Followers

::Bakal Mengalami Situasi Macam Ni::

| Tuesday, August 31, 2010 | 7 comments |
(google imej)
semua orang akan mengalami situasi cam ni

bila ko nak kawin?
umur dah cam nie takkan tak ada calon lagi kot?
ko ni memilih sangat ke atau ko ni jual mahal sangat?

adess ni lah bakal berlaku pada diri aku sendiri...
ni dah nak dekat raya kan saudara-mara mesti la akan tanya soalan sebegini rupa...wakakaka...memandangkan sepupu ku belah bapa aku yang dah berkeluarga..jadi balik raya..kena gasak lah aku dengan soalan-soalan cam ni...huhuhu...

adik aku pulak sibuk duk tanya turn aku plak bila..aduyai...malas betul aku nak memikirkan bende alah ni...cit ada skit egonyer tu..lalala...:P

orang yang kenal di sekeliling aku nampak aku macam budak sekolah tingkatan 5..tapi memang betul pun...lalala...perangai still lagi macam budah mentah..macam tak tau apa-apa dan mudah blur...huhu..

duit simpanan pun ala-ala macam tak simpan pun...praktikel pun belum habis lagi...impian untuk diri sendiri belum tercapai lagi...huhu...

::Hayati Pada Malam Lailatulqadar::

| Monday, August 30, 2010 | 0 comments |
Di dalam khutbah nabi S.A.W yang panjang, sewaktu menyambut bulan Ramadhan, diantaranya nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya telah sampai kepada kamu bulan mulia bulan mubarak bulan yang berkat yang padanya ada satu malam beribadat padanya lebih baik dari seribu bulan yakni malam Lailatulqadar, seribu bulan lebih kurang 83 tahun 4 bulan. Begitulah istimewanya malam Lailatulqadar".

Kebesaran malam itu sebenarnya disebabkan dua perkara :

1. Turunnya Al-Quran Al-Karim yang menjadi panduan dan pertunjuk di dalam kehidupan manusia; serta
2. Turunnya para malaikat pada suatu angkatan besar yang penuh bercahaya gilang ¨ gemilang yang disertai oleh Jibrail untuk memberi penghormatan kepada orang yang berpuasa ikhlas, dan untuk menyaksikan amal ibadah mereka itu untuk membawa kesentosaan dan rahmat di kalangan penduduk bumi.

Timbul beberapa pendapat dari para ulama mengenai malam Lailatulqadar, antara pendapat mengenai kebesaran Lailatulqadar ialah malam-malam sepuluh yang akhir dalam bulan Ramadhan dan malam-malam yang ganjil, lebih-lebih lagi malam yang kedua puluh tujuh.

Sabda nabi S.A.W dari hadis riwayat Bukhari yang bermakna, "Carilah dengan segala daya upaya kamu malam Lailatulqadar di malam-malam ganjil dari sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan".

Di dalam riwayat yang lain pula sabda nabi S.A.W yang bermaksud : "Barangsiapa yang ingin mencari malam Lailatulqadar, maka hendaklah ia mencari pada malam dua puluh tujuh".

Dari kenyataan hadis yang telah disebutkan dapatlah kita membuat ketetapan bahawa Lailatulqadar adalah satu malam sahaja dalam setahun, ia terletak pada sepuluh akhir Ramadhan. Kita sangat dituntut beribadat kepadanya kerana ibadat pada malam itu mendapat pahala yang lebih banyak dari seribu bulan tanpa malam Lailatulqadar.

Para ulama menerangkan bahawa ada hikmah yang tersembunyi pada malam Lailatulqadar, yakni ditentukan malamnya ialah supaya kita berusaha mencari dan meningkatkan ibadat di setiap malam di bulan Ramadhan. Memperbanyakan berdoa semoga memperolehinya, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh ulama-ulama yang soleh.

Tanda-tanda malam Lailatulqadar yang diterangkan di dalam hadis ialah, terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih, tidak mempunyai sinar yang kuat yakni lembut dan siangnya tidak terus kepanasan, pada hal matahari sangat cerah terang benderang, pada malam itu udaranya sangat nyaman, tidak panas dan tidak sejuk.

Walau bagaimanapun pahala ibadat pada malam Lailatulqadar akan berhasil juga walaupun tanda-tanda tidak dapat dilihat, kerana barang siapa beribadat pada malam di seluruh bulan Ramadhan atau di sepuluh yang akhir kerana iman dan ikhlas untuk memperolehi malam Lailatulqadar, maka mereka akan mendapat pahala malam Lailatulqadar itu.

Sesungguhnya Allah Subhanahua taala telah menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar maka carilah kehebatan dan kebesaran malam Lailatulqadar. Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat serta Jibrail dengan izin Allah Subhanahua taala kerana ia membawa bermacam-macam perkara. Sejahteralah malam Lailatulqadar yang berkat itu hingga terbit fajar.


Sumber: Al-Azim.com

::Detik Pukul 12 Malam::

| | 2 comments |
SALAM KEMERDEKAAN
malam ini ramai yang akan menyambut hari Merdeka
di seluruh negara
tidak mengira bangsa,agama,warna kulit dan sebagainya..
bersama-sama meraikan hari bersejarah buat negara kita Malaysia..
apakah disebalik meraikan detik pukul 12 malam nanti..?
adakah hanya berseronok hanya melaungkan perkataan Merdeka...?
adakah mereka menghayati detik-detik bersejarah suatu ketika dahulu..?
adakah cukup sekadar mengibarkan bendera?
adakah mereka berfikir bagaimana pejuang-pejuang terdahulu mahu mendapatkan kemerdekaan?
adakah mereka meraikan kemerdekaan ini hanya untuk berhibur semata-mata?
lihat lah nanti selepas detik pukul 12 malam...
bagaimana golongan remaja dan belia meraikannya?
adakah ia ke arah terus kehadapan atau sebaliknya?

