Followers

::pergi ke SK LUKUT::

| Tuesday, September 28, 2010 | 5 comments |
salam semua..
ini ahli kumpulan kami seperti gambar di bawah nie..
sowang lagi member tak dapat hadir...
pagi tadi kami pergi ke SK Lukut kat port Dickson..
cz pemberitahuan kat pihak sekolah ada pindaan tarikh dan masa program....
tarikh dan masa program untuk Sk Lukut pada 3 haribulan 10 nie sesi pagi pukul 8.30 pagi hingga 12.30..
pastu surat pindaan dan borang keahlian program anak angkat KTA tu kena edarkan di setiap pelajar tahun 5.wajib bagi pada kat ibubapa diorang...
n then borang keahlian tu kena serahkan semula kat kitorang time waktu rehat..

duk kantin jap..
meh sini ku perkenalkan nama member..huhu.. dari kiri namanya zupki,aku baju kaler hijau tu..ahaksss..:P
dari kanan namanya zulfadzli dan aisyaf


huhuhu..muka masing-masing tengah lapar dah nih...

time rehat...tengok gelagat diorang...macam-mcam kerenah...teringat plak zaman ku sekolah seperti diorang..hehe..

haaaa..sorang lagi kawanku namanya haiza..yang duk tengah makan...
time nie baru dapat makan..tempat dewan makan guru...



time posing jap sebelum balik...hehe....
emmmm sebelum balik sempat lagi posing kat kereta sowang cikgu mana tah
cz kat kereta tu ada 3 huruf no plate...pe 3 huruf tu..mb ada yang paham kot..mula2 tu aku blur..rupa-rupanyer di sebalik 3 huruf tu..ada word yang tak elok..huhuh..
jadi ku tak upload gambar kat cini...




::Stress..kena banyak sabar nih..dugaan di alam pekerjaan::

| Monday, September 27, 2010 | 2 comments |
salam semua..beberapa hari agak bz skit..cz memikir pasal program yang nak dijalankan
pada 2 dan 3 haribulan 10 ni..huhu..
minta maaf banyak kepada rakan bloggers cz sejak memenjak ni ku jarang berblogwalking..
singgah mana-mana blog yang sempat di singgah je....huhu.
nti ku singgah ye..nk tau juga kan aktiviti dan luahan rasa korang..ahakss..:P
hari ni jadi stress..macam-macam kena fikir..
pertama..pasal duit...cz amanah yang diberi dan orang beri kepercayaan pada ku..kena jaga betul-betul nih..
kedua..laporan praktikum ku belum setel2 lagi..nak sedih di buat nyer..
ketiga..kena phonecall ibubapa pelajar sekolah..untuk pengesahan kehadiran ibubapa dalam program tu nanti..kredit makin melayang lagi nampaknyer..
keempat..nanti kena pergi rumah ibubapa pelajar..nak kena tutup kes pasal tabungan pendidikan anak-anak..(faham-faham sendiri la ye apa praktikel ku sebenarnyer..mesti ada yang tertanya-tanya kenapa program tu dikaitkan dengan tabungan pendidikan anak-anak...huhu..mb ku sorang je paham kot...angkat bakul sendiri...ahakssszz...=)..)

Alhamdulillah..Program semalam berjalan dengan lancar::

