Followers

Showing posts with label pendapat. Show all posts
Showing posts with label pendapat. Show all posts

kelebihan atau kekurangan...menentukan atau ditentukan

| Sunday, March 13, 2011 | 3 comments |
salam kepada pembaca mayaku..aku harap kalian semua sihat sejahtera dan senyum-senyum selalu ya..:)

kenapa manusia menilai wajah seseorang wanita ataupun lelaki..maknanya dari segi luaran mempunyai kelebihan dan pakej yang lengkap..betul kan..kita akan tertarik sesuatu yang kacak..cantik..macam supermodel gitu...itu satu kelebihan yang ada pada seseorang yang ada pakej sebegitu...emmm dari dalamannya tak tau la kan...mungkin dari segi kelakuan..tingkah laku dan tutur kata yang baik..lagi la orang sekeliling akan pandang 'respect'...emm betul tak?..

kalau kelebihan yang ada pada seseorang dari segi akademik..cerdik..pandai..minda cergas..orang sekeliling akan beri pujian dan ucap tahniah diatas usahanya..kalu seseorang yang kurang bijak dari segi akademik dan keputusan peperiksaanya tidak memuaskan..tapi itu bukan bermakna tidak berusaha ataupun cara belajar yang tidak diuruskan dengan baik..emm adakah orang sekeliling akan mengatakan tidak pandai..bodoh dan sebagainya..lagi satu suka membandingkan orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya..kenapa aku berkata macam tu..sebab ku tergolong orang yang kurang pandai..

aku bersyukur ibubapa ku mengambil berat tentang aku..tetapi adakalanya aku rasa rimas..lebih-lebih lagi telinga ni rasa bingit menahan sabar..aku tahu mereka mahukan yang terbaik untuk masa depan aku..macam sekarang ni aku kerja partime coffeehouse..ibuku tak berapa suka..tapi niat aku mahu cari pengalaman kerja dan niat kerja juga mahu mendapat keredhaan Allah...lebih-lebih lagi orang tua ku lebih suka aku dengan kerjaya guru..tapi aku ni kurang minat dengan kerjaya tu..tu la aku yang menentukan hala tuju masa depan aku..orang tua ku kah atau diri aku sendiri...?

nota kaki: sambil-sambil menaip menulis ni tengok program realiti mentor..

makin hampir...:)

| Sunday, December 26, 2010 | 2 comments |
emm..tak lama lagi dah nak masuk tahun baru..
tinggal beberapa hari saja lagi..

bila makin hampir menjelang
tahun baru..
semangat azam tahun baru..*sinonim


(google)



emm adakah azam 2010 sudah tercapai atau tidak...
2010 yang bakal akan tinggalkan
menjadi kenangan..
ada suka dan duka
ada pahit dan manisnya...



2011..
apa perancangan dan persiapan
apabila menjelang tahun itu...
*belajar
*kerja
*kahwin....*sengeh...

jangan dipandang enteng...

| Sunday, December 19, 2010 | 1 comments |
jaga dan kawal hati sendiri..
jaga minda...
bukan mudah nak menjaganya bukan...

diri sendiri yang menentukan
nak jadi baik atau jahat..

nak jadi manusia yang baik bukan senang
tapi nak jadi manusia buat jahat senang
malah bertambah ramai manusia jahat..

buat baik dibalas baik
buat jahat dibalas jahat...






(google)



benda atau perkara kecil jangan dipandang enteng
yang sekecil-kecilnya itu lah amat penting dan berguna..

Yaadon Ki Baarat..cerita hindustan lama..mengimbau kembali...

| Monday, November 29, 2010 | 2 comments |

(google imej)

Assalamualaikum semua...
di pagi hari ni senyum senyum lah selalu..
jangan buat monyok je tau..*sengeh*
nanti rezeki tak mudah masuk..
harap semua kerja yang dilakukan hari ni lebih baik dari yang sebelumnya...
amin...

pagi semalam ku tidur hanya 2 jam lebih rasanya..
gara-gara "excited" sangat nak tengok citer
"YAADON KI BAARAT"
emmm pernah tak tengok citer tu?
cerita hindustan lama punyer tahun 1973..
cerita ni waktu ku kecik dulu tengok cerita dengan ibuku..
ibuku masa tu sanggup rakam cerita tu guna tape video...hehe..
anak beranak tengok cerita ni...kelakar bila teringat semula...
sebab ibuku dulu pun kaki tengok cerita hindustan
tapi sekarang memang kurang sangat nak tengok..
nak tahu kenapa anda mesti tahu kan filem hindustan sekarang ni tak best
macam dulu punyer..memang jauh berbeza filem-filem dulu dan sekarang kan...
kalau yang tahu kisah yang ku n3 kan kat sini ia tahulah jalan cerita nya macam mana..hehe
lagu-lagu dalam cerita tu semua best...

nota kaki: terima kasih roomateku tolong men"download"kan cerita tu..sama-sama tengok cerita tapi masing-masing guna laptop sendiri-sendiri..nak tengok sorang-sorang baru ada"feel"..*sengal..poyo..sengeh*

mulanya ku berblogging..