::Dapat Makan Free Kat Restoran NS Corner...Syukur Alhamdulillah::

| Sunday, August 29, 2010 | 4 comments |
  1. salam semua..macam mana berbuka puasa korang semua..best..=)..baru last last minit plan nak makan kat jaya jusco seremban dua nak buka puasa kat sana...cz kitorang pun seharian terperap je dalam bilik..bz dengan online je...hehe=)...jadi kitorang pun bersiap-siap kuar pergi jalan kaki pergi ke sana...3 dara pingitan..wakakak..:P..dalam keadaan kitorang tengah cikai tapi sekali sekala nk kuar sama kan..sebelum balik raya ni la amik peluang buka puasa sama-sama..
  2. mula-mula plan nak makan steamboot..bajet aku plak lari..tak cukup..huhu..pastu plan nak makan KFC atau Arena JJ nak makan ABC..bila kitorang sampai kat JJ ramai giler orang..baru aku teringat hari ni kan hari minggu...kitorang pilih nak makan KFC..alamak aih memang ramai orang makan kat situ n siap beratur berbaris panjang....huhu..tak jadi makan la...
  3. aku suruh iza buat keputusan nak makan kat mana..dia kata makan kat Restoran NS Corner..kitorang bertiga kuar dari JJ nk pergi kat restoran tu..dekat je dengan JJ..jalan kaki bhai..hehe..
  4. kitorang pun dah alang-alang sampai kat kat restoran tu..layan diri rr kan..ambil lauk awal-awal cz nti berebut-rebut plak orang-orang kat situ..setengah jam kitorang tengok je makanan kat depan mata..bila la mau bukan kan..sabo-sabo..huhu..
(ni la makanan yang kitorang makan kat NS Corner sebelum berbuka..=)
emmm dah dengar azan..nikmati hidangan kat meja tu kan...emmm memang sedap..hehe
pastu kitorang pun jadi hairan kenapa pekerja-pekerja tak kira yang kitorang tengah makan kan..emm dalam hati kata mungkin tak nak kaco tengah berbuka kot..
kitorang makan la sampai licin..cekik darah betul la..:P
dah abis makan mungkin baru diorang nak kira makanan kitorang..n aku tengok kat kaunter tak ada orang pun kat situ..emm iza pun panggil sorang mak cik ni suruh dia kira yang kitorang dah abis makan ni..
pastu dia kata hari NS Corner bagi makan secara percuma..tak payah bayar..kitorang pun terkejut la kan..betul ke tak ni...mak cik tu kata lagi..esok NS Corner ni tutup cz nak renovet restoran tu...ooo baru rr kitorang paham..NS Corner buat amal jariah bulan puasa ni..syukur alhamdulillah...=)..emm memang best..cz tak di sangka-sangka dapat makan free...rezeki..alhamdulillah..
(bajet muka..sebelum berbuka puasa di NS Corner..:P)


(iza n ina adalah adik-beradik...ni la housemate ku..hehe..cute kan..
kalu diorang tahu ni ku puji ni..kembang abih ni...wakaka..)
lepas dapat makan free kan...hahah..gelak setan aku ni...huhu..ok2..
kitorang pergi semula ke JJ nak makan ABC plak..cekik darah betul..huhu..
ABC dah lama betul tak makan jadi makan la..dah tak pandang kiri kanan dah..terus makan n makan...

ni la muka orang macam tak pernah jupa makan ABC..ok tipu je tu..huhu..kempunan sangat nak makan ABC kan..sekarang dah dapat..pastu tinggal separuh je makan..nak abis kan tapi perut dah kenyang sangat..kan dah membazir...len kali jangan buat lagi..huhu..T_T..tak hadam lagi makanan waktu berbuka tadi ..tu la bedal sangat makanan kat NS Corner...
p/s: makan jangan ikut nafsu...jangan membazir...rezeki Tuhan bagi kena bersyukur...=)










::Majlis Berbuka Puasa..&..Panggilan Sayang..=)..::

| Saturday, August 28, 2010 | 2 comments |
  1. salam semua..saya harap kamoo semua sihat-sihat belaka di bulan ramadhan ni...=)..emm hampir 2 minggu aku tak kijer partime cz aku dengan praktikel aku ni kena rush skit.. seminar keibubapaan yang akan di jalan lepas raya nti..
  2. hari jumaat hari tu encik hanafi call aku boleh masuk kije tak kan..jadi aku pun tak confem lagi nak kijer atau tak sebab aku kena tanya member serumah aku nak join sekali ke tak kijer...jadi dalam tengahari hari sabtu dia call lagi..aku cakap aku boleh masuk kijer tapi masalah transpot pulak..jadi aku,miza n fatin masuk kijer dalam pukul 5 petang..encik hanafi amik kitorang naik van...
  3. dah masuk kijer tu kena puchcard dulu n salin baju BQT..supervisor aku suruh kitorang duduk n rehat-rehat dulu..aku pun tak tau event apa mereka buat time tu..aku pergi jengah tengok dalam dewan..rupa-rupanyer syarikat SIMEDARBY dari zon Selangor,Pahang dan Negeri Sembilan buat majlis berbuka puasa untuk anak-anak yatim..
  4. aku dan miza jaga part VVIP..kena surve makanan untuk 2