| Sunday, September 26, 2010 | 0 comments |
salam semua..diharap semua sihat-sihat belaka..=)
semalam selesai program kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR tahun 5..
semuanya berjalan dengan lancar..walaupun pertama kali diadakan di seremban..
dalam program tersebut saya ditugaskan bahagian pendaftaran ibubapa dan pelajar..huhu..
program tersebut dijalan pada sesi pagi dan sesi petang..huhuh..
bayangkanlah semalam terbangun pukul 7 pagi..bangun dan mandi cepat-cepat nak ke kolej waktu tu..naseb baik dekat dengan rumah sewa..huhu..
kenapa jadi macam tu cz time setting dewan habis pukul 12.30 malam..pastu dapat arahan plak dari pengarah projek katanya sampul surat untuk ibubapa kena tulis nama ahli kumpulan dan nombor telefon kami..cz semasa pendaftaran tu kena bagi ibubapa yang hadir
adesss..sampul tu saiz besar..ada dalam 70 lebih sampul tu..
ahli dalam kumpulan ku ada 6 orang..jadi setiap nama 6 orang ni kena tulis kat envelop ibubapa..
housemateku lah yang tolong aku buat kerja ni..kalu tak..tak tido la ku...huhu..
pukul 4 pagi baru selesai bab tulis menulis nama nie..huhu..
tu la yang sampai terbangun pukul 7 pagi tu..T_T
habis program untuk sesi pagi sampai pukul 1.30 tengahri..
sampai tak sempat nak solat dan makan..
memang kebulur sangat dah waktu tu..sempat makan roti dan air mineral je..
macam biasa ku kena jaga bahagian pendaftaran untuk sesi petang pukul 2..perut berbunyi-bunyi..
kena tugas yang diberi kan kena laksanakan juga..
alhamdulillah..berjalan dengan lancar..
minggu depan untuk 2 dan 3 haribulan 10 ni program yang sama akan diadakan kat kolej ku..



::Event 25/9/2010..moga-moga berjalan dengan lancar::

| Friday, September 24, 2010 | 0 comments |
salam semua..baru hari ni baru dapat update..n hanya copy n paste je tentang isu-isu semasa sejak memenjak ni..hehe..tak sempat untuk perihal diri sendiri..huhu..gedik la plak ..de ke orang nak baca entry ku ni..lantak la.. yang ingin di sampaikan hanya untuk berkongsi cerita dan pandangan masing-masing..terima atau tak itu hak masing-masing..

ok-ok..abaikan kan je la perkara di atas..huhu..sebenarnya esok ku ada projek Anak Angkat Kolej Teknologo Alpha untuk program kecemerlangan peperiksaan UPSR 2011 untuk tahun 5 kat kolej ku sendiri..jadi ini permulaan first time program ni dijalankan..jadi agak takut juga la kan program tak berjalan seperti yang diharapkan..selain itu juga program ni melibatkan ibubapa n anak..jadi ku dan kawan-kawanku yang terlibat sama untuk program ni menjadi kakak-kakak dan abang-abang angkat dengan kata lain menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar tahun 5.. dalam pada itu juga, setiap dalam kumpulan 1 hingga 3 yang mengetuai atau yang pegang sekolah masing telah di beri tugas masing-masing seperti..

bahagian pendaftaran ibubapa dan pelajar
bahagian siapa yang jaga tempat letak kereta
bahagian teknikel..guna slide show..sape jadi mc dan sebagainya..apa yang penting kena get ready apa jua keadaan dan kerjasama dalam team work..hehe

ni ku baru je selesai settingkan dewan untuk program tu esok..makan masa juga buat benda ni..cz ia melibatkan beberapa buah sekolah yang terpilih..perkara jadi mudah dengan team work yang memberi kerjasama untuk menjayakan program sehingga 3 oktober nanti..

banyak juga cabaran dan tekanan di saat-saat akhir untuk follow up kehadiran ibubapa dan pelajar..pagi tadi pun ahli kumpulan kami pergi ke sekolah sikamat untuk follow up n pergi berjumpa dengan guru kaunseling,GPK 1 dan guru besar sekolah tersebut..cz pada mulanya pihak sekolah tidak beri kebenaran untuk mendapatkan data pelajar dari pihak sekolah tu sendiri..jadi kami dah beri brochure untuk program tu sebelum raya kepada guru kaunseling dan dan suruh guru tersebut edarkan tapi bila kami pergi semula..segelintir pelajar tahun 5 tak dapat brochure tu..jadi kami agak susah nak call ibubapa pelajar untuk pengesahan kehadiran program tu..n kami pun buat cara pergi ke setiap kelas tahun 5 untuk beritahu mengenai program tu n kami juga beri juga borang keahlian warna ungu dan kami suruh mereka isi dan hantar kepada kami time waktu rehat..emm sambut yang diterima sangat menggalakan..alhamdulillah..dengan cara ini dapat dekat diri dengan pelajar-pelajar sekolah..malah kami pun dapat belajar berkomunikasi depan pelajar sekolah khususnye dan timba pengalaman..sepatutnya pergi ke sekolah tu pada hari selasa lepas jadi tertangguh hingga hari khamis..cz ada-ada sebab tertentu yang tak di elakkan..bukan buat kerja last last minit..lagi satu kami dah pergi ke sekolah tu tiga kali..baru hari ni(jumaat) dapat follow up dan call parent yang beri pengesahan kehadiran..dan kredit kena la korbankan sikit untuk buat benda ni semua..asalnya respon yang diberikan pelajar tahun 5 untuk pengesahan kehadiran tu hanya seorang saja yang beri respon untuk hadir..sekarang ni kami dah dapat respon tu daripada ibubapa yang nak hadir seramai 18 orang..alhamdulillah..sekurang-kurang ada juga lah responnyer daripada 1 respon tu...tp ni kami dah kerja dalam team work dan masing-masing buat yang terbaik dan termampu..insyallah..amin..doakan semoga program ini berjaya..