| | 2 comments |

(google imej)

salam semua..
lewat pagi begitu belum tidur lagi..
sebab melayan cerita hindustan punyer pasal..*sengeh*
emm pagi-pagi pulak dapat ide 'mulanyer ku berblogging'..
mana-mana pun ada yang tidak terlepas akan menulis n3 sebegini bukan..
ku pun juga begitu...
waktu mula-mula blogku ku wujud..
tujuan asalnya adalah untuk menulis segala aktiviti harian diari praktikelku
selama 4 bulan..
nak tulis dalam buku diary takut terlupa nak mencatatnya..
ku ni mudah lupa dan terlupa orangnyer..*sadis betul*
masa tu gaya penulisku memang teruk..dengan tulisan 'shortform' seperti tulis dalam mesej..
memang terlalu singkat perkataan yang ku gunakan..
dan dah sememangnya merosak penggunaan bahasa melayu yang betul..
ku nak link kan n3 yang dulu-dulu pun malu..bahasa melayu tak betul..
tapi kali ni kena belajar dan belajar untuk ku menulis..dengan cara ku singgah mana-mana blog dan lihat gaya bahasa digunakan..
bukannya disini nak meniru siapa-siapa..
tapi apa salahnya ambil yang baik jadi ikutan..
tapi bukan juga tiada identiti sendiri untuk ku nak ciplak seperti
penggunaan bahasa yang mereka gunakan..
apa salahnya kita mempelajari sesuatu penggunaan bahasa kan...

nota kaki: bila mood nak menulis tu datang..ide datangnya mencurah-curah...tapi tak pe lah..ambil masa untuk di ceritakan..wassalam...

::ibarat putaran roda::

| Monday, November 1, 2010 | 0 comments |
(google imej)

salam semua...emmm hidup ni kan ibarat putaran roda...
seperti...
permulaan percintaan...manis..semanis-manis madu....emmm seerat-eratnya percintaan tu..huhu..tak nak berpisah buat selamanya..uhuhu..ayat tu tak boleh blah..lalala..:P
frust menonggeng plak..hidup kacau bilau..teringat zaman-zaman bercinta..nak hidup semati..tp nak buat macam mana kena tinggal...(T____T)
kahwin...bila tak ada persefahaman..cerai..samada rela atau tak rela..cerai hidup atau mati
hidup...meninggal dunia(perkataan tu lembut skit...)..meninggal atau kematian tu secara tiba-tiba atau sebaliknya..
janda...emmm berhiasa la eak..ishh memandai plak aku nih...(=_____+)
kalu duda..apa pulak ea...uhukuhuhk...


dah belajar ke peringkat lebih tinggi...pastu cari kerja..cari-cari tak dapat..orang kata apa belum ada rezeki lagi..dah usaha sekali pun..mungkin ini satu ujian..kalu tak usaha..malah memilih kerja sangat..alamatnya tak berkerja la jawabnya...dengan kata lain jadi penganggur...

kawin awal...kata nak sangat kawin..
kawin lewat...andartu..kalu kaum adam kawin lewat..istilahnya apa...bujang tua ke...lalala..
hantaran mahal...membazir..nk jual anak ke...
hantaran murah..mesti ada apa-apa nih..tak pun asal murah sangat...emmm



emmm..ini sebahagian yang aku tau dan korang mesti lebih tau perkara di atas tu..emm kalu ada salah entry yang aku tulis tu tegur la secara berhemah..wakakaka...(=______=)

::PTPTN belum turunkan kos pentadbiran::

| Thursday, September 23, 2010 | 2 comments |
SUMBER:UTUSAN MALAYSIA(FORUM)

BARU-BARU ini Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memaklumkan kaedah potongan gaji melalui Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN) akan dikuatkuasakan bagi mengutip bayaran pinjaman pelajar. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan kepada pihak PTPTN.

Saya lihat pihak PTPTN cuba mencari alternatif bagi membuat kutipan bagi memastikan dana yang digunakan peminjam akan datang tidak kehabisan.

Usaha ini boleh dilaksanakan, namum pihak PTPTN janganlah hanya melihat tanggung jawab peminjam sahaja. Pihak PTPTN juga harus melihat tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka.

Misalnya, pihak PTPTN masih belum melaksanakan penurunan kos pentadbiran daripada tiga peratus kepada satu peratus seperti mana yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Hal ini menunjukkan hasrat Kerajaan untuk mewujudkan kerajaan yang mesra rakyat selaras dengan moto 'Satu Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan' tidak diterjemahkan oleh PTPTN.

Saya sendiri sudah menghubungi PTPTN sebanyak tiga kali, termasuk kali terakhir pada 15 April 2010 bertanyakan tarikh penguatkuasaan kadar kos pengurusan satu peratus serta surat perjanjian baru.

Namun jawapan yang diberikan masih sama iaitu surat perjanjian baru akan dihantar dalam sedikit masa lagi dan kadar baru akan dikira berdasarkan tarikh yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi.

Seingat saya sewaktu pengumuman dibuat, hanya peminjam yang menandatangani surat persetujuan yang baru sahaja akan menikmati kadar satu peratus.

Saya telah membuat pembayaran setiap bulan melalui online, namun sehingga kini masih belum menerima apa-apa notis mahupun surat berkaitan pengurangan kadar caj daripada tiga peratus kepada satu peratus.

Adakah pihak PTPTN dan kerajaan telah lupa kepada janji-janji yang telah dibuat dan disiarkan oleh seluruh media cetak dan elektronik?

Sesuatu yang pelik dan bermain di fikiran saya mengapa begitu lambat dan tidak agresif sekali tindakan susulan yang dibuat oleh pihak PTPTN terhadap polisi baru yang diumumkan oleh kerajaan.

Sekiranya terdapat masalah pengurusan, saya mencadangkan agar pengurusan PTPTN bukan sahaja diuruskan oleh golongan profesional tetapi individu yang benar-benar berdedikasi kepada tugas, hatta bijak membuat unjuran masa dengan secara tepat dan proaktif.

Kalau saya tidak silap telah lebih setahun pengumuman kadar satu peratus dibuat oleh kerajaan namun belum nampak tindakan PTPTN.

Sudahlah semasa meminjam (belajar) tempoh kemasukan duit pinjaman kerap kali lambat, sesudah menamatkan pengajian masalah lain pula yang menimpa.

M.ZAM

Kuala Lumpur
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...