Followers

setelah bertegang urat..akhirnya dapat apa yang aku mahu iaitu 'LIKE'..

| Wednesday, January 5, 2011 | |
salam kepada pembaca mayaku..macam mana aktiviti kalian hari ni..ada baikkah? di kala kalian ada masalah cuba cari penyelesaian sebaik mungkin..mungkin ada hikmahnya di sebaliknya..di kala itu juga beri la sedikit senyuma ya..ishh memandai je aku ni kan..:D



dengan hati yang riang di malam hari yang gelap gelita ni kan aku dah dapat apa yang aku nak iaitu 'LIKE'..aku mahu sangat nak benda tu kan sampai aku telefon adik perempuan aku dan aku tanya macam mana nak buat benda tu..jadi adik aku suruh aku pergi ke blog maribinablog..klik sini..


[air yang cincang takkan putus dan bagai isi dengan kuku]

aku ikut langkah demi langkah apa yang di tunjukkan di blog tu..tapi tak berjaya..sudah banyak kali cuba dan terus mencuba tapi langsung tak menjadi..apatah lagi tengok pula coding banyak..dan lebih menyakitkan diri sendiri..aku buta it sikit..:P..

dengan penyelesaian aku ambil aku telefon adik aku sekali lagimacam mana buat walaupun aku ikut 'step' demi 'step' kan..sehingga kami berdua bertegang urat dalam talian..bergaduh la jawabnya..akhirnya adik aku ambil kata putus dia menawarkan biar dia yang buat "LIKE" tu kat blog aku..aku dengan hati gembira tapi aku pula main tarik-tarik tali..sehingga aku buat dia marah..hehe...

jadi dengan kepakaran adik yang ambil kursus IT tu ..dia minta pasword,nama blog aku...bila dia buat sekejap saja tak sampai beberapa minit..benda tu dah siap..adik aku dah minta upah..kiranya kena bagi hadiah lah kat dia lah..sebab tak lama lagi hari jadi dia 8 januari ni..kurang asam..macam-macam pula hadiah yang diminta..nak cekau duit kat mana tu...:P


nota kaki: terasa manis lagi di mulut ni makan popcorn..hehe..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...