Followers

kerana CSL..

| Sunday, January 9, 2011 | 1 comments |
salam kepada pembaca maya ku..ada diantara kalian sudah mengetahui pemenang AJL bukan..jadi tidak perlu lah aku menyebutnya sebab rata-ratanya sudah mengetahui..

ok aku juga nak ucapkan terima kepada kalian juga kerana sudi juga singgah di blog ku..aku hargai..insyallah aku juga kan singgah di teratak kalian juga ya..sama-sama memberi dan menerima..:)

entry kali ni kerana CSL..'straight to the point' la ye..aku, ina dan miza rancang mahu pergi ke Jaya jusco di Seremban Dua..jadi bertiga berjalan kaki dalam pukul 8 malam..ina mahu beli komik dan hajatnya sudah tercapai..seterusnya kami bertiga pergi ke 'part' beli makanan jajan..masa tu perut tengah berkeroncong..hehe..beli segala apa yang di depan mata masing-masing..

dalam otak kami bertiga mahu tengok AJL..sudah alang-alang kami bertiga sudah membeli barang di JJ..sebab di rumah sewa tiada TV..huhu..emm masa tu juga kami main tarik-tarik tali mahu tengok AJL atau tak...jadi kami bertiga dah sepakat mahu pergi tengok AJL di Restoran NS Corner sambil-sambil kami membawa barang yang kami beli di JJ..sebaliknya berlaku bila kami sampai, restoran tu buka siaran bola sepak..*kecewa...dalam kami bertiga nak tengok juga kan kami kena paksa pergi Restoran Aiza sebab restoran tu je yang pasang AJL..


di restoran tu kami bertiga 'order' air dan ina pekena roti telur..aku dan miza makan benda yang segara yang kami beli makanan di JJ..jimat duit...huhu..tengah kami bertiga makan sedap-sedap, tokey restoren tu tukar siaran bola sepak..ahhh lagi bertambah kecewa..sudah la pelanggan di situ juga mengeluh..kami bertiga makan cepat, kami bergerak sepantas yang mungkin..huhu..pelanggan yang tengah syok-syok tengok AJL pun segera meninggalkan tempat duduk..huhu..
[maaf ye..ini lukisan yang ku cuba buat..hehe..*nak sangat tengokkan AJL..nah ni jadinya..jangan jadi ikutan seperti ini..huhu]


[google]


dengan membawa duka dan kecewa..*cewahh ayat tak boleh blah..lepas itu, baru ina teringat, dia ada CSL phone..dari hensetnya ada 'area' boleh tengok tv..kami gembira bukan kepalang..sambil kami bertiga berjalan kaki mahu pulang ke rumah, tengah alang-alang tu juga kami menonton AJL..hehe..teruja kami dibuatnya..


bila dah sampai rumah kami bertiga cuba cari juga AJL secara online tapi tak dapat..nak tak nak kami bertiga tengok juga dekat CSL kepunyaan ina...tiba-tiba bateri pula 'low'..kena caj..dua tiga minit tengok semula AJL kat CSL..lepas tu berlaku perkara yang sama dan begitu la seterusnya ia berlaku..huhu..


nota kaki: kenangan tidak di lupakan berjalan kaki bersama mereka berdua..
penuh dengan gelak ketawa..
terasa jiwa tenang dan gembira..

setelah bertegang urat..akhirnya dapat apa yang aku mahu iaitu 'LIKE'..

| Wednesday, January 5, 2011 | 0 comments |
salam kepada pembaca mayaku..macam mana aktiviti kalian hari ni..ada baikkah? di kala kalian ada masalah cuba cari penyelesaian sebaik mungkin..mungkin ada hikmahnya di sebaliknya..di kala itu juga beri la sedikit senyuma ya..ishh memandai je aku ni kan..:D



dengan hati yang riang di malam hari yang gelap gelita ni kan aku dah dapat apa yang aku nak iaitu 'LIKE'..aku mahu sangat nak benda tu kan sampai aku telefon adik perempuan aku dan aku tanya macam mana nak buat benda tu..jadi adik aku suruh aku pergi ke blog maribinablog..klik sini..


[air yang cincang takkan putus dan bagai isi dengan kuku]

aku ikut langkah demi langkah apa yang di tunjukkan di blog tu..tapi tak berjaya..sudah banyak kali cuba dan terus mencuba tapi langsung tak menjadi..apatah lagi tengok pula coding banyak..dan lebih menyakitkan diri sendiri..aku buta it sikit..:P..

dengan penyelesaian aku ambil aku telefon adik aku sekali lagimacam mana buat walaupun aku ikut 'step' demi 'step' kan..sehingga kami berdua bertegang urat dalam talian..bergaduh la jawabnya..akhirnya adik aku ambil kata putus dia menawarkan biar dia yang buat "LIKE" tu kat blog aku..aku dengan hati gembira tapi aku pula main tarik-tarik tali..sehingga aku buat dia marah..hehe...