::PTPTN belum turunkan kos pentadbiran::

| Thursday, September 23, 2010 | 2 comments |
SUMBER:UTUSAN MALAYSIA(FORUM)

BARU-BARU ini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan kaedah potongan gaji melalui Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) akan dikuatkuasakan bagi mengutip bayaran pinjaman pelajar. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan kepada pihak PTPTN.

Saya lihat pihak PTPTN cuba mencari alternatif bagi membuat kutipan bagi memastikan dana yang digunakan peminjam akan datang tidak kehabisan.

Usaha ini boleh dilaksanakan, namum pihak PTPTN janganlah hanya melihat tanggung jawab peminjam sahaja. Pihak PTPTN juga harus melihat tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka.

Misalnya, pihak PTPTN masih belum melaksanakan penurunan kos pentadbiran daripada tiga peratus kepada satu peratus seperti mana yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Hal ini menunjukkan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat selaras dengan moto 'Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' tidak diterjemahkan oleh PTPTN.

Saya sendiri sudah menghubungi PTPTN sebanyak tiga kali, termasuk kali terakhir pada 15 April 2010 bertanyakan tarikh penguatkuasaan kadar kos pengurusan satu peratus serta surat perjanjian baru.

Namun jawapan yang diberikan masih sama iaitu surat perjanjian baru akan dihantar dalam sedikit masa lagi dan kadar baru akan dikira berdasarkan tarikh yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi.

Seingat saya sewaktu pengumuman dibuat, hanya peminjam yang menandatangani surat persetujuan yang baru sahaja akan menikmati kadar satu peratus.

Saya telah membuat pembayaran setiap bulan melalui online, namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa notis mahupun surat berkaitan pengurangan kadar caj daripada tiga peratus kepada satu peratus.

Adakah pihak PTPTN dan kerajaan telah lupa kepada janji-janji yang telah dibuat dan disiarkan oleh seluruh media cetak dan elektronik?

Sesuatu yang pelik dan bermain di fikiran saya mengapa begitu lambat dan tidak agresif sekali tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PTPTN terhadap polisi baru yang diumumkan oleh kerajaan.

Sekiranya terdapat masalah pengurusan, saya mencadangkan agar pengurusan PTPTN bukan sahaja diuruskan oleh golongan profesional tetapi individu yang benar-benar berdedikasi kepada tugas, hatta bijak membuat unjuran masa dengan secara tepat dan proaktif.

Kalau saya tidak silap telah lebih setahun pengumuman kadar satu peratus dibuat oleh kerajaan namun belum nampak tindakan PTPTN.

Sudahlah semasa meminjam (belajar) tempoh kemasukan duit pinjaman kerap kali lambat, sesudah menamatkan pengajian masalah lain pula yang menimpa.

M.ZAM

Kuala Lumpur

::eBook bukan sekadar ringankan beg::

| | 2 comments |

SUMBER:KOSMO

SELEPAS bertahun-tahun isu beg sekolah berat menjadi perdebatan hangat dengan pelbagai resolusi dicadangkan belum ada penamatnya, apa yang telah dirintis oleh kerajaan Terengganu sejak tiga tahun lalu mungkin adalah jawapan terbaik.

