Followers

::SeBeNaRnYa uNtUk KuTiP DaNa::

| Saturday, July 31, 2010 | 0 comments |
salam 1 ogos dan salam 1 Malaysia..hari ini baru dapat nak tulis blog cz seharian saya bekerja..padahal bangun paginya sampai tengahari sudah..(teruknya anak dara ni..bikin malu je..huhuh..)...pukul 4 petang semalam baru masuk kerja partime bonquet..

sebelum nak berblogging nie, bolgwalking dulu..tengok entry-entry yang best-best..memang best..dah tak larat nak tengok semua alih2 tengok my blog plak..hehe..


haaa kenapa tajuk diatas?nak tau kenapa?mestilah tertanya-tanya kan..sengalkan saya ni...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

PAS buat diner malam perdana
ni betul-betul parti Pas yang buat event kat hotel
bukan pas lulus xm atau tak..ini betul-betul..bukan cubaan...(dah melalut dah aku nih)
Malam perdana yang dibuat oleh parti tersebut adalah untuk dana Kompleks Latihan Negeri Sembilan..emmm kadang-kadang tertanya-tanya jugak dalam diri nie dari mana datangnya sumber buat malam perdana tu kat hotel sedang kan event tu untuk mengutip dana komplek nie..nak jalankan projek nak bina kompleks tu..pelik dan aneh betul
tetamu kehormat yang hadir mestilah Presiden Pas..anda tahu semua kan siapa namanya...
tetamu yang hadir dalam 400 orang...emmm 1 meja bulat untuk 10 orang..
ada juga dari parti2 yang lain yang hadir pada malam tu..anda mesti tahu parti mana yang hadir..huhuh..
saya kena surve bahagian meja VVIP..


acara bermula dengan nyanyian negaraku n then lagu parti mereka
selepas tu bacaan ayat suci Al-Quran dari seorang remaja lelaki daripada Surah Al-Baqarah..
seterusnya ucapan aluan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan..
ucapan dari PPNS tu katanya nak menawan Putrajaya..
memberku masing-masing terkejut..
dan terdengar lah laungan Allahuakbar dari pengikut parti dalam dewan hotel tersebut..
lepas tu kami sume dipanggil untuk rehat sebentar disebelah dewan malam perdana sebelum surve nasi putih kepada tetamu..
taim tu kami sume dapat duduk la sekejap untuk menghilang kan rasa lenguh kaki dan rasa kaki membengkak cz lama kami berdiri..hhuhuh..
n then kami baru dapat arahan untuk kami surve nasi putih kat tetamu..
bila dah surve nasi mesti mereka nak tambah jadi saya pergi ambil kat sebelah dewan tu...
emmm bila masuk balik semula ke dewan dengan membawa nasi putih yang mereka nak tambah..tiba-tiba saya dengar ketang-ketung ketang ketung..
nak tau bunyi apa?bunyi sudu dan garpu...kuat plak tu bunyinya..huhuh..
bila tgk sendiri tetamu yang hadir rupa-rupanya lapar sangat kot dengan kata len kebulur..hehehe...


emmm masing-masing tetamu dah kenyang n habis makan..jadi kerja saya xlen xbukan clearkan plate-plate yang ada atas meja tu..


last sekali barulah pelancaran kutipan dana bangunan dan penyerahan sumbangan dari penderma oleh Presiden Pas..

p/s:emmm entry hari ni lain pada yang lain..huhu..lepas abis clearkan kije saya..saya amik acara program dari parti nie..huhuh..sori, ini bukan untuk suka-suka untuk bercerita pasal berpolitik dalam entry nie...padahal bukan pun..kalu diikutkan saya tak suka langsung..tapi ini cerita betul yang saya tengok sendiri...emmm dari segi pemakaian masa event anda faham-faham sendiri la ye...lagi satu syarat yang dikenakan ke atas kami sebelum event tu berlangsung wanita wajib memakai tudung dan lelaki pakai songkok..yang bg syarat mestilah dari parti tersebut..dan bila dh mula event tu ada segelintir pekerja yg Islam dan bukan Islam ada yg tidak memakai tudung dan lelaki tidak memkai songkok..jika ada parti lain buat event macam parti ni buat kat hotel besar, apakah parti ni akan kata kat parti len...?haaa yang ni aku xberani nak kata apa...anda fikir lah sediri dan anda fahamlah sendiri apa yang meraka akan kata..ahaksss..

::KoMuNiKaSi RiNgAnKaN KeMuRuNgAn::

| Friday, July 30, 2010 | 0 comments |

Pesakit digalakkan meluahkan masalah kepada ahli keluarga, orang yang boleh dipercayai. Tekanan perasaan akibat masalah yang melanda bagaikan satu bebanan sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemurungan. Apatah lagi dihimpit dengan pelbagai masalah dalam satu masa seperti rumah tangga, tempat kerja, emosi perhubungan dan sebagainya.

Baik wanita sudah berumah tangga, bujang, remaja mahupun kanak-kanak tidak terlepas daripada menanggung masalah yang akhirnya boleh menyebabkan kemurungan. Sekiranya tidak diatasi dengan baik, boleh memberi kesan buruk kepada diri, orang sekeliling dan masa depan mereka.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr Yen Teck Hoe, berkata kemurungan berlaku akibat kesukaran pesakit untuk mengatasi sesuatu masalah khususnya yang membabitkan gangguan emosi.

"Tanda yang dapat dilihat ialah dengan kehadiran perasaan negatif seperti rasa bersalah, putus asa, rasa tidak dihargai malah ada juga menimbulkan rasa untuk membunuh diri. Selain itu, masalah fizikal yang ketara dapat dilihat ialah kesakitan kronik, sakit belakang, pening serta berlakunya gastrik. Ia perlu dibendung dengan cepat bagi mengelak daripada pelbagai masalah lain timbul,"katanya pada program Dialogues: Support 'N' Remission Impact (SNRI) di petaling Jaya, baru-baru ini.

Turut hadir, bekas Presiden MPA, Prof Dr Mohamad Hussain Habil dan Ketua Perhubungan Korporat dan Awam Wyeth Malaysia, Rohaya Mamat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kadar kematian (bunuh diri) akibat kemurungan di rantau Asia adalah lebih tinggi dengan nisbah kemurungan antara lelaki dan perempuan adalah satu nisbah dua. Kajian di Malaysia pula mendedahkan kira-kira sembilan peratus rakyat negara ini mengalami kemurungan tahap serius.

"Jalan penyelesaian untuk terus mengelak kemurungan ialah dengan cara meluahkan apa yang terbuku di hati atau berkomunikasi dengan orang lain yang boleh dipercayai. Itu adalah antara jalan terbaik untuk melegakan perasaan. Selain mendapatkan rawatan rundingan dengan doktor, mereka perlu berkomunikasi dengan orang tersayang."

