda mesti tahu kan filem hindustan sekarang ni tak best
macam dulu punyer..memang jauh berbeza filem-filem dulu dan sekarang kan...
kalau yang tahu kisah yang ku n3 kan kat sini ia tahulah jalan cerita nya macam mana..hehe
lagu-lagu dalam cerita tu semua best...

nota kaki: terima kasih roomateku tolong men"download"kan cerita tu..sama-sama tengok cerita tapi masing-masing guna laptop sendiri-sendiri..nak tengok sorang-sorang baru ada"feel"..*sengal..poyo..sengeh*

mulanya ku berblogging..

| | 2 comments |

(google imej)

salam semua..
lewat pagi begitu belum tidur lagi..
sebab melayan cerita hindustan punyer pasal..*sengeh*
emm pagi-pagi pulak dapat ide 'mulanyer ku berblogging'..
mana-mana pun ada yang tidak terlepas akan menulis n3 sebegini bukan..
ku pun juga begitu...
waktu mula-mula blogku ku wujud..
tujuan asalnya adalah untuk menulis segala aktiviti harian diari praktikelku
selama 4 bulan..
nak tulis dalam buku diary takut terlupa nak mencatatnya..
ku ni mudah lupa dan terlupa orangnyer..*sadis betul*
masa tu gaya penulisku memang teruk..dengan tulisan 'shortform' seperti tulis dalam mesej..
memang terlalu singkat perkataan yang ku gunakan..
dan dah sememangnya merosak penggunaan bahasa melayu yang betul..
ku nak link kan n3 yang dulu-dulu pun malu..bahasa melayu tak betul..
tapi kali ni kena belajar dan belajar untuk ku menulis..dengan cara ku singgah mana-mana blog dan lihat gaya bahasa digunakan..
bukannya disini nak meniru siapa-siapa..
tapi apa salahnya ambil yang baik jadi ikutan..
tapi bukan juga tiada identiti sendiri untuk ku nak ciplak seperti
penggunaan bahasa yang mereka gunakan..
apa salahnya kita mempelajari sesuatu penggunaan bahasa kan...

nota kaki: bila mood nak menulis tu datang..ide datangnya mencurah-curah...tapi tak pe lah..ambil masa untuk di ceritakan..wassalam...

kecuaian aku yang tidak disengajakan lagi...memang cuai...

| | 2 comments |
(google imej)


salam semua...
macam keadaan bloggers semua..?diharap semuanya sihat..
ceria-ceria la selalu ea dengan senyuman bibir gitu..
senyulah sikit..senyuman tu kan suatu sedekah...:)


ok..ku sudah membuat pembuka bicara..
emm tu la semolek-moleknyer kan..*sengeh*..
emmm baru tadi selesai juga kerja memfailkan data-data pelajar..
sebab 4 haribulan ni ku ada program anak angkat kat kolej aku..
untuk sesi pendaftaran untuk tahun 1 hingga 5..
emm ada serba sedikit program untuk budak-budak sekolah ni..
kiranya memberi sedikit motivasi kepada pelajar
dan tak lupa juga ada juga sesi taklimat untuk ibubapa pelajar..


jadi semakin dekat dengan program tersebut...
aku kena buat "phone calling atau sms" kepada semua ibubapa pelajar..
jadi yang tak dapat hadir pada bulan-bulan yang lepas akan dipanggil semula
untuk ingatkan ibubapa pelajar yang ingin hadir pada tarikh berkenaan..

emmm n3 kali ini..kecuaian yang tidak disengajakan lagi..
memang teruk betul aku ni..
hanya kerana "sms"..
untuk ku membuat temujanji dengan ibubapa pelajar
bagi membincang program-program yang akan dijalan untuk tahun hadapan...
begini "sms"nyer kuhantar kepada ibubapa berkenaan..



"salam@selamat sejahtera..sy nor dalila dr Kolej Teknologi Alpha..saya ingin
membuat temujanji dengan tn/pn mengenai program yg ditawarkan utk Amiratul Nurnajwa Huda..sy cdgkan temujnji dibuat pd 30/11/2011 iaitu hari Rabu di rumah tn/pn pd pukul 6 ptg"


masa ku hantar ku tidak perasan hari dan tahun itu salah...huhu..
ku dapat mesej dari ibubapa tersebut


"thun depn ke thun ni?"
"Maaf salah letak tahun..tahun ni"..mesej ku balas semula..


myroomate terperasan ku dah tak tersengaja ku buat temujanji dengan ibubapa..
sebab dia terlihat dalam beberapa fail pelajar yang telah ku buat hari dan tahun yang salah...
YaAllah memang waktu tu ku dan roomate jadi ke"stres"san melandiri diri kami berdua...
*masa tu juga kami boleh lagi gelak-gelak*
aku balas mesej dengan memperbetulkan hari dan tahun..
dan ibubapa berkenaan balas semula mesej ku begini..