Kerajaan Terengganu menyediakan komputer riba buku elektronik (eBook) percuma kepada pelajar sekolah rendah bagi menggantikan buku teks menjadikan mereka sebagai kumpulan eksperimental paling muda menggunakan teknologi terkini pembelajaran di sekolah.

Tanpa perlu membawa beg berat mahupun merugikan penggunaan kertas, pengenalan eBook seharusnya diakui sebagai satu inovasi dan lembaran baru dalam pendidikan negara. Sehingga kini dengan sistem pembelajaran yang dilihat semakin lancar, pelajar tahun 4, 5 dan 6 di Terengganu menggunakan sepenuhnya kecanggihan teknologi itu.

Selain Terengganu, beberapa negeri seperti Melaka, Sarawak dan Brunei sudah pun memasang impian untuk menggunakan inovasi eBook di negeri masing-masing bagi memudahkan pelajar.

Penggunaan eBook yang semakin mendapat perhatian pelajar dan ibu bapa dijangka mampu menjadi revolusi dalam pendidikan negara.

Dengan permintaan yang semakin meningkat apabila ada ibu bapa yang tidak mahu terus menunggu atau mahukan anak-anak mereka turut memanfaatkan diri menggunakan teknologi eBook, Sutera Niaga Elit Sdn. Bhd. sedia menjual eBook secara komersial.

eBook model 2011

Pengurus Besarnya, Mohd. Rozali Masdol memberitahu, selaku ejen pemasaran dan pengedaran produk di bawah Koperasi Angkat Sekolah pihaknya turut melebarkan sayap ke seluruh negeri termasuk Brunei, memandangkan eBook mempunyai potensi yang tinggi dari aspek teknologi pendidikan.

Beliau yang ditemui di pejabat Kosmo! memberitahu, eBook terbaharu model 2011 lebih komprehensif dan canggih apabila ia didatangkan dengan pelbagai perisian yang dapat memanfaatkan pelajar dan guru. Peranti terkini itu juga boleh digunakan ibu bapa dengan mudah dan selesa.

“Dengan berat hanya 1.2 kilogram (kg) berbanding model terdahulu iaitu kira-kira 1.6 kg, model terbaharu ini dijangka mampu memberi keselesaan kepada pelajar yang dibebani buku teks berat, malah ia boleh di bawa ke mana-mana sahaja dengan mudah.

“Selain itu, eBook model 2011 yang menggunakan teknologi Intel Corp. mempunyai reka bentuk lebih menarik bersesuaian dengan gaya hidup pelajar serba canggih hari ini. Peranti generasi ketiga ini dilengkapi perisian buku teks tahun 4, 5 dan 6 untuk memastikan pelajar dapat mengikuti kelas dengan pantas,” katanya.

Mohd. Rozali menambah, eBook model 2011 turut didatangkan dengan perisian jaringan komuniti seperti al-Quran, fardu ain, amalan solat dan kamus. Malah, ia bukan sahaja boleh digunakan pelajar-pelajar, tetapi ibu bapa dapat menikmati kemudahan yang ditawarkan dalam peranti tersebut.

Katanya, perisian jaringan komuniti yang ditawarkan dalam peranti terbaharu itu dapat mendekatkan lagi pelajar dengan ibu bapa mereka apabila menggunakannya.

“Sebagai contoh, perisian al-Quran yang disediakan turut mengandungi sistem audio untuk membantu pelajar mengikuti pengajaran dengan lebih mudah dan sistematik. Bahkan, pelajar dapat mengetahui maknanya apabila tafsiran turut disediakan kepada mereka.

“Perisian ini boleh mengeratkan lagi perhubungan kekeluargaan kerana ibu bapa juga boleh mengaji bersama anak-anak mereka apabila mempunyai masa lapang di rumah. Selain mengaji al-Quran, mereka boleh mengetahui mengenai cara-cara mengambil wuduk, tayamum, solat, surah hafazan dan lain-lain lagi yang terdapat dalam peranti berkenaan,” ujarnya lagi.