"Luahan perasaan itu bpleh membantu meringankan beban yang ditanggung supaya sekurang-kurangnya mereka berasa sentiasa dihargai dan ada yang memahami masalah yang dihadapi. Ketiadaan komunikasi dua hala mampu menyebabkan masalah bertambah rumit. Hakikatnya, komunikasi adalah satu terapi yang penting sekali gus melegakan bebanan masalah pesakit. Selain menjalani sesi kaunseling, pesakit turut di beri ubat antikemurungan,"katanya.

Program dialog itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap kemurungan yang boleh menyebabkan masalah lebih serius. Pada masa yang sama program itu juga diharap dapat mendidik dan menggalakkan doktor, keluarga pesakit dan rakan memberi sokongan padu kepada pesakit dengan adany sesi dialog berterusan.

Sementara itu, prof Mohamad Hussain pula berkata, kemurungan tidak boleh berterusan kerana menyukarkan proses perjalanan hidup seseorang wanita sama ada beliau bekerja ataupun tidak.

"Suami yang melihat si isteri mengalami kemurungan perlu membawa isteri menjalani rawatan sekurang-kurangnya memahi apa yang berlaku dengan komunikasi. Ini adalah kerana si isteri yang bekerja bukan saja bekerja di luar rumah, tetapi membabitkan urusan rumah tangga. Sekiranya tidak diatasi, masalah yang dihadapu akan menjadi lebih serius, sekali gus menjejaskan proses kehormonian keluarga,"katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak juga mengalami kemurungan akibat kes seperti penderaan fizikal, seksual dan emosi. kes sebegitu juga perlu diambil perhatian kedua ibu bapa dan tidak menambah pelbagai beban lain.

"Biarpun kebanyakkan pesakit pulih selepas mendapatkan gabungan rawatan, kajian mendapati lebih 40 peratus pesakit menghentikan rawatan antikemurungan selepas tempoh 3 bulan. hal ini berlaku kerana kurangnya komunikasi, sokongan serta pemahaman terhadao kesan sampingan,"katanya.

Beliau berkata, sebahagian besar penyakit berulang sejurus selepas rawatan atau beberapa tahun kemudian. Pada ketika inilah prorgam dialog memainkan peranan penting dalam memberi pengetahuan dan informasi berkaitan.

Info: Dialogue Support 'N' Remission Impact (SNRI)

sumber: Malaysia Psychiatric Association

bertarikh: 29 september 2008

::CoNtEsT MAtA MeNaWan::

| Thursday, July 29, 2010 | 0 comments |

kepoyaan melanda..ahakss..
member tag:
jom sertainya sebelum tarikh tutupnya esok..

::LeNsA BuRuK,ThE CoNtEsT::

| | 0 comments |

Tajuk foto: .:sweet my siblings:.
Model Telefon Bimbit: Nokia 3500c
Slogan: Saya suka Lensa Buruk kerana ia mempunyai banyak info mengenai kehidupan dan terdapat juga gambar-gambar yang menarik yang boleh dikongsi bersama
member tag:
jom sertai contest: Lensa Buruk,The Contest

::cOnTeSt::MrS LaNun Mr::

| | 1 comments |

caption: ::my inspiration::
contest nie dianjurkan oleh: nfak.blogspot.com
member tag:

::bLur::

| | 0 comments |
salam semua...petang tadi saya ambil gaji di hotel..bersyukur sangat..hasil titik peluh sendiri..
..(kepoyoan melanda)..
lepas ambil gaji tu terus saya pergi kelas praktikel etiqa di kolej plak..
kerjanya mengemaskini buku log etiqa dan terus hantar pada encik man agen atau wakil etiqa..
emmm sejak memenjak nie tahap blur saya makin menjadi-jadi...
bila ada orang berbual-bual pasal kerja my brain tidak ke arah tu..
jadi saya terpinga-pinga..apa yang mereka bualkan..
saya pun tertanya-tanya kenapa diri sendiri jadi macam ini..
jadi saya tanya semula, apa yang mereka bualkan..
jangan ingat plak saya tak fokus..huhu..
bila tanya baru faham
my roomate dan housemate nampak sangat dengan ke'blur'an saya tadi..
malunya(diri-sendiri)..

::BaGaImAnA MeNgEnAL DiRi SeNdIrI::

| Wednesday, July 28, 2010 | 2 comments |
dipetik dari Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan


Tiada Orang Yang Mengenal Diri Anda Kecuali Anda Sendiri!

Apabila anda melihat ke dalam diri dan mencari kerjaya yang sesuai sebenarnya anda mencari identiti sebenar diri anda sendiri. Cuba renungkan sejenak tentang perkara berikut:

  1. Apa yang anda suka buat?
  2. Apa yang perlu anda lakukan?
  3. Apa yang penting buat anda?
  4. kemahiran apa yang anda ada?
  5. Apakah tahap pendidikan anda?
  6. Latihan apa yang telah anda jalani?
  7. Pengalaman apa yang anda ada?
  8. Apakah perkara yang boleh mendorong anda?
  9. Bagaimana sikap anda terhadap diri sendiri dan orang lain?
Teknik membuat perancangan kerjaya terdapat 4 langkah:

  • mengenal diri sendiri
  • meneroka pilihan
  • membuat keputusan
  • mengambil tindakan

  • Meneroka pilihan-Jenis personaliti:

    Realistik-kerja menggunakan tangan, fizikal, tumbuhan, mesin dan haiwan. Mempunyai keupayaan mekanikal

    Investigatif-melakukan ujikaji, analisis, interpretasi data, suka mempelajari untuk menyelesaikan masalah.

    Sosial-melakukan kerja yang berhadapan dengan orang lain untuk memaklum, membantu, melatih atau memulihkan.

    Artistik-melakukan kerja dengan daya kreativiti dan daya imiginasi yang tinggi. Berbakat seni, memperkenalkan sesuatu yang baru.

    Keusahawanan-melakukan kerja berhadapan dengan ramai orang, memujuk, mempengaruhi dan pengurusan kewangan (mengurus, mengarah, perhubungan)

    Konvensional-melakukan kerja yang berkaitan dengan data/butir-butir. Berkebolehan dalam perkeranian dan kerja yang bersistematik

    7 LANGKAH UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN

    1. Kenalpasti keputusan yang anda perlu buat (seperti memilih laluan untuk kerjaya, memilih kursus, memilih institut)
    2. Tulis senarai semua pilihan yang mungkin menarik perhatian anda
    3. Dapatkan semua maklumat tentang setiap pilihan anda
    4. Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan
    5. Buat satu pilihan
    6. Rancang bagaimana keputusan itu dapat dijalankan
    7. Buat tindakan sewajarnya




    ::JaMeS BrOoKe::

    | | 0 comments |
    Sir James Brooke (29 April 1803-11 Jun 1868) dilahirkan di Coombe Groove berhampiran Bath, England dan merupakan Raja Putih Sarawak yang pertama.