jadi dengan kepakaran adik yang ambil kursus IT tu ..dia minta pasword,nama blog aku...bila dia buat sekejap saja tak sampai beberapa minit..benda tu dah siap..adik aku dah minta upah..kiranya kena bagi hadiah lah kat dia lah..sebab tak lama lagi hari jadi dia 8 januari ni..kurang asam..macam-macam pula hadiah yang diminta..nak cekau duit kat mana tu...:P


nota kaki: terasa manis lagi di mulut ni makan popcorn..hehe..

aku suka 'LIKE'..nak ikut ke tak ku tak kisah pun...

| | 4 comments |
salam kepada semua...diharap kalian ceria ok..huhu kat seremban sekarang hujan lebat dan angin yang bertiup kencang...sudah mula rasa sejuk..weee..

berani pula aku update waktu tengah hujan..takut pulak petir dan guruh segala bagai...waaa..






ok la..haaa lebih baik aku terus saja kan..aku suka LIKE kat ruangan bloggers..senang sikit..siapa-siapa ada ruangan LIKE tu beruntung la ye..hehehe..tapi aku sendiri tak ada benda tu..huhu..macam mana nak buat ea?kongsi sikit..:)

lagi satu..bila dah jengah je kat mana-mana bloggers mood nk beri beri komen kena ada gak..ye la bila nk beri komen terbantut sebab lebih kurang jugak komen yang diberi oleh bloggers lain..kalu ada ruangan LIKE tu lagi memudahkan kerja aku...ngehngeh..nampak sangat aku malas nak komen..:p

'silent reader' memang jadi habit aku..tu pon kecoh nak bagitau orang..ahh aku tak peduli..aku tak kisah...=__+..
haaa jika siapa-siapa juga nak suruh aku 'follow' blog kalian tinggalkan ruang kat shoutbox tu..tak pun tinggalkan je kat ruang komen..senang kan..aku pun jenis tak kisah kalu tak 'follow blog aku..janji yang ikhlas je yang nak 'f0llow'..sebab aku jenis yang 'kejam' gak la dulu-dulu..nk suruh orang follow blog aku..aku mula la 'chat' kat ruangan SB..'i dah follow u n follow me back'..jadi aku dah tak mahu guna kaedah tu..buat orang menyampah lagi ada kan..=___=

kena ceria..:D

| Tuesday, January 4, 2011 | 0 comments |
salam kepada pembaca maya ku..di harap kalian semua ceria di hari yang baik ini..jangan lupa senyum selalu ok..

ahhh semalam emo pula ..jadi lebih baik lupakan yang tiada kesudahan..mulakan dengan hari-hari yang ceria..yeahhh..

pagi seperti biasa anak dara yang selalu bangun lambat tp pagi tadi awal sikit..hehe..sebab lapor..tapi sebelum tu belum siap satu apa untuk sarapan pagi..cadang nak makan mee sedap..huhu..sebenarnya tak elok untuk kesihatan..


roomate ku pula ajak aku pergi pejabat kolej alpha..dah la masa tu belom mandi..belom lagi sarapan pagi..aduyai..masa tu juga roomate aku kena pergi tuisyen mengajar kat rumah pelajar..so, tak jadi pula pergi waktu tu..aku yang jadi mangsa keadaannya..kena bersiap-siap..huhu..terkocoh-kocoh sikit pun ada..nasib baik roomate jenis lembut hati sanggup tunggu aku nak bersiap-siap..

dengan semangatnya kami berdua nak pergi pejabat..emmm agak melaram-laram jugak..oppss sudah tergedik..:P..masuk je bilik pejabat kami tengok seorang pun tak ada kat pejabat..yang ada masa tu CEO kolej aku..

kami berdua pergi pejabat mesti bersebab..bukan suka suki nak duduk sana..ahakss..kami kena selesaikan isi borang untuk aku konvo..kalau diikutkan bulan 3 ni konvo tapi ditunda pulak pada bulan 9..ini pun takut ada perubahan lain pula..

part sedih..tak lama lagi aku dah tak duduk di seremban..keputusannya kena ikut cakap orang tua..kena ikut..atas sebab-sebab tertentu dan keterpaksaan kena pergi balik melaka..(T___T)..

simpan segala....huhu..

| | 0 comments |
waktu kita masih kanak-kanak, semua yang kita ingin semua dapat..
ibubapa menurut saja kata anak..
ibubapa memahami kita ketika itu..

tapi berlainan jauh sungguh disudut hati
bila hati makin seolah-olah di hiris-hiris segala..
bukan marah kepada siapa-siapa..
dalam diri yang sering memberontak
mahu di luahkan
tapi biarkan begitu saja

makin hari simpan segala terkumpul
takut pula menjadi bom atom
dan lebih parah lagi
tidak dapat mengawal diri..
keadaan sungguh dalam keterpaksaan
makin kerap keluh kesah
apatah lagi selalu megeluh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...