Dengan menggunakan peranti berkenaan, Mohd. Rozali menambah, pelajar-pelajar akan merasai pengalaman baru dalam dunia pendidikan kerana hampir kesemua perisian yang terkandung dalam eBook tersebut adalah interaktif.

Katanya, eBook terbaharu yang mempunyai paparan 10 inci dengan kerangka tahan lasak turut didatangkan dengan kamera web untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar berhubung antara satu sama lain.

“eBook untuk pasaran umum ini akan muncul dengan versi baru lebih menarik yang juga dilengkapi Intel Pineview M Atom Procesesor 45nm, FCBGA, single core N455 hingga 1.66GHz (512 KB L2 Cache), 533 FSB LCD 10.1 dengan 1024x600(antisilau) dan perisian Window 7. Ia dijangka akan berada di pasaran pada bulan Oktober ini,” ujarnya. (baca seterusnya...)

::Saintis buktikan Nabi Musa belah laut::

| Wednesday, September 22, 2010 | 0 comments |

SUMBER:KOSMO

BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.

Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.

Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi

::Usah salahkan orang lain jika gagal::

| Tuesday, September 21, 2010 | 1 comments |
SUMBER:MYMETRO

SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, 'memang aku malas belajar', atau 'memang aku tidak berusaha dari awal lagi', atau 'aku malas berusaha'. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu.

Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.


Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu 'Bangau Oh Bangau', meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra'd ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.


Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.

::Enam sebab kenapa perlu abdikan diri kepada Allah::

| | 0 comments |
SUMBER:MYMETRO

KETIKA Rasulullah mengembala kambing, tidak jauh daripadanya ada sekumpulan remaja sedang melepak, berborak dan ketawa.

Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah: "Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana itu?" Rasulullah dengan tegas menjawab: "Saya diciptakan bukan untuk itu."

Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan sehingga melalaikan itu merosakkan.

Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadah kepada Allah. Kadang kala ada orang melepak sehingga lupa menunaikan solat.

Mereka bermain bola di waktu petang tanpa perasaan malu ketika azan berkumandang. Sudahlah begitu, padang bola pula sebelah masjid.

Haiwan ternakan seperti kambing lembu pun balik ke kandang tetapi sesetengah kita kadangkala asyik berborak dan bergelak ketawa di tepi selekoh. Inilah yang dilarang Nabi.

Waktu kerja ada, waktu rehat ada, masa tidur ada, masa makan ada, masa main ada, tetapi sayang waktu ibadat tidak dimasukkan dalam jadual.

Kadang kala ada remaja bertanya, kenapa perlu beribadah? Sibuk. Kalau sempat buatlah, jika tidak sempat qada saja.


Justeru, remaja perlu memahami mengapa dan alasan mengapa kita beribadah. Di sana ada enam alasan kenapa kita mesti mengabdikan diri kepada Allah.

Jika kita memahami enam perkara ini, semangat ibadat kita tidak akan luntur walau sesibuk mana sekalipun kita.

Pertama, tujuan kita dicipta Allah adalah untuk beribadah kepada-Nya. Firman Allah dalam Surah Az-Zariyaat ayat 56 yang bermaksud: "Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan supaya beribadah kepadaku."

Jika tugas lain kita boleh ingat dan prihatin, maka tugas ibadah lebih utama lagi.

Kedua, kita wajib beribadat sebagai tanda syukur kepada-Nya, atas nikmat yang terlalu banyak. Tidak mampu kita menghitungnya. Terlalu banyak nikmat, malah dapat percuma pula, sedangkan zaman sekarang tidak ada percuma, semuanya kena bayar.

Pada hujung bulan bil elektrik, bil telefon perlu dibayar, jika tidak dibayar kena potong. Kita dapat jantung percuma, paru-paru percuma dan jika kena bayar pasti hujung bulan malaikat bawa bil, tidak bayar kena potong. Kita yang tak beribadat, matilah.

Ketiga, wajib beribadat sebab kita sudah berjanji di alam roh. Firman Allah mengingatkan kita di dalam Surah al-A'raaf ayat 72 yang bermaksud: "... ketika Allah berfirman bukankah Aku ini Tuhanmu. Mereka menjawab bahkan betul."