    Brooke mengembara ke Burma bersama-sama dengan sepasukan askar Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1825. Dia tercedera dan dihantar kembali ke England untuk dirawat. Pada tahun 1830, dia kembali ke Madras tetapi telah terlewat untuk dihantar berperang.

    maklumat lanjut sila klik

    ::TiDaK TeRsAnGKuT::

    | | 2 comments |
    ..salam 1 Malaysia..
    hari ini saya begitu gembira
    cz kerja ku petang tadi berjalan dengan lancar..
    alhamdulillah
    kerja ku dan housemateku kena print out alamat surat menyurat pelajar sekolah SK Taman Paroi Jaya
    setiap seorang kena print 50 helai alamat surat menyurat..
    n then selepas sudah print kena fotostate plak...
    taim nak fotostate kertas yang ada 50 helai tu tiada langsung tersangkut kat mesin fotostate..
    mesin tak buat hal..
    gembiranya bukan kepalang..hehehe..
    terima kasih housemateku yang banyak menolong ku buat kerja tu petang tadi..
    ::senyum selalu::
    ::wassalam::

    ::cAdBuRy::

    | | 2 comments |

    emm sedapnyer cadbury...yum..yum...

    waktu kecik-kecik suka makan coklat...

    suka sangat..(kegedikan melampau..hehe)..

    manisnya sehingga menjilat jari...

    bila makan kenikmatannya terserlah....

    hilang sekejap emosi dan masalah-masalah yang melanda diri..huhu..

    makan sorang-sorang lagi sedap...(nampak sangat pentingkan diri..ahakss)..

    ..yum..yum...

    ::sYoK SeNdIrI::

    | Tuesday, July 27, 2010 | 4 comments |
    haaa cerita hari ini mengenai syok sendiri..

    kisah ni saya ambil dari sebuah buku 'Nak ke Tak Nak'..

    ...penulisnya mestilah dari DR HM TUAH ISKANDAR...

    entry yang dulu mengenai ego dari buku yang sama juga...

    jadikan ia suatu pengajaran buat kita semua

    jom ikuti cerita nie...=)

    Suatu hari, kawan saya, kita namakan dia Arshad. Dia ni suka bawa buku tebal. Buku tentang medicine, tentang biologi, tentang ekologi. Kebetulan dia pakai cermin mata tebal. Orangnya handsomelah juga. Sajaklah sebagai bakal doktor.

    Dia suka bawa buku tebal, nak tahu sebab apa? Sebab dia syok kalau orang jeling-jeling kat dia, senyum-senyum kat dia, curi-curi pandang kat dia. Maklumlah, orang bawa buku tebal, tak payah beg pulak tu. Tentulah orang bijak pandai. Student U ke. Tambahan pulak Arshad ini kadang-kadang sengaja buka buku tebalnya dan pura-pura membaca sementara menanti bas sampai.

    Lamalah juga si Arshad buat perangai. Paling dia syok bila ada gadis yang terkedek-kedek nak menekel dia. Hisy, kalau dapat, bakal doktor ni.

    Suatu petang, waktu Arshad buat perangai, adalah tiga empat orang anak dara yang aim kat Arshad. Mereka buat macam-macamlah untuk menarik perhatian Arshad, tapi Arshad buat dek je. Jual mahal la konon!

    Seorang daripada tiga gadis yang dah aim nak tackle Arshad pun duduklah di sebelah Arshad dan cuba-cubalah nak tarik perhatian Arshad. Tapi makin dia cuba nak tarik perhatian, Arshad makin tekun membaca. Sambil mengeja-eja dia nak membunyikan perkataan-perkataan perubatan yang susah tu.

    Lama-lama gadis tadi jadi boring. "Sudahlah, kahwinlah kau dengan buku kau tu," kata gadis itu.

    Tercengang Arshad. Tapi dia tak pula minta maaf sebaliknya terus berlagak sombong. Dia pun terus bangun dan kebetulan bas pun sampai. Dia terus naik bas itu dan gadis-gadis tadi pun naik samalah. Tapi kali ini budak-budak bertiga itu asyik berbisik-bisik dan ketawa-ketawa kecil. Ikut perkiraan Arshad sepatutnya mereka marah atau malu, tapi ini tidak. Mereka berbisik-bisik, dah tu senyum-senyum.

    Arshad mula rasa hairan. Apa pasal mereka bisik-bisik lepas tu ketawa-ketawa pulak?

    Tak boleh tahan Arshad tekan loceng dan dia pun turun. Tiga orang gadis tadi turun sama dan terus ketawa-ketawa dan bisik-bisik. Merah muka Arshad. Yang peliknya, bukan budak bertiga itu saja, boleh dikatakan semua orang yang bertentang mata senyum kat dia. Arshad makin hairan, tapi rasa egonya kerana pegang buku tebal medicine menyebabkan dia tetap bertahan mengatakan budak-budak perempuan itu belum serik nak menekel dia dan semua orang berselisih dengan dia, hormat dia sebab pegang buku tebal.

    Sampai Arshad menjadi bahan bisik-bisik dan senyum-senyum orang yang berselisih dengan dia. Lebih kalut, orang yang memotong dia dari belakang akan menoleh, pandang muka dia dan sengeh.

    Arshad punylah kalut, dia pun tengoklah baju dia, seluar dia, kot ada apa-apa yang tak kena. Koyak ke, pakai baju terbalik ke. Kalau setakat baju koyak atau seluar terbalik tak hairan. Biasalah tu, kita pun kadang-kadang kena juga macam tu. Terutama waktu kita kelam-kabut dan terkocoh-kocoh.

    Tapi Arshad punya hal, dia baju first class okey. Seluar dia bersait tajam. Cermin mata tebal. Orang smartlah katakan. Buku pun tebal bukan main.

    Tapi ada satu yang Arshad tak perasan. Ada sebatang pengelap habuk bulu ayam atau orang putih panggil feather duster tersangkut elok saja di seluarnya. Feather duster tu tersangkut elok di tali pinggang, bukan tali pinggang, alah, kat seluar orang lelaki kan ada tempat lalu tali pinggang, supaya tali pinggang tak lari. Apa namanya? Entahlah apa namanya. Tapi itulah dia. Di situlah feather duster ini tersangkut, betul atas punggung.

    "Eh, mana datang benda alah ni," Arshad punya sebal. Patutlah tiga gadis itu sampai sanggup turun bas ikut dia. Patutlah dia orang tu bisik-bisik, tunjuk-tunjuk dah tu ketawa-ketawa. Patutlah orang ramai yang berselisih tersenyum-senyum. Rupanya dia ada ekor.