"beragan(berangan) ke ni hb pun lupa thn pun lupa terigat(teringat) kt pawe(pakwe) ke"


adusss...aku tak berkecil hati hati pun dengan kata-kata tersebut..
pipiku jadi merah-merah pulak...*gedikssnyew*
sebalik aku dan roomate ketawa sampai kecut perut...*ketawa*
ku balas lagi ucap minta maaf banyak-banyak..




nota kaki: memang ada kalanya aku buat kerja..aku nak fokus..tapi buat kerja mesti otak ku lain..dengan kata lain berangan..diri sendiri pun tak tahu apa lah yang aku fikirkan sebenarnya...

alkisahnye malam kelmarin...

| Sunday, November 28, 2010 | 3 comments |
(google imej)



Assalamualaikum...
apa khabar semua?
diharap aktiviti yang dirancang dapat dilakukan sebaik mungkin ea...
setelah dua hari aku tak update blog walau ada entry nak dikongsikan..
walaupun n3 yang dicerita memang tidak memang tidak se gah mana pun...wakaka...
kadang-kadang tu amik mood nak update..time malas tu memang tak kuasa nk update..
ceh..pengakuan ikhlas tuuu..huhu..
pagi-pagi dah blogwalking sampai la tengahari tadi walaupun tak tinggal jejak pun dimana-mana..
huhu..pengakuan lagi nih...


ni punyer cerita malam kelmarin..kerana baru hari ni mood nk update...cait!!
myroomate la kan dengan tiba-tiba nak makan kuaci..tergerak hati tak nk kuar malam-malam
tapi ikut hati gak malam tu nk gak main kunyah-kunyah makanan..
abis tu ko nak kunyah pe hah?!!..
aku pun dengan rela hati ikut myroomate kuar nk beli kuaci..
beli kuaci dekat dekat petronas..sebelah tu plak ada taman yang di panggil CITY PARK SEREMBAN DUA...

haaa dh dapat kuaci yang dihajati..aku dan roomateku terus pergi ke taman tu..
woooo..pergi taman tu malam-malam...seram sejuk kaki ku masa tu..tapi tak tau nape..
jeng..jeng..jeng...
kami berdua duduk kat tangga berhadapan dengan tasik buatan...huhu..
gelap gelita juga walaupun banyak lampun di sekeliling taman tu..
skodeng-skodeng gak pasangan yang yang hangat bercinta..wakaka...
makan n makan kuaci tu sambil-sambil tengok sekeliling..

n then terdengar la wisel..rupanyer dari parguard...kira macam meng'halau' pasangan
bercinta meninggal tempat tu..
kami berdua lihat dari jauh je dengan bayang-bayang manusia-manusia...huhu..
emm dh dengar wisel tu..
kami pun lihat pakgard tu macam nak ke arah kami...
kami pun memang dah rase nk balik setelah kami duk makan kuaci kat situ...
pakguard tu tak ke arah kami..
kami terus berjalan nak balik..
pastu tiba-tiba je parkgard tu tegu kami

"kamu berdua kan yang duduk kat tangga depan tasik tu kan"\
"ye kami berdua duduk kat situ"
"pakcik amik gambar kamu berdua kat situ..sebab ada pasangan duduk-duduk lagi kat kawasan ni.."
"00000..."..
"kamu tak perasan ke pakcik amik gambar kamu berdua"
"tak..(dalam hati ku..mana la tau...tak perasan..kawasan separuh gelap dan terang macam nak perasan..huhu..lebih-lebih lagi time kami makan kuaci..hehe..)
"kat sini dah de kes bunuh kat taman ni..budak sekolah menengah kena bunuh sebab bfnyer hentak dengan helmet...kalu nak putus cinta pun..jangan la sampai nk berbunuh-bunuh,,"..pakgurd cerita tuuuu...huhu...
"dah lama kes bunuh tu berlaku?"kami berdua tanya..
"dah lama dah...sebulan yang lalu.."
"uishhh..baru lagi tu pakcik..."..(patut la seram sejuk je kaki bila nk jejak kat taman tu malam kelmarin..huhu...)
ni la first time aku kuar malam nk g ke taman tu....huhu...kuno betul aku ni...

