Followers

dah berhenti..mungkin ada hikmahnya...

| Tuesday, April 12, 2011 | 3 comments |
Assalamualaikum...

emm lama betol tak update..mana taknya asyik dengan moody je memanjang..jadi hilang la mood nak menulis..ishh kadang-kadang tu moody yang datang tanpa di undang aku jadi ikutkan sangat hati perasaan tuh..perasaan la sangat kan..huhu..


dua hari sebelum masuk awal bulan april lalu aku dah berhenti kerja partime coffeehouse..mana taknya masuk kerja pukul 7 pagi dah terpacak kat sana..huhu..masa tu boleh tahan la kerjanya..semua nak kena cepat..dan time kerja tu jugak manusia tak dapat lari dari tekanan..betul tak..emm rasa la sekejap duit gaji sendiri..sekurang-kurangnya nak kena tahu gak cara orang bekerja nih..berhenti kerja awal mungkin ni la kot akibatnya tak dapat restu ibubapa..


ok,mula-mula tu aku tanamkan niat nk kerja tu..masa tu aku fikir dari duk terperuk kat umah tak buat apa..jawabnya cari kerja..dalam keadaan kedegilan aku ni, abahku suruh aku amik test komputer belajar kereta untuk kali keduanya..ishh buat malu je kan..huhu..dan sampai sekarang tak amik-amik lagi ujian tu..nak amik test tu dah takut ni kan pulak nanti belajar bawak kereta..ketakutan yang tak dapat di bendung..fobia..mak abah asyik duk tanya bila nak amik test tu..waaa..haaa masa tu kesibukan dan kedegilan aku kerja kat situ..


first, time temuduga dengan supervisor..aku nak kerja partime je n tak nak jadi staff..kalu jadi staff kena buka tudung..walaupun gaji staff tu ada elaun dan kwsp..tak nak aku menambahkan dosa..dosa yang sedia ni pon rasa macam tak tertanggung..


emm dalam tempoh dua tiga bekerja aku pakai inner untuk sarung tangan..beberapakali gak time kerja tu kena tegur supervisor cz dia tak bagi aku pakai katanya manager tak bagi pakai inner sarung tangan..nak tak kena la buka..mujur lengan baju kerja labuh sikit itu bawah siku..manager pulak bukan islam cz dia dah perhati aku kerja pakai sarung tangan..dengan keadaan tak rela aku kena buka gak sarung tangan..masa tu dalam kepala otak duk fikir pasal dosa..tu tak masuk lagi bab solat...solat pun dah jadi lompang-lompang..dan asyik kena qada' je bila nak solat..tu dah banyak tambah dosa..
pastu ada sorang dua je agak macam nampak gatal sikit..bukan niat nak buruk-burukan orang tak..tapi bila aku dah berhati-hati buat sesuatu kerja tu manusia nak amik kesempatan bila ada orang nak try sentuh-sentuh tangan...lagi meluat aku..lagi satu sibuk sangat tanya dah berpunyer ke belum ?tak nak kahwin ke bila nak kahwin?..rimas betul bila time kerja di soal dan di tanya segala bagai..

rasa lega sikit bila dah luah kat sini walaupun tak semua..lama gak simpan cerita ni dalam otak..otak terasa ringan seperti di awangan-awangan...:)


p/s:bila la nak amik test komputer..dah lama betul bertangguh je..

berangan pulak nak jadi guru bahasa arab..tapi bahasa arab satu hapa pun tak tahu..huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...