    Sejak itu hilanglah perangai Arshad suka bawa buku tebal semata-mata untuk berlagak. Anda fikir mana datangnya feather duster tu? Arshad pun renung-renunglah, lalu teringatlah dia dengan satu nyonya yang bawa bakul pasar duduk di sebelah dia sewaktu dia bas tadi. Agaknya feather duster itu terjulur dari bakul, dan apabila Arshad bangkit sebab nak cepat dan berlagak, hujung feather duster itu tersangkut di seluarnya.

    Macam mana Arshad boleh tak sedar? Ha, itulah. Orang yang berlagak lebih, banyak yang dia buat dia tak sedar menjadi bahan ketawa orang. Tak percaya, tengoklah orang yang kaki berlagak. Dia ingat hebat benarlah dia, berjalan pun bukan main, tapi kita yang menengok ni, alah, meluat bukan main. Macam si Arshad berlagak pegang buku tebal, sampai ada ekor pun dia tak sedar.

    Dan, saya menambah, orang tak menegur dia ni sebab apa? Pada pendapat saya, sebab orang ingat memang dia sengaja sangkutkan feather duster di seluarnya, sebab dia pegang buku tebal, susahlah nak bawa feather duster kan? Jadi, dia sangkutlah di seluar. Sebab itulah orang tak tegur cuma senyum-senyum saja bila berselisih. Sampai orang yang di belakang dia pun tak tegur, cuma sengih saja bila potong.

    Itulah kisah kawan saya yang kita namakan Arshad. Semoga ada iktibar yang boleh kita kutip bersama untuk renungan bersama

    "Apa yang kita pelajari hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok, tapi kalau tidak belajar hari ini sudah tentu kita akan menjadi manusia sebodoh-bodohnya pada hari esok"

    p/s: page kisah ini dari 263-270..=)

    ::YaKjUj dAn MaKjUj::

    | | 2 comments |








    selamat membaca mengenai info(klik) ini...salam ukhuwah..











































    ::taHaP KeBeRsiHaN::

    | Monday, July 26, 2010 | 0 comments |

    salam semua...nak tanya skit..anda semua suka kan duk hotelkan?tak kira la hotel murah ke hotel bertaraf ke atau hotel yang banyak bintang-bintang tu...(dah merapu plak minah nie..ahakss)..hotel?bila nampak hotel selalunyer kata bagi orang yang mampu..kalu ada pon manusia-manusia yang duduk hotel ikut pakej itu pon sekiranya ada seminar atau segala macam kursus yang berkampung di hotel untuk beberapa hari..apa yang saya nak ceritakan apa yang berlaku sepanjang saya kerja kat hotel bahagian bonquet dari segi tahap kebersihannya..haaa selama ini saya cerita mengenai function apa yang mereka buat dan apa tugas saya semasa saya menjalankan tugas...


    nak tanya lagi nie..?pernah tak anda jika menghadiri sesuatu seminar ke,kursus ke,motivasi kat mana-mana hotel?jika ada sesuatu function ke tapi xkiralah function apa pun kan mesti la ada makan-makan kan...(banyak soal plak saya nie..)tapi pernah tak anda terpikir tahap kebersihan pinggan mangkuk sudu garpu ke yang anda guna semasa anda makan kat hotel..tapi kebanyakannya saya rasa mesti ada yang kata tahap kebersihan kat hotel terjamin..sebenar tahap kebersihan memang tak terjamin pun..
    jangan rasa gah,berlagak atau dengan kata lain berlagak sombong jika duk hotel ditambah pulak makan yang sedap-sedap tu..makanan tu sah lah enak dan sedap di makan tapi bila lauk dah letak dalam pinggan tu arghhhh..nampak je berkilat dan bersih tp tak sebenarnya..jangan mudah terpedaya


    ni nak bagitau..pinggan,mangkuk,sudu garpu,cofee n tea cup yang banyak nak dibasuh tapi bukan pakai tangan untuk di basuh benda alah tu semua yang xtak menang tangan untuk dbasuh walaupun ramai pekerja..nak basuh tu semua pkai mesin yang canggih tapi bukan pakai sabun..rasa-rasanya pkai air je kot..itu yang aku tengok dengan kepala mata aku sendri..bila dah siap bersih kan tu semua mestilah kena lap..bila nak lap benda tu semua ada lagi kesan atau sisa makanan yang melekat..huhuh..tu kena lap guna wiping(guna air panas nk lap ..)


    hari tu guest yang hadir dalam seminar dalam 500 orang..mestilah banyak nak guna gelas dan goblet tu..guna pakai mesin canggih gak..kena wipping lagi..n then guna kali kedua goblet tu cz x sempat nak basuh kena wipping sekali lagi..huhu..ada kesan lipstik ke n tak kiralah kesan apa sekali pun kena lap sampy berkilat..huhu..adakah anda sanggup menggunakan goblet tu..masing-masing akan kata eeee geli..uwekk..goblet tu jugak digunakan isi wain...huhu..memang sah tak samak balik goblet tu..jika taim tu guest nak sudu dan garpu taim tu x cukup bendah alah tu kononnya..pihak supervisor kata ambil guna orang lain yang pakai guna sudu dan garpu tu pergi basuh gitu-gitu n then lap..pastu bagi pada guest..huhu..aku x sanggup melihat dan bagi benda tu kat guest..jika guest nak warm water plak guna air panas tapi terpaksa plak tambah air paip nk bagi air suam skit...taim nak bagi kat guest tu memang rasa kesian

    jadi xperlu nk dibanggakan bila makan kat mana-mana hotel..aku bukan nk kutuk,mengumpat tapi nak bagitau keadaan realiti yang berlaku..tak bagitau perkara sebenar apa yang berlaku mestilah berdosa kan lebih-lebih lagi rasa bersalah dalam diri..

    p/s:ada sesetengah guest yang memandang kerja macam saya buat nie di pandang lekeh atau pandang sebelah mata je cz dengan kata len jadi kuli oranglah atau nampak orang macam kami tidak berpelajaran tinggi..tapi sebalik tahap kebersihan hotel mereka xtahu..kami yang bekerja dan surve kepada mereka kami yang lebih tahu tahap kebersihan tu cam mana ..(bukan nak bercakap besar atau telebih kata tapi inilah betul2 realiti..huhu)..