Keempat, kita wajib beribadat sebab antara tugas dan kewajipan rasul adalah mengajak manusia menyembah Allah dan menjauhkan taghut (kejahatan). Jika nabi yang sangat rapat dengan Allah pun tidak terlepas beribadat apa lagi kita.

Firman Allah yang bermaksud: "...dan sesungguhnya kami mengutus setiap umat itu rasul untuk menyeru sembahlah Allah dan jauhilah taghut." (Surah an-Nahl ayat 36).

Kelima, kita mesti beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah kerana Dia yang paling berkuasa. Allah yang mengatur kehidupan kita kerana itu tidak boleh kita leka dengan kerja lain, melupakan Allah, apatah lagi jika menyembah tuhan lain.

Keenam, kita mesti mengabdikan diri kepada Allah kerana azab yang amat mengerikan menanti kita di akhirat. Allah amat murka kepada orang yang derhaka kepada-Nya. Al-Quran menyebut bagaimana orang yang mengikut nabi membuat pengakuan.

Ini terbukti dalam firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah sesungguhnya aku amat takut, jika aku menderhakai Tuhanku akan azab hari kiamat." (Surah al-Anaam ayat 15).

::kerja n kerja::

| | 2 comments |
  • salam semua...

    emmm..setelah cuti 2 minggu untuk raya..abis cuti raya kerja makin menimbun..eceh..mengalahkan menteri plak buat kerja..huhuhu...
  • buat phonecall kepada ibu bapa pelajar sekolah mengenai program kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR 2011 bagi tahun 5..(kredit melayang 40 hengget untuk call dan hantar mesej...huhuhu)
  • esok pergi SK Sikamat..kena follow up..jumpa dengan guru kaunseling

  • tarikh program tu pada 25 setember ni..sekolah yang terpilih
  • SK Taman Paroi Jaya
    SK Wawasan
    SK Sikamat

    aku harap program ini berjalan dengan lancar dan moga-moga dapat respon yang baik dari ibu bapa...amin

::beraya macam tak beraya..wakaka..:D::

| Sunday, September 19, 2010 | 2 comments |
salam semua...
huhu..baru hari nie dapat update blog...
ni pon dah seminggu x melayan benda alah nie..sekali skala menengoknyer..:P
seminggu sebelum raya dah balik kampung..
duduk umah mak sedara bukan umah nenek..cz rumah nenek dah abis kena banjir
tahun lalu..rumah nenek ku dah jadi penunggu...
ada jugak lalu depan umah nenek aku tu..tengok je rasa semacam..huhu..
cz alang-alang tu nak pergi umah atuk sedara time beraya...=)
hari raya kedua dah balik melaka..sebab adik laki ku buat hal..memberontak abis..
dia nak beraya plak dengan kawan-kawannyer...jadi mak aku pun ikut telunjuk dia..
emm macam-macam kereneh betul..
jadi sambut raya di rumah mak-mak sedara ku jadi kelam kabut..ye rr time tu la nak balik melaka..aduyai...
hahaha..padan muka ku...raya tahun nie dapat duit raya ciput..x mcam dulu kala.cz umur makin tua...wakaka...
tapi itu bukan bermakna aku tak bersyukur..aku bersyukur...
apa yang kita ada dan orang tak ada apa yang kita ada kena la bersyukur dan reda dengan kurniaan yang di beri olehNya..=)

::Yehhhhh..Esok Raya!!!::

| Thursday, September 9, 2010 | 4 comments |

salam semua...
esok dah nak raya...

::SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi::
MaAf ZaHiR BaTiN
:::DaRi KaMi SeKeLuArGA::

::Hanya Menunggu Hari Raya..ahaksss::

| Tuesday, September 7, 2010 | 2 comments |
salam semua..
emm sekejap je kan dah nak raya...
huhuhu..dalam beberapa hari aku dah update blog aku ni...
pe tak nyer dah balik kampung sah-sah lah internet tak ada..
tp ada boardband pun memang dah terlampau lembab..adik aku punyer boardband..


sekarang ni aku berada kat kuantan..duk saja merehatkan diri..
tapi orang len duk sibuk-sibuk mengemas rumah,cat rumah dan segala macam hal membuat persiapan raya nih...aku..rase bertambah bosan..duk saja hanya menunggu saja hari raya tiba..kalu dulu waktu kecik-kecik dulu boleh merayau ke sana ke mari..main bunga api..sekarang nih..dah tak ada tu semua...

emm balik kampung nih mak aku bilang..kak long rajin-rajin kan diri ke dapur..ahaksss...aku bab ke dapur lambat nak ke dapur macam kura-kura...lalalala...
anak dara zaman sekarang macam aku ni memang macam nie..liat bebenor...bagus ko dila sedar diri ko tu..ingatkan ko dah tak sedar dah...lalalala..:P

::Klinik semua tutup..alih-alih pergi hospital::

| Saturday, September 4, 2010 | 4 comments |
salam semua...

tadi dalam pukul 11.30 malam mak aku sakit pinggang..dah tahan sangat katanya..
time tu plak aku nie tak tido lagi cz duk layan cerita adamaya kat youtube..

mak,abah dan aku mulanya nak pergi klinik je..cari klinik surve kat bandar chukai semua klinik tutup..walaupun ada klinik 24 jam..aduyai..alih-alih pergi hospital kemaman....kena daftar dulu bagi ic n kena bayar seringgit kat kaunter..kena la tunggu giliran..tak lama tu nama mak aku kena panggil..aku tak ikut mak aku masuk sekali..cz kat pintu masuk ada ayat cam ni.."HANYA PESAKIT SAHAJA DI BENARKAN MASUK"..n lagi satu.."PESAKIT WANITA BERHAK MEMBAWA PENGIRING(WANITA)MASUK KE DALAM"...emm lebih kurang ayat yang kedua tu..

dalam 1 jam lebih aku tunggu mak aku..kenapa mak aku tak kuar lagi dalam bilik...abah aku plak kuar masuk dalam tempat menunggu..pastu abah aku suruh masuk cari mak aku..aku masuk..men jalan je..nampak la mak aku kena masuk air 1 botol..cz mak aku kurang air dalam badan...ambil masa juga waktu tu..

dalam pukul 2.30 pagi tadi baru selesai..n terus balik umah mak aku makan ubat time tu jugak..kesian kat mak aku tengok..aku harap mak aku cepat sembuh..

::Kami::

| | 2 comments |
salam Ramadhan...
posing jap..pic ni kat PULAPO..pejabat abahku kat KL..
singgah jap kat sane semalam sebelum bertolak balik kampung..=)

kami berdua..serupa tapi tak sama..wakakaka..:P

gambar kami adik beradik..peace..=)

::Baru Sampai Melaka..Terus balik kampung::

| Friday, September 3, 2010 | 3 comments |
salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya buat bloggers sekalian..di harap semuanya perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing...

emmm seharian ku tak berblogging..hari ni baru dapat peluang mengisi entry apa yang berlaku semalam dan hari ini...

dengan serba ringkasnya, semalam aku dan syaf pagi-pagi lagi pergi ke sekolah Sk Gadong Jaya Seremban cz kena follow up untuk seminar keibupaan dan berbincang dan berbual dengan guru kaunseling cikgu Zuraidah...Alhamdulillah, memudahkan kerja kitorang time ke sekolah tu...

lepas tu aku cabut nak balik melaka cepat-cepat..dah la khamis tak dapat balik..cz meeting sampai ke petang..dah siap packing beg nak balik dah waktu tu...huhuhu...jadi kena la balik hari jumaat..aku balik melaka pukul 2 petang semalam sampai plak kat sana pukul 4 petang...dah sampai rumah kan ..mak aku bilang balik kampung lepas berbuka puasa...

dalam masa yang juga kena ambil abah aku kat Kuala Lumpur..mak aku la drive dari melaka ke KL nk ambil abah aku..dah sampai sana abah aku plak drive n terus balik kampung kat kemaman..ni pun baru je sampai pukul 3.30 pagi tadi...huhuhu..penat sehhh.tido je dalam kereta..hehe...