emmm nak terima ke tak...

| Friday, November 26, 2010 | 2 comments |
(google imej)



ibu:long mari sini kejap..de hal hal skit mak nak cakap nie...(time tu duk depan tv cter best..dh kena panggil plak..adesss....getus dalam hati...huhu...)


long:de pe mak panggil long..orang sedap-sedap tgk tv cter best tuuu...ngehngeh...(bertuah punyer budak kate cm tu plak kat mak..nk kena lempang tak...:P)


ibu: laaa mak panggil anak mak pun x boleh ke?de la mak nk bagitau skit ni..tp long jangan terkejut dah la..mak nak bagitau nie takut-takut long tak percaya plak pe yang mak nk cakapkan nie...mak nak bgtau ni rasa xsedap hati pun de..rasa berdebar-debar pun de...(time dengar ni..ishh suspes-suspen sungguh..huhu...pe la yang mak nk bgtau ni..huhu..)


long:(dahi berkerut...)ishh mak ni wat suspen jerk...long pun dengar macam-macam pk ni..pe yang mak nk bgtau kat long...huhu...


(mak dengan tarik nafas dalam-dalam nak bagitau...dan pandang tepat ke wajah long...seolah-olah nk bgtau mata mak tak berkedip..huhu...wat takut pandang wajah mak nie...tapi tengok wajah mak tenang jerk..huhu..long plak yang berdebar tahap yang tak boleh kata pe dah.....huhu)


ibu:long dengar sini bai-baik mak nak bgtau long ni...(sambil-sambil pengang tangan long..tangan mak sejuk dan ada kalanya panas...(=___=)..)..long minggu lepas de orang datang ke rumah nak masuk meminag long...orang tu pun dh beri mak cincin ni..(mak tunjuk bekas cincin bentuk love...dalam hati rasa memang terperanjat sangat-sangat...suka pun de...tapi dah la orang tu aku tak tau sapa orang yang datang tu..kenal ke tak orang yang datang tu..huhu...dalam hati berkata-kata lagi..time tu aku diam je dulu pe yang mak kata..pandang dulu bekas cincin tu...n tak tau lagi bentuk cincin tu lagu mana...)


long:(huhu..cuba kawal nk bgtau pe yang tersirat dalam hati nih...berat hati juga nk bgtau..tak kn nak diam selamanya plak...adesss)...mak, long tau ke sape orang yang datang ke rumah kita tu...long kenal sangat ke dia tu...dia tu orang mana..(lepas satu persatu soalan long beri kat mak..tp de lagi nih..huhu...)..emmm orang tu kije pe...haaa...yang ni terus terang long cakap kat mak...mak bgtau kat orang tu tak yang anak mak ni tak tahu masak ke..tak pun jarang sangat duk dapur...yang anak mak ni tau makan je....(yang rasa nk gelak pun de bila bgtau cm tu..huhu...malu..malu....ishhissshhh anak dara sapo la nih...ngehngeh...)


ibu: mak pun dh beritau perangai long cm mane...mak pun dah tahu latarbelakang famili dia...dia kawan mak...anak lelaki dia nk masuk meminang long baik orang nya...long memang tak kenal dia...tak penah jumpa pun..kalu long nk tau dia kije pe long tanya sendiri...(dalam hati kata...tp cm mana dia kenal aku nih...huhu..buat diri nih tertanye-tanyer...takkan nk p tnye plak..pp merahmerah weiii....miang sungguh hang..)...dia orang JB...dekat kan..nti senang nk ulang balik kmpung..(mak ni nampak sangat suruh terima pinangan tuh....pndy plak tu memujuk...uhukuhukuhuk...)...tp kalu long terima pinangan ni mak pun gembira la jugak tak pun sebelum mak tutup mata mak nk tgk long kawen..de keluarga sendiri...


long: ishhh mak nie...jangan la cakap macam tu...long pun tak nak terburu-buru soal kawen ni..boleh long pk dulu cm mana..haaa lupa plak nk tnya mak..de gmbar dia tak...tp jangan pk la long pilih rupa..hihi...sekali skala pe salahnya nk tengok gmbar dia dulu kan...(ammmmboiiii gatai sungguh hang...geedikkkss..)..