    ::GuLa KaPaS::

    | | 6 comments |
    haiii...tadi aku baru selesai dari kelas praktikel etiqa pukul 6 petang tadi..n then plan sebelum balik umah tu aku singgah kedai nk beli topup..housemate ku dua orang balik umah dulu tapi myroomate suruh beli kacang...dah masuk kedai antie seremban dua tu aku beli topup dan kacang..alih-alih aku nampak gula kapas..(dalam hati kata dah lama x mkn benda alah nie..tapi tgk harga rm2)..tanpa banyak soal terus sambar gula kapas..hehe..pict amik kat google imej paham2 rr kan aku xde hp camera..huhu..tapi gula kapas ni lah yang aku makan..=)

    aku terus masuk bilik aku makan dengan myroomate gula kapas tu..yum..yum sedapnya tidak terkata..(sengeh)...seolah-olah budak kecik yang merengek nk makan sangat gula kapas...huhu..housemate ku datang bilik n then my roomate ajak makan sekali...semalamkan bad today..hehe...hari ni happy day cz aku tanya housemateku.."ko marah lagi ke kat aku?"..pastu katanya.."lebih baik lupakan perkara yang dah lepas"..jadi kami bertiga satu bilik tadi makan gula kapas tu bersama-sama..n then berborak dan berbual macam biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku..terima kasih gula kapas semanisnya juga...ahakss..
    senyumlah selalu..=)

    ::I'm SoRrY::

    | Sunday, July 25, 2010 | 0 comments |





    aku minta maaflah jika apa yang berlaku tadi menyakitkan hatimu..bukan niat aku nk berkata begitu..aku mengalah..xperlu perbesarkan ia masalah kecil saja..jika ia suatu masalah besar dan amat menyakitkan hatimu aku betul-betul minta maaf...aku bukan manusia paling sempurna di atas bumi ciptaan Tuhan ni..sekiranya kamu tidak maafkan aku dengan perkara sekecil itu itu hak kamu..aku terima seadanya dan terima dengan hati terbuka..i'm sorry(ehhh tagline amir raja lawak plak...sempat lagi wat lawak sengal..hhuhuh..)

    ::RaSa TeRkeJuT::

    | | 0 comments |



    jantungku berdegup kencang..kaki pulak tiba-tiba terasa sejuk..n then rasanya dh rasa cm ada sesuatu xkena pada hatiku ini..tapi ku pendamkan sahaja perasaan itu..akhir nya terjadi tanpa diduga..hati makin sakit..nk menyedapkan jiwa beristighfar..sambil-sambil makan coklat cadbury..sakit kepala dan jiwa rasanye agak tertekan..tapi dengan sabar dan tabah dapat dikawal sebaik mungkin..bila de masalah dengan famili ke,member ke,kekasih ke atau apa sahajalah yang ke arah jiwa dan emosi mesti nk luahkan..huhu..kang tak luahkan dalam blog..simpan plak dalam hati makin bertambah tak tenang..nk menulis ni tangan dok menggigil-gigil..bila cerita plak dikatakan mengumpat belakang-belakang.dikatakan mengaibkan plak..bila ke aku citerkan dlm blog nie..kang citer takot salah paham plak...jantung berdegup lebih kencang..(ni dah lirik lagu dah nie..)..adakah baik jika aku meluahkan atau cerita apa yang terbuku dihati nie..rasanya dh tak tahan sangat...(cepat-cepat kawal emosi tu dila)..masalah tu perkara kecik tp agak nya mengambil perkara itu serius...beginilah..aku luahan juga..sebab simpan-simpan lama dalam hati x bagus sebanarnya..
    ok begini..aku dengan member ku buat kerja surat-menyurat.sementalah petang tu member ku pergi kuar..balik tu member ku sound bergurau myroomate..aku pon kira sound bergurau aku kata dia dah buat kije tu dah siap pon(nada gurau)..pastu member ku cakap ko jangan menyampuk sekarang aku tengah bercakap dengan dia n then katanya lagi aku xtamo bercakaplah dengan ko..aku kata aku pon cakap begitu(aku ingat dia gurauan)..member ku cakap dia serius..dah tarik muka...masing-masing diamkan diri..arghhh aku pon rasa serba salah juga di buatnyer..rasa terkejut pon ade dengan apa yang berlaku...len kali aku kena berhati-hati bila bercakap..aku tak tahu cam mana nak perbaiki semula..aku kena sentisa muhasabah diri dan selalu memperbaiki kelemahan yang banyak dalam diriku nie..aku tak menyalahkan sesiapa..lagi pon ia hadir tanpa diundang..tanpa diduga..apa-apa ini satu ujian dariNYa..jangan melihat masalah itu sesuatu yang besar tapi ambil ia satu pengalaman dan reliti kehidupan ini..Allah mahu menguji tahap keimananku..bila dah luahkan rasa lega skit..huhu..agak-agak apakah respon daripadanya...emmm...

    ::KePaLa BoTaK::

    | Saturday, July 24, 2010 | 0 comments |





    bagi aku citer nie best sangat..tak puas tengok banyak kali..hehe..salah satunyer aku suka cz dia berkepala botak dan badannya sasa..hehehe..(kegedikan aku dah melanda diri..muahaha..)pict nie amik kat mana lagi kalu kat google imej..ahakss..
    lagi satu cerita nie mengeratkan kasih sayang..itu yang pentingkan..apa-pon kasih sayang diberi keutamaan..=)

    ::aGeL::

    | | 0 comments |



    emmm dah tengahari nampaknyer..dah la baru bangun tdo..(tanpa segan silu bgtau kat orang..ahakss..)..hari baru aku dapat blogging cz semalam saharian ku berkerja..huhuhu..terasa kepenatannnya sampy kaki pon nak membengkak..haaa malam semalam di hotel tempat aku kerja tu ada seminar produk AGEL..korang pernah dengar tak produk tu sebelum nie..ni first time aku dengar..ni laman webnya:http://startup.agelal.com/site/Eng/ShowDoc.asp?MenuID=634
    pada hari sebelumnya meraka buat majlis BLACK TIE AFFAIR..
    tetamu yang hadir dalam 500 orang dalam seminar tersebut..jamuan makan secara bufet..kerja ku waktu tu clean kan plate lepas mereka abis makan n aku jaga 6 buah meja..aku lihat macam-macam mereka bergaya dengan pakaian masing-masing..hehe..tapi yang paling lucu cz dia seorang saja yang memakai pakaian baju pengantin...sume serba putih siap pakai tengkolok dan blink-blink lagi tu..ehehe..dan hadir juga pelawak yang memeriahkan majlis iaitu helmi gimik..lagu-lagu yang dipasang memang kuat sampy berdegup-degup jantungku dibuatnyer..uhuh..last sekali menari berdansar..tapi taim tu aku tgk macam orang dah sedar diri..nauzubillahminzalik..ok lah itu serba sedikit reliti yang aku tengok dengan mataku sendiri..

