Followers

::sYoK SeNdIrI::

| Tuesday, July 27, 2010 | |
haaa cerita hari ini mengenai syok sendiri..

kisah ni saya ambil dari sebuah buku 'Nak ke Tak Nak'..

...penulisnya mestilah dari DR HM TUAH ISKANDAR...

entry yang dulu mengenai ego dari buku yang sama juga...

jadikan ia suatu pengajaran buat kita semua

jom ikuti cerita nie...=)

Suatu hari, kawan saya, kita namakan dia Arshad. Dia ni suka bawa buku tebal. Buku tentang medicine, tentang biologi, tentang ekologi. Kebetulan dia pakai cermin mata tebal. Orangnya handsomelah juga. Sajaklah sebagai bakal doktor.

Dia suka bawa buku tebal, nak tahu sebab apa? Sebab dia syok kalau orang jeling-jeling kat dia, senyum-senyum kat dia, curi-curi pandang kat dia. Maklumlah, orang bawa buku tebal, tak payah beg pulak tu. Tentulah orang bijak pandai. Student U ke. Tambahan pulak Arshad ini kadang-kadang sengaja buka buku tebalnya dan pura-pura membaca sementara menanti bas sampai.

Lamalah juga si Arshad buat perangai. Paling dia syok bila ada gadis yang terkedek-kedek nak menekel dia. Hisy, kalau dapat, bakal doktor ni.

Suatu petang, waktu Arshad buat perangai, adalah tiga empat orang anak dara yang aim kat Arshad. Mereka buat macam-macamlah untuk menarik perhatian Arshad, tapi Arshad buat dek je. Jual mahal la konon!

Seorang daripada tiga gadis yang dah aim nak tackle Arshad pun duduklah di sebelah Arshad dan cuba-cubalah nak tarik perhatian Arshad. Tapi makin dia cuba nak tarik perhatian, Arshad makin tekun membaca. Sambil mengeja-eja dia nak membunyikan perkataan-perkataan perubatan yang susah tu.

Lama-lama gadis tadi jadi boring. "Sudahlah, kahwinlah kau dengan buku kau tu," kata gadis itu.

Tercengang Arshad. Tapi dia tak pula minta maaf sebaliknya terus berlagak sombong. Dia pun terus bangun dan kebetulan bas pun sampai. Dia terus naik bas itu dan gadis-gadis tadi pun naik samalah. Tapi kali ini budak-budak bertiga itu asyik berbisik-bisik dan ketawa-ketawa kecil. Ikut perkiraan Arshad sepatutnya mereka marah atau malu, tapi ini tidak. Mereka berbisik-bisik, dah tu senyum-senyum.

Arshad mula rasa hairan. Apa pasal mereka bisik-bisik lepas tu ketawa-ketawa pulak?

Tak boleh tahan Arshad tekan loceng dan dia pun turun. Tiga orang gadis tadi turun sama dan terus ketawa-ketawa dan bisik-bisik. Merah muka Arshad. Yang peliknya, bukan budak bertiga itu saja, boleh dikatakan semua orang yang bertentang mata senyum kat dia. Arshad makin hairan, tapi rasa egonya kerana pegang buku tebal medicine menyebabkan dia tetap bertahan mengatakan budak-budak perempuan itu belum serik nak menekel dia dan semua orang berselisih dengan dia, hormat dia sebab pegang buku tebal.

Sampai Arshad menjadi bahan bisik-bisik dan senyum-senyum orang yang berselisih dengan dia. Lebih kalut, orang yang memotong dia dari belakang akan menoleh, pandang muka dia dan sengeh.

Arshad punylah kalut, dia pun tengoklah baju dia, seluar dia, kot ada apa-apa yang tak kena. Koyak ke, pakai baju terbalik ke. Kalau setakat baju koyak atau seluar terbalik tak hairan. Biasalah tu, kita pun kadang-kadang kena juga macam tu. Terutama waktu kita kelam-kabut dan terkocoh-kocoh.

Tapi Arshad punya hal, dia baju first class okey. Seluar dia bersait tajam. Cermin mata tebal. Orang smartlah katakan. Buku pun tebal bukan main.

Tapi ada satu yang Arshad tak perasan. Ada sebatang pengelap habuk bulu ayam atau orang putih panggil feather duster tersangkut elok saja di seluarnya. Feather duster tu tersangkut elok di tali pinggang, bukan tali pinggang, alah, kat seluar orang lelaki kan ada tempat lalu tali pinggang, supaya tali pinggang tak lari. Apa namanya? Entahlah apa namanya. Tapi itulah dia. Di situlah feather duster ini tersangkut, betul atas punggung.

"Eh, mana datang benda alah ni," Arshad punya sebal. Patutlah tiga gadis itu sampai sanggup turun bas ikut dia. Patutlah dia orang tu bisik-bisik, tunjuk-tunjuk dah tu ketawa-ketawa. Patutlah orang ramai yang berselisih tersenyum-senyum. Rupanya dia ada ekor.

Sejak itu hilanglah perangai Arshad suka bawa buku tebal semata-mata untuk berlagak. Anda fikir mana datangnya feather duster tu? Arshad pun renung-renunglah, lalu teringatlah dia dengan satu nyonya yang bawa bakul pasar duduk di sebelah dia sewaktu dia bas tadi. Agaknya feather duster itu terjulur dari bakul, dan apabila Arshad bangkit sebab nak cepat dan berlagak, hujung feather duster itu tersangkut di seluarnya.

Macam mana Arshad boleh tak sedar? Ha, itulah. Orang yang berlagak lebih, banyak yang dia buat dia tak sedar menjadi bahan ketawa orang. Tak percaya, tengoklah orang yang kaki berlagak. Dia ingat hebat benarlah dia, berjalan pun bukan main, tapi kita yang menengok ni, alah, meluat bukan main. Macam si Arshad berlagak pegang buku tebal, sampai ada ekor pun dia tak sedar.

Dan, saya menambah, orang tak menegur dia ni sebab apa? Pada pendapat saya, sebab orang ingat memang dia sengaja sangkutkan feather duster di seluarnya, sebab dia pegang buku tebal, susahlah nak bawa feather duster kan? Jadi, dia sangkutlah di seluar. Sebab itulah orang tak tegur cuma senyum-senyum saja bila berselisih. Sampai orang yang di belakang dia pun tak tegur, cuma sengih saja bila potong.

Itulah kisah kawan saya yang kita namakan Arshad. Semoga ada iktibar yang boleh kita kutip bersama untuk renungan bersama

"Apa yang kita pelajari hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok, tapi kalau tidak belajar hari ini sudah tentu kita akan menjadi manusia sebodoh-bodohnya pada hari esok"

p/s: page kisah ini dari 263-270..=)

4 comments:

Trackback by Aniza July 27, 2010 at 10:04 AM said...

huhuhu...kelakar cerita ni. buat kita rasa cam seluar kita pulak ada something.. yang penting takmo berlagak..

Trackback by Azwandy Bin Muhamad July 27, 2010 at 10:27 AM said...

Salam...
sy pon ade dorg kawan yg suke belagak...
Huhu...
Kesian dia...Selalu dipinggirkan...
Sbb belagak sangat...
Harap2 dia insaf la...
Hehe...

Trackback by dayana July 27, 2010 at 10:27 AM said...

Aniza:

yup betul tu aniza..kena sentiasa muhasabah diri..=)

Trackback by dayana July 27, 2010 at 10:29 AM said...

Azwandy:

insyallah dia akan insaf..doakan terbaik untuk dia..=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...