ibu: long nieeee..nti mak tunjukkan gambarnyer...janganla hang kalut sangat...(huhu..terbit loghat kedoh pulok mak nihhh..hehe..)..mak nk jawapan long tau macam mana terima atau tak...jangan lupa..mak nak jawapan long tu kalu boleh secepat yang mungkin...


long: emmm ye la mak..nti long pk kannya cm ne dulu...tp pun jgn lupe plak td mak dh jnji nk tunjukkan ganbar tu..hehe...(dalam hati lg nih..YaAllah cm cepat bebenor suruh ku kawen..kang tak terima..takut menyesal plak dikemudian hari..haishhh macam mana la nie ea..nk terima ke tak...dh la terbyang-bayang macam mana rupa dia...hbuhuhu..suspen betul...emmm..takkan buka bekas cincin tu buat masa nie...huhu..pening-pening...)





not kaki: cerita dia atas tak kena mengena denga sapa-sapa samada yang hidup atau yang tlh meninggal dunia..cerita ni ikut kepala otak haku gak..ngehngeh....kalu terjd gk kat diri haku nih...waaaa..mati hidup semula ....(=_____+)...sori ea kalu story morey haku ni memang x best di hati orang yang membacanyer.....huhuhu...

emmmm.anak dara sorang nih...

| Tuesday, November 23, 2010 | 2 comments |
ibu: (ketukan pintu bilik bertalu-talu)..long bangun..dah tengahari ni tak bangun tido lagi ke..bangun cepat..(suara agak tinggi skit)

long:(masih atas katil lagi..liat betul nak bangun..getus dalam hati...huhu..)..yelayela..nak bangun la nie..(mamai dari bangun tido..paham-paham sendiri la eak kalu bangun tido macam mana...ngehngeh..)..ada apa mak..(sambil mengenyeh mata ada taik mata melekat...teruk punyer perangai..naseb beik tak kuar liur basi..(=____+)...)

ibu: buka pintu nie cepat..mak nak masuk nie..(nada geram...)
long: emmmm...(buka pintu dengan lemah longlai...cm katak...:P)...

ibu: nih, kemas tempat tido tu..dah macam hapa tah mak tengok...buat malu je kalu ada tengok bilik anak dara sorang nih...tak lama lagi dah nak berlaki...
long: ishhh mak nieee..ke situ plak..lambat lagi la mak.(buat muncung panjang sedepa...(=____=)...)

ibu: g mandi..lepas ni mak nak long buat kerja umah...mak nak duduk-duduk dan nak tengok anak mak sorang nih buat kerja umah...boleh buat ke tak....?
long: laaa mak nie....suruh la angah buat..suruh angah buat ea..(buat muka seposen)
ibu: long...masa ni la nak tau buat kerja umah macam mana...jangan nanti nak kawin satu hapa tak buat buat..jangan menyesal nanti...apa-apa nanti dah ada tanggungjawab...
long:emmm yelayela...tapi hari ni long nak masak-masak je boleh? n kemas-kemas rumah nih biar angah n adik-adik buat..(meminta simpati lagi..issshhh teruk bebenor perangai)...

ibu: emmm nak harapkan korang nih payah betul la...mak minta tolong skit je..takkan la tu pun tak boleh...
long: ye la mak..long salah mak...long minta maaf mak ea...senyum skit mak...(cium tangan mak..minta maaf)...
ibu: emmm g mandi cepat...dah bau semacam dah nie...(hehehe..sama-sama sengeh..)

ibu: emmm kan dah wangi anak mak nie..macam nie baru anak mak...(kembang kuncup di puji..ngehngeh)..hari ni mak nak long masak dua jenis lauk je mak minta..masak ikan siakap sambal tumis dan sayur goreng campur...
long: emmm macam senang je mak..ok long try buat n main campak-campak je bahan tu ea...hehe..kalu tak jadi minta ampun minta maaf...hehe...
ibu: emmmm macam-macam...