    ::BlaCk TiE AfFaIR::

    | Friday, July 23, 2010 | 0 comments |

    yehhh my laptop dah kembali..yepeee..=)
    ok aku baru balik kerja partime dalam pukul 11.30 malam tadi
    aku kerja ada function BLACK TIE AFFAIR...
    mereka yang hadir dari 4 buah negara iaitu Malaysia,Indonesia,Singapura dan Australia..
    dalam function tersebut adalah 9 buah meja bulat dengan 8 buah kerusi setiap di meja bulat..
    jadi tetamu hadir pada malam tadi 72 orang..
    setiap tetamu yang hadir kerja aku memberi air minuman..ada 3 jenis air iaitu air manggo,air pink guava dan air oren juice..
    apabila tetamu sudah berada di meja bulat masing-masing kerja aku sekali lagi surve air kepada tetamu mengikut nombor yang ada di meja bulat tersebut..aku surve meja yang bernombor ganjil dan housemateku surve meja yang bernombor genap..
    aku membawa 9 gelas air dengan dulang yang kecik..Tuhan saja yang tahu betapa berat angkat air yang ada 9 gelas tu..sampai naik lenguh dan menggelatar tangan..berdiri tu biasa memang kena berdiri dan berjalan sahaja sepanjang function tu berlangsung..ini bukan satu rungutan tapi ianya realiiti..kalu korang tak percaya cuba letak 9 gelas dengan dulang di atas telapak tangan..huhuhu...
    n then ada pulak aku tengok tetamu menari dan berdansa dengan rancak..
    pakaian tetamu masing-masing elegan..perghhh...ditambah dengan muzik yang kuat..sakit jantung aku dibuatnya...apa-apa pun ini semua satu pengalaman dan beri satu pelajaran buat ku juga..smile always..=)

    ::MaRi BeRpAnTuN::

    | Thursday, July 22, 2010 | 0 comments |
    bunga kembang di sinari pagi
    indahnya pagi membawa redupnya
    jika senyum ikhlas dihati..
    hati gembira membawa makna..

    buah manggis buah duku
    sedap di makan enak sekali
    jangan sesekali suka menipu
    sukar dipercayai orang akan benci

    panjang tangan panjang kaki
    diukur pula dengan kayu..
    hindarlah diri dari mencaci
    nanti kelak otak menjadi beku dan layu..

    wahai kawan mari membaca..
    dari ilmu otak berjalan
    marilah kita berjaya bersama
    dari situ eratlah hubungan..

    hari ini musim durian..
    sedap dimakan dengan pulut..
    hati ini mula berkenanan
    bertemu muka terkunci mulut...hehe..

    p/s:pantun ini ikut otak aku...muahaha..kalu sudi balas lah pantun..kalu tak buat xtahu je...ahakss..

    ::PrOgRaM AnAk AnGkAt KoLeJ::

    | Wednesday, July 21, 2010 | 0 comments |
    salam bloggers...
    pagi semalam dalam pukul 9 pagi aku the geng pergi ke sekolah SK Wawasan..
    cz kami dipanggil dari GPK Hem untuk membincangkan program pengambilan anak angkat kolej kami kerana surat yang kami hantar tempoh hari telah sampai ke rumah ibu bapa pelajar masing-masing..jadi ibu bapa pelajar ada yang menelefon dari pihak sekolah,phak kolej dan pihak kami sendiri yang menanyakan program tersebut...fauzi dan zupki pergi berjumpa dengan GPK Hem..kami yang lain tunggu di bilik kaunseling..GPK Hem membenarkan kami menjalankan progam ini dan beliau menyuruh kami menghantar surat bagi kali kedua kepada ibu bapa pelajar adalah usul untuk meminta kebenaran dari ibu bapa pelajar atas nama sekolah tersebut..GPK Hem mahu melihat surat kebenaran tu terlebih dahulu sebelum di hantar kepada ibu bapa pelajar..surat yang sebelum ni kami hantar surat kepada penjaga mengguna atas nama kolej kami..jadi surat yang pertama tu diabaikan..dalam masa terdekat ni kami hantar surat usul minta kebenaran dari pihak ibu bapa..kami semua berharap program ni berjalan seperti yang di rancang dan mendapat respon yang baik dari ibu bapa..di harap juga kami dapat memberi kerjasama yang baik di antara pihak sekolah dengan kolej kami..=)

    ::TeRiMa KaSiH::

    | | 5 comments |
    salam semua hari baru saya dapat berblogging kerana my laptop ada masalah teknikel jadi alamatnya saya kena format laptop..seharian ni saya tak buka facebook langsung..huhu..aku dapat menulis blog hari nie pun atas ehsan housemate ku yang baik hati beri saya pinjam jap laptop dia buat sementera...jadi dapatlah saya menulis blog nie..
    di sini juga saya nk ucapkan kepada bloggers-bloggers yang selalu singgah dan baca my blog yang tak seberapa nie dan apa sahaja yang cerita yang mengarut-ngarut yang saya tulis saya minta maaflah..terima kasih juga yang sudi beri komen..dalam 1000 lebih orang yang membaca blog saya..eemm bukannya saya nak bikin kecoh tentang angka yang banyak tapi saya hargai meraka yang menyokong saya dan sudi ziara blog saya..saya ucakan terima kasih tak terhingga..kepada rakan blogers baru:AZWANDY..ANIZA..SAYA_ARIEF..CAHAYAKEWANITAAN DAN SUGAR KAPAS STRAWBERRY dan lain-lain yang sudi baca blog saya dan tak lupa juga kepada rakan-rakan facebook..terima kasih sekali lagi ku ucapkan..tanpa anda siapa la saya..ahakss..hehe..

    p/s:penggunaan bahasa formal..panggilan diri untuk saya..tidak menggunakan pekataan aku...poyo je..hehe..ahakss..=)

    ::MaLaYsIa AiRLiNeS::

    | Tuesday, July 20, 2010 | 0 comments |

    aju masuk kerja partime tadi pukul 11 pagi hingga 11.30pm..
    smpy sshaja di tempat kerja..kena tukar pakaian kemeja hitam..jd pakaian aku semua hitam sampy lah kek kasut aku..hehe..
    n then tugas ku tengahari tadi kena clear pinggan-pinggan lepas mereka makan..yang aku kena surve adalah dari pegawai-pegawai atau kakitangan Malaysia Airlines dari outlet seluruh negara dan pelbagai negara..
    jadi meraka menikmati makan tengahari..sehingga aku tak pergi makan pada pukul 2 petang tu jd kena la 2gu pukul 5 petang utk makan..(tahan lapar smpy nk naik pening pale otak aku..huhuh)
    dh setel sume tu kena buat function MA tu..kena buat bonquet(eh salah bukan bonquet tapi bufet..sori..betul2 x sengaja..)....lebih kurang ada 10 meja bulat..MA yang dtg mlm tu dalam 100 guest..
    berjam-jam aku n my roomate berdiri..
    kerja kitorg gak sama macam tengahari tadi kena clear it..acara td bermula dalam pukul 8.30 mlm..diorang siap berkaroje lagi..nyanyi lah smpy mlm...
    ada yang hisap rokok apatah lagi aku tak tahan bau nyer..
    emmmm tadi satu set desert terlupa nk letak meja meja...aku n my roomate bedal desert tu..memg sedap giler..dah la tu sambil buat kerja lapar..hehe..(amik kesempatan jap..huhu)
    pastu teguk pulak air sejuk..ahhhh memg lega..hehe..
    last skali diorg naik pentas kecil x besar pon nyanyi ramai2 n bersorak gembira...eee naik sakit gak telinga aku dengan muzik yang kuat..bila nk bercakap dengan orang pon jadi dengar apa yang dicakapkn..
    n then lepas clear mana yang patut di buat..kemas meja2 bulat yang de kain tu n terus boleh balik umah..terasa kaki aku membengkak n x terasa bila aku nak berjalan..aduyai...