aku juga nak ucap terima cz kamoo semua selalu juga singgah blog aku yang memang tak seberapa ni..n entry pun entah apa-apa kan..aku pun first time sambut raya sebagai seorang bloggers..memang seronok..tak terucap dengan kata-kata nih..wakakaka..:P

::Berbuka Dengan Rokok Dulu..Aduyai::

| Thursday, September 2, 2010 | 2 comments |
(google imej)

salam semua..emmmm sekejap je kan masa berlalu...lagi seminggu kita semua akan meyambut raya...emmm tak sabar rasanyer...

ok..hari ni aku berbuka kat luar lagi..ni pun iza yang ajak aku berbuka..memandangkan kaum serumah dah balik kampung halaman masing-masing..rumah sewaku jadi sunyi sepi..tiada lagi gelak ketawa bersama mereka...emmm best waktu berbuka bersama-sama..

dalam pukul 7 aku, iza n member baru buka puasa kat sebuah restoran...bila dh smpaikan, meja semua dah ada yang booking awal...tapi naseb baik ada satu meja kosong buat kami berempat..hampir waktu berbuka tu orang dah duk kat meja masing-masing..dah oder pe semua..termasuk lah kami berempat...

emmm dengan rasa syukur waktu azan berkumandang..aku pun perhati juga orang-orang yang sedang berbuka..ada yang tunggu makanan sampai..jadi kena la sabar waktu tu...
tapi aku jadi sakit mata tengok..bila minum air seteguk dua kan..ye la sebelum makanan sampai kat diorang..emmm mereka bedal rokok dulu..Ya Allah..apa nak jadi dengan mereka ni semua..seolah-olah sia-sia mereka berpuasa..seharian berpuasa..perut tu dah di isi dengan segala bahan kimia yang berbahaya..dah meresap seluruh tubuh...aduyai..sakit hati..geram lagi bertambah geram..asap rokok berkepul-kepul..buat rasa macam tak bersalah..macam lagak macho...aku duk kat situ tengok sahaja lah telatah dan gelagat mereka...jadi pening aku..

apa yang aku lihat mereka semua ada lah golongan bijak pandai..mereka lebih tahu bahaya rokok ke atas mereka sendiri..dah tahu rokok tu haram...tapi itu lah manusia lah katakan...

sori lah bukan aku nak kata aku alim ke berlagak baik ke n bukan nak mengaibkan sapa-sapa..tak sebenarnyer..kalu korang berada situasi macam aku apa yang akan kata pada mereka..berani ke tegur..konfem tak berani..tengok je lah..walaupun mata sakit menengoknyer...mungkin ada sesetengah orang akan kata..biasa la tu normal...ishhhh statement tu tak boleh pakai ikut logik akal langsung!!!!

kalu lepas makan..lagi berbatang-batang rokok lah yang di hisapnyer...membahayakan diri sendiri sungguh!!!..

::Semoga Adikku Selamat Sampai ke Melaka::

| Wednesday, September 1, 2010 | 4 comments |
salam semua..macam mana persiapan bloggers sekalian untuk raya tahun nie..hehe..

ni aku nak habaq mai..adikku dalam perjalanan balik dari KB ke Melaka..baru sat tadi aku call dia..dia sekarang berhenti kat Marang..cam ni la selalu kalu call dia mesti dia yang cerita..aduyai...sampai kredit aku habis..huhu..tak pe demi adikku tersayang ni aku call la kan..sapa tak sayang darah daging sendiri oii..kecian juga kat dia dah beberapa bulan dia tak balik melaka..ni nak dekat raya baru dia dapat balik..aku ni duk seremban je..dalam seminggu dua tu aku rajin-rajin diri balik melaka..nak tengok mak aku le..rindu..hehe..n baru sekarang adikku dapat berbuka puasa dengan famili..excited dia balik melaka..hehe..aku harap adikku selamat sampai...mungkin hampir subuh mak aku akan ambil dia kat melaka sentral...emm dia dah balik melaka nie banyak cerita sensasi dari dia...huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...