(bertungkus lumus didapur..seorang diri ddapur..ibu hanya menunggu hindangan diatas meja makan...huhu..segala penat lelah...ceh lelah la sangat..:P..akhirnya siap juga hidangan istimewa ini...oppppss tarakk gambar rrr...(=____+)..)

long: mak tengok hindangan long macam ne? cepat rr mak rasa masakan long nih...(ibu jadi juri..ngehngeh)
ibu:(dah rasa skit...)emmm sedap..bukan tak pandai buat..penyakit M tu ada...nti boleh la long masak lagi..
long: heheh..ikut mood laa mak nak masak-masak nie...mak masak lagi sedap..hehe...
ibu:betuah punya budak..(ku sengeh...ngehngeh...)

p/s:cerita di atas adalah rekaan semata-mata mengikut kepala otakku..ngehngeh...kalu de pun skit-skit je..tak sume...huhuhu...(=____=)

selera tinggi...

| Monday, November 22, 2010 | 2 comments |
(google imej)


salam semua..
emmm rindunyer...
rindu sebab lama betul tak update blog...ahaksszz..
dah seminggu tak memenuhi ruangan blog aku...huhu...
macam mana raya korban yang lalu...?meriah tak?
aku balik kampung hari tu my mom ambil aku dari seremban dan ambil abah ku kat
kl plak..n then terus balik kampung...dalam 5 hari kat kampuung
tapi petang raya dah balik melaka plak...huhu
tautau je la kan..kalu raya korban dapat daging punyer lah banyak..
tapi ada lagi yang layak dapat daging tu..emmm tp tu la rezeki pulak
melimpah ruah...my mom pon masak la daging sambal tumis dan sup tulang...
makan..makan dan makan..daging..punyer la sedap weiii..
bila dah makan banyak..jadi pening kepala aku weii...sapa suruh ko makan
banyak..ngehngeh.....
rasa macam lama tak makan daging...huhu..ok tipu je...ooppss sori...
tiba la masanya untuk mengurangkannya..hehe...
bila dah kenaikan berat badan dah domok...kena la kurang makanan yang berlemak...
huhu....ye la bila dah makan benda sedap dah tak ingat dunia dah..main lanyak atau
sebedal-bedalnya..hehe...

adushhhh...tersalah call lagi...

| Thursday, November 11, 2010 | 2 comments |



salam semua...
hari ini berlaku tanpa aku duga...adesss...
aku tersalah call lagi...ni dah masuk dah kali kedua..
T_____T
mulanya aku call nama guru kaunseling untuk aku tanya mengenai
surat maklum balas ibubapa pelajar untuk
program anak angkat Kolej Alpha...
time tu aku dah call dua kali dia jawab...
masa kali pertama aku call ok, katanya surat akan hantar kat pejabat
tengahari tadi aku call buat kali kedua tanya perkara yang sama..
tapi kali ni suaranya macam nak tak nak bercakap dengan aku dan terus dia letak telefon..
dalam hati ni masa tu..huhu..tersentap juga...
aku n myroomate pergi untuk aku berjumpa dengan guru berkenaan..
tapi aku pula rasa keliru..ada yang kata ada guru lain plak yang handle surat maklumbalas...
huhu..mati kutu aku dibuatnya...balik dari sekolah dengan perasaan kecewa..waaa..
pastu aku tengok balik nombor telefon dan nama guru tu kat hp aku...
ishh takkan lah aku salah call plak..tp hati ni rasa macam dah tak sedap hati plak time tu..
sekejap rasa betul yang aku call tu guru..takut-takut yang aku call tu parents...waaaa...
bila aku kaji dan berfikir banyak kali..
arghhhh memang aku rasa dah salah call....dalam kepala otak aku ni macam mana aku nak buat...dah la geng aku tak tau...T______T
disebabkan nama guru dan parent tu sama...adusssss...
cara penyelesaian..aku mesej balik..minta maaf banyak-banyak...
bukan aku sengaja suka-suka hati buat salah...
ini berlaku di luar jangka...
bukan juga sengaja cuai atau leka...
ini betul-betul cubaan....waaaaaa...T_______T

Beringat-ingatlah.....

| Tuesday, November 9, 2010 | 1 comments |
RUKUN ISLAM ADA LIMA PERKARA


MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH



MENUNAIKAN SOLAT FARDHU LIMA WAKTU

BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN


MEMBAYAR ZAKAT-ZAKAT FITRAH, ZAKAT HARTA


MENUNAIKAN HAJI DI MEKAH BAGI MEREKA YANG MAMPU


apa yang penting....

| | 0 comments |


a.k.u


d.i.a


k.a.m.u



salam semua...
emmm macam cinta tiga segi plak...
oppsss..tidakkkk...aik macam tak mengaku jew...(=______+)
bukan..bukan...
emmm straight to the point k...
dalam kerja secara kumpulan mesti ada perselisihan faham dan pertelegahan..
jangan cepat melatah dalam pelbagai situasi...
cari penyelesaian sebaik mungkin...
apa yang penting seperti kata cerita

WoNdERpEt

::kErjAsAmA::



Muhasabah cinta

| | 0 comments |






Muhasabah Cinta Lyrics
by Edcoustic

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

courtesy TopLyrics.Info
Reff. :

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Top Lyrics Edcoustic – Muhasabah Cinta Lyrics

kerja macam rileks..huhuhu....

| Monday, November 8, 2010 | 0 comments |

salam semua...huhu...dah beberapa hari tak hupdate blog aku nih...dah bersewang yang dikerumini banyak benda...ishhh dah melalut..ok...emmm nak tulis blog pun kena mood gak...berhari-hari gak bukak blog tapi satu hape tak tau nak buat entry pe..(=_____=)

emmm apa-apa jelah...emmm kalu ada mood buat buat je lah kalu tak ada buat duno je...ting..tong..ketuk diri sendiri kang baru tau...wekkkkk...


kerja n kerja...setiap hari ada orang bekerja kan...lalala..ada yang kerja pakai punchcard..ikut partime ada gak kan..ye la masing-masing ada yang nak cari pendapatan lebih dan nak timba pengalaman kerja...(>______<)...sesetengah tu kerja sampai ke malam..amik OT...ishhh tak ada kerja mudah kan.....(=______+)


aku ni kerja macam tak kerja...lebih-lebih lagi tak pakai punchcard...pergi ke sekolah kalu ada apa-apa program yang dirancang oleh pihak kolej aku..baru lah aku dan then geng pergi ke sekolah masing-masing...pastu surat-surat dan kerja-kerja fotostate dan melipat-lipat kertas..dan caling parent tu kerja kami...emmm dekat-dekat nak ada program tu bermula baru nampak kebiziannya...huhu...emm kerja tak ikut masuk waktu pejabat..kitorang kena manage sendiri waktu kerja..dan nak cuti pun pilih cuti mana yang sesuai........tp yang penting sekali tak bercanggah dengan waktu bekerja...emmm...kalu dah bosan sangat tak tau nak buat apa kan..kerjanya lepak dalam bilik ngadap lappy..tak pun tidur dan makan...yum..yum..(=_____=)






::ibarat putaran roda::

| Monday, November 1, 2010 | 0 comments |
(google imej)

salam semua...emmm hidup ni kan ibarat putaran roda...
seperti...
permulaan percintaan...manis..semanis-manis madu....emmm seerat-eratnya percintaan tu..huhu..tak nak berpisah buat selamanya..uhuhu..ayat tu tak boleh blah..lalala..:P
frust menonggeng plak..hidup kacau bilau..teringat zaman-zaman bercinta..nak hidup semati..tp nak buat macam mana kena tinggal...(T____T)
kahwin...bila tak ada persefahaman..cerai..samada rela atau tak rela..cerai hidup atau mati
hidup...meninggal dunia(perkataan tu lembut skit...)..meninggal atau kematian tu secara tiba-tiba atau sebaliknya..
janda...emmm berhiasa la eak..ishh memandai plak aku nih...(=_____+)
kalu duda..apa pulak ea...uhukuhuhk...


dah belajar ke peringkat lebih tinggi...pastu cari kerja..cari-cari tak dapat..orang kata apa belum ada rezeki lagi..dah usaha sekali pun..mungkin ini satu ujian..kalu tak usaha..malah memilih kerja sangat..alamatnya tak berkerja la jawabnya...dengan kata lain jadi penganggur...

kawin awal...kata nak sangat kawin..
kawin lewat...andartu..kalu kaum adam kawin lewat..istilahnya apa...bujang tua ke...lalala..
hantaran mahal...membazir..nk jual anak ke...
hantaran murah..mesti ada apa-apa nih..tak pun asal murah sangat...emmm



emmm..ini sebahagian yang aku tau dan korang mesti lebih tau perkara di atas tu..emm kalu ada salah entry yang aku tulis tu tegur la secara berhemah..wakakaka...(=______=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...