    ::aKu sUkA..TaPi TaKuT::

    | Monday, July 19, 2010 | 4 comments |

    hari ini cerita pasal kucing..
    cz dirumah sewa ku ada seekor kucing..namanya NANY..
    gambar kucing diatas tu ku ambil dari google imej..cz rupa pict tu sama mukanya macam NANY..hehe..NaNy ni ada tuannya tau..tuannya adalah my roomate ku sendiri..:D
    aku suka kucing yang bernama NANY..dia comel dan cute sangat..
    tapi satu ja kelemahan aku dengan kucing ni..aku takut mau pegang..rasa geli..kuku yang tajam dan aku takot juga kena gigit..hehe..
    pertama kali pegang seekor kucing eeee geli semacam..rasa lembik-lembik badannya tu..
    sampai sekarang aku tak pegang dan tak sentuh langsung kucing..apatah lagi si NaNy yang comel sangat tu..lagi tak menyentuhnya..hehe..sori my roomte ku..
    gara-gara aku memang takot dengan NaNy tu my roomate kurungnya dalam sangkar besar...
    kadang-kadang kesian tengok si NaNy tu seharian dalam sangkarnya..rasa serba salah pulak dengan my roomate..tp my roomate memahami diriku..heheh..tq my roomate..ahakss..

    ::dAh TaK BeTuL::

    | | 0 comments |

    pagi tadi buka ja mata(baru bangun tdo) tnya my roomate(time tu mngadap lappynya..dia buat apakan..dia cakap betul kan data pelajar..aku terus jadi segar dan tangan ni serta merta pegang lappy..bangunnya pagi tadi aku bukannya terus nak pergi mandi dlu..buka facebook dan blog dlu..cakap je liat nk pergi mandi...dh tau ada kerja tak key data pon pagi tu..buat kerja len dengan muka yang tengah mamai yg baru bangun tdo....
    ok lepas dh berhiasi diri tu mengadap facebook lagi..n then singgah mana-mana bloggers yang de cter baru..hehe.
    tengahari td pulak my roomate masak lagi..ikan goreng sambal tumis..cz kerjanya memang suka masak..ahhhh memg dasar aku dh tak tolong dah(xpe my roomateku aku kan tolong mu masak len kali yerk..jgn marah tau..hehe)..time tu my roomate masak mula la kerja aku nk key in data..(buat-buat ada kerja kononyer..padahal memg de kerja..ahakss)..pe la aku menulis ni merapu meraban dah nie..petang-petang nie penyakit mental aku dtg lagi...dh tak betul..muahaha..(gelak diri sendiri sebenarnya tak lawak pon..cait..)..
    pukul 4 petang nie ada kelas encik man untuk belajar produk ETIQA TAKAFUL..
    jgn la aku mangantuk dan tido time beliau mengajar..hehe..
    ok stanby to go my class..cayuk..=)

    ::MaDu DaN RaCuN::

    | Sunday, July 18, 2010 | 0 comments |

    emmm petang tadi beremosi sangat..eee macam2 betul dugaan..
    pe kata aku release otak aku dengar lagu indon..lagu nye madu dan racun..
    lagi pon malam-malam begini dh rasa tahap boring tahap gaban..(sebenarnyer de kijer nk di buat tp alasannye kate boring..)..tp memg ada rasa boring..(ceh cover dr balik pulak tu)..eee makin hari piil aku menjadi-jadi..malam nie aku jadi tak betul skit..ye rr tiba-tiba jak nk layan lagu tu...:D
    jom lah layan lagu ni..

    :tErAsA::

    | | 0 comments |



    kenapa?kenapa ia berlaku pada ibu..
    aku rasa kalu ibu tak pergi dinner malam tu..
    aku rasa ianya xkan berlaku..
    bila ibu berada berada di sana dia keseorangan..
    tp mana orangnya disisnya..buat hal sendri..
    kiranya tiada apa-apa yang berlaku..
    fikirlah...hati ibu terusik..terasa..
    sudah banyak ibu bersabar..memang banyak bersabar..
    ibu pendamkan saja dalam hati..tak luah pun..
    adakah ianya nampak ibu kolot..
    adakah ibu terlalu buat dosa padanya...?aku tak mengerti...
    tanggungjawab ibu,ibu dah buat segala-galanya..
    ibu tak pernah merungut..sekarang ini ibu menjaga ibu kandungnya yang sedang uzur..
    memang ini suatu ujian daripada ALLAH untuk ibu..
    tapi Allah maha mengetahui suci hati ibu..
    Allah maha melihat setiap perbuatan hamba-hambaNYa..
    tapi aku sebagai anaknya yang telah membesar aku..aku tetap menghormati kedua-duanya..
    aku sayang sama meraka..ibu bersabar lah menghadapi dugaan dan ujian ini..Allah menyukai orang-orang yang sabar dan tabah seperti ibu...

    ::BeRbLogGiNg::

    | Saturday, July 17, 2010 | 4 comments |

    aku baru aja memasuki arena berblogging...
    baru mahu mencuba sesuatu yang baru dari dunia blog nie..
    dari situ aku mahu tahu siapa diri aku sebenarnya...kadang-kadang tu aku tanya sama diri ku siapa aku...cehhh de madah-madah plak gitu..adesss..
    selain tu aku juga suka tgk blogers-blogers yang len yg adak templet yang cantik2 gitu..dan paling aku suka sekali luahan hati blogers-blogers...emmm dari situ aku mahu kenal sapa mereka..sama-sama boleh kongsi cerita antara satu sama lain...
    aku dalam proses pembelajaran dalam berblogging nie..cz time aku berblogging nie terdapat kesalahan dari segi penggunaan bahasa,ejaan...kadang-kadang tu bila dapat ide menulis blog tangan aku cepat aja menaipnyer..mula lah ejaannya banyak salah..ahakss..ye rr kan ide tu datang sekali aja..lagi satu banyak pulak bercerita panjangnyer berjela-jela isinya ndak da atau langsung ndak ada isi..sori terbahasa sabah skit bah..muahaha..mengada-ngada pulak aku nie kan...
    ni pon aku baru aja tukar templet baru cz aku mahu nampak kelainan dalam blog aku..xde la tempet sama jak..nti lama jadi boring..tu pendapat aku la..kalu blogers len aku tak tau plak kan..emmm pe2 pon aku ucapkan kepada diri aku sendri selamat berblogging..oppss alamak terlebih sudah..ahaksszz..=)

    ::tAk JaDi..JaDi LaIn::

    | | 0 comments |

    semalam plan nk masuk kerja pukul 2 petang..kerja partime hotel..mlm tu x jd nk call my supervisor cz krdt tak de..tengahari tadi baru call supervisor hotel..2 3 kali call tak angkat-angakat..hantar mesej dia tak balas-balas..housemateku call kwn sekerja kitorang..dia plak cakap hari nie ndak adak kerja..penat2 jak kitorang stanby nk pergi kerja..excite tau nk pergi kerja..huhuhu..
    alih-alih tukar plan kitorang pergi barang dapur kat tesco..


    cz my roomate nk masak stemboot ayam...taraaaa..sedapnya..yum..yumm..ni la hasilnya td..smpy jak aku n my roomate smpy umah my roomate yang uruskan barang2 dapur..aku malas aja kan..bukanya mau nolong..wahhh cakap slang sabah bah...muahaha..
    aku kemas bilik yg dh jadi tongkang pecah..serabot...
    housemate ku yang lain tu tolong my roomate masak..aku 2gu orang panggil aku makan jak..hehe..best plak..ishhh dah lak aku tlong apa pon diorang masak..aku wat hal aku jak..dasar pemalas aku nie..aaaaaa(menjerit)...

    ::bUkAn kEmBaR..aHaKsSsSs..:

    | Friday, July 16, 2010 | 2 comments |

    ni gambar kami dua beradik..ni pon pict lama..
    jgn tertipu dgn ni cz kami bukan kembar ahakss..cz org di luar sane kata yg muka kami hampir same..ye la dh nama adik beradik..hehe..
    adikku taon 1990 dan me 1987..huhu xtak jauh..=)
    ingat dulu kami taim pergi sekolah sama-sama tp sekolah berlainan..
    adikku SMK tun mutahir n aku SMK munshi abdullah..dua buah sekolah tu berjiran..
    haaa taim nk balik sekolah kitorg 2gu kat gerai makan berhmpirn sekolah..tu memg selalu menjd port menunggu..hehe
    cz 2gu ibu amik kami dari sekolah..
    adikku pengawas sekolah warna biru dan aku pulak warna ijau..hehe.
    mak cik yang kerja kat gerai tu selalu ingat kan kami kembar...lucu..
    kami pon suka mengadap cermin n tgk muka masing-masing ada muka kembar tak..ahakss..
    emmm bila dh tgk muka tu pastu bleh plak kata cm ni.."apasal eak muka ko ikut muka aku"..haha..kami pon kata lah kat diri sendiri.."nama nyer pon dah adik-beradik"..hehe..
    bila kwn2 adik aku tgur aku..aku kata bukan..nie kakaknyer..muahahha..
    tp personaliti kami berdua memg jauh berbeza...ahakss..
    pe2 pon I LiKE ThIs 'tWiN'..=)

    ::oH iBu::

    | | 2 comments |

    ibu..dila sayang ibu..
    ibu telah memberi kasih yang tak terhingga kepada dila..
    dia tak tahu macam mana nak balas jasa ibu..
    sejak dari kecil lagi ibu jaga pakai makan minum dila..
    hingga dila dewasa sekarang ni ibu terlalu mengambil berat hal dila...
    ibu adalah segala-galanya bagi dila..
    dila tak nak berjauhan dengan ibu..
    dila sayang ibu sangat-sangat..
    sebelum dila masuk tidur ibu peluk dan dan cium dila..
    terasa hangat pelukan ibu...(hampir menitis air mataku..)
    dila tak pernah dengar ibu memaki hamun anak-anak..
    ibu sabar dengan kerenah anak-anak yang sedang meningkat dewasa...
    ibu begitu sabar dalam alam rumah tangga..
    ibu sangat tabah dan sabar menghadapi kehidupan ini...
    air muka ibu selalu dalam tekanan mengahadapi apa jua cabaran..
    tapi ibu mampu memberi senyuman..senyuman ibu begitu bermakna bagi dila...
    masakan ibu selalu dila rindui...rindu sangat-sangat..
    segala kehendak dila ibu tunaikan..ibu sanggup berkorban apa sahaja..
    ibu suruh anak-anak makan dulu baru ibu makan...
    ibu..ibu..ibu...ibu sangat cantik..lawa..hidung mancung..=)

    ibu pernah cerita kepada ku...
    sewaktu ibu melahirkan ku..ibu bersalin di atas tikar mengkuang..
    tidak sempat ibu bersalin di hospital..
    keadaan waktu ketika itu ibu kata ibu terpaksa meminjam kelengkapan bayi sebelah jiran...
    ibu berbuat demikian kerana kelengkapan bayi untuk ku tidak ada...tidak sempat katanya..
    ibu balut tubuh kecil dila...ibu beri kasih sayang yang tidak terhingga..
    ibu,dila sayang ibuuuuuu...I LOVE U MOM..

    ::KeSiLaPaN tEkNiKeL::

    | | 3 comments |
    hari jumaat..16 julai 2010..


    huhuhu baru balik kerja dari ofis..
    kerjanya kena photostate alamat surat-menyurat pelajar-pelajar sekolah...
    my roommate tolong buatkan..hehe..dia lg kena buat kerja..
    haaa taim nak photostate 52 helai kertas...9 helai kertas yang rosak smpy naik renyuk jadinya cz kertas-kertas tu tersangkut kat photostate yang trlalu canggih sangat tu...aduyai..memang kena banyak sabar..huhu..
    eee kalu sume kertas tersangkut kat mesin pjotostate memg aku rasa geram..
    ye rr nk kena print balik alamat pelajar sekolah..yang 9 helai kertas yang dh renyuk siap ada karbon warna hitam..dugaan betul..huhu..tinggal 43 helai yang ok..lipat benda alah masuk dalam envelop..


    dalam pukul 3 petang pergi ofis semula cz nak serahkan surat-surat kat pak man..
    beliau yang menguruskan benda tu sume..
    aku n my roomate menunggu pak man dtg ofis..n aku pon mesej beliau..dia cakap on de way..2gu beliau datang ofis dalam i jam..mb beliau pon adak kerja...menunggu dengan sabar..jangan marah-marah ahakss..
    bila beliau smpy..kitorang pon serah je surat-surat tu...
    kitorg blah je balik umah..
    haaa taim tu ada ide utk aku story ni kat my blog..hehe..
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...