Followers

::eGo...sUaTu CeRiTa..::

| Wednesday, July 14, 2010 | |
hari rabu..14 julai 2010..

salam sume...hari ni keadaan emosi ku tak stabil...
mencari-cari jawapan tapi xjumpa apa sebabnya..huhu..
emo kadang-kadang tu berubah tak tentu hala..cehhh...
kena kawal emosi diri nih..hehe..


tinggalkn sekejap bab emo2 nie...
haaa ni de satu cerite tau..yg aku nk cter nie dr sebuah buku 'NAK KE TAK NAK'..
disini kemungkinan besar orang kata aku nk tiru dengan kate lain ciplak..lantak lah orang nk kate pon..tp sebenar nyer aku nk share kisah nie..aku x tau lah kalu korang dh dengar cter tu sebelum nie..
aku beli buku dengan harga rm10 ringgit..x mahal pon..
penulisnyer korang sume kenal kan iaitu DR.HM TUAH ISKANDAR...

KISAHNYER..JENG-JENG..





Nak dengar satu kisah?ini kisah seorang ayah yang ego.punyalah ego hingga terbawa-terbawa ke mana saja dia pergi.kerana egonya si ayah ini,maklumlah ketua keluarga,kapten kapal,dia tak pernah nak dengar pendapat isteri,pendapat anak-anak jauh sekali.Luahan anak-anak selalu di perlekehkan.

suatu hari,si ayah terperangkap di tengah-tengah kesesakan jalan raya.orang sekarang panggil 'jem'.kalau anda selalu terperangkap dalam jem ikuti kisah ini baik-baik.ini sangat penting.contoh teladan yang berguna.

jem ni panjang sungguh.pada waktu itu tengahari.panas!kereta bergerak sikit-sikit.adalah lebih kurang 20 minit terperangkap dalam kesesakan itu,si ayah tadi dah hilang sabar.maklumlah orang ego.orag ego cepat naik darah.anda cepat naik darah tak?kalau cepat tandanya anda ego.

"eh,bang.awak nak ke mana?"tanya si isteri bila tengok suaminya membuka pintu kereta.
"aku nak tengok apa yang jem sangat ni,"jawab suami.
"alah,sabar ajelah bang.orang lain pun jem jugak.bukan kita sorang."
"awak orang perempuan apa tau.ini tak lain mesti ada orang korek jalan.nak korek jalan pun tunggu malamlah.ini time puncak,time semua orang nak berkejar ke tempat kerja.biar aku ajar mereka tu,"kata si suami tunjuk garang.mukanya merah menyala-nyala.

sebenarnya tak berapa jauh dari tempat mereka berada itu adalah sekumpulan orang sedang bekerumun.patutlah kereta tak bergerak.mereka park kereta di tengah-tengah jalan dan ramai-ramai berkerumun di situ.

"oh patutlah.ada accident,"fikir si ayah tadi sambil terus berjalan."tulah,korek lagi jalan time puncak.kan kena langgar!"katanya lagi.

bila dia sampai berhampiran orang ramai tu,dia pun berpekik,"tepi-tepi,aku abang dia.tepi,tepi,aku abang dia!"

jadi semua orang menoleh kat dia dan semua orang ke tepi.
(saya pendekkan cerita nie..)

si ayah tadi pun hairan juga bila dia cakap macam tu semua orang menghindar,semua orang minggir."tak sangka menjadi teknik aku,"fikir si ayah tadi dengan bangga.

sebaik saja dia dapat bolos ke depan dan tengok mangsa kemalangan jalan raya tu,alangkah terkejut dan malunya dia.terketar-ketar bibirnya,tak terkata apa-apa?kenapa?apakah betul yang kena kemalangan tu tukang buat jalan atau adiknya?sebab tadi dia kata,"tepi,tepi.aku abang dia,aku abang dia!"tentulah semua orang ke tepi sebab abang si mangsa yang datang.

masalahnya,yang kena langgar tu bukan orang,tapi monyet.
hah,padan muka hang,tulah ego semacam.kalau hang kena jem,orang lain pun macam tu jugak.sabar ajelah.ini tidak,ikut panas baran sendiri saja.last-last mengaku abang kandung kepada si monyet.

"merangkak tapi sampai lebih baik dari berlari tapi putus di jalan"

p/s:haaa dh bacakn kisah nie..emmm apa yang korang pelajari dari kisah ni..emm kena fikir dan fikir..kisah nie page 196 hingga 201..buku nie berkaitan motivasi diri..alah buku tu setakat rm10 hengget xkan korang xbeli kot..topup n rokok boleh plak beli..ahakss..ni bukan kutukan bukan keperlian tapi ianya adalah realiti..hehe..jangan mare..ahakss..=)

2 comments:

Trackback by Azwandy Bin Muhamad July 15, 2010 at 5:22 AM said...

Salam....

Hahaha... Lawak la cite tu... Tergelak besar sy...hehe...

Sy dah follow blog awk... hehe... Rajin2 la singgah k...

Trackback by dayana July 15, 2010 at 7:02 AM said...

ok xde hal..hari-hari saya singgah..
hehe..tq follow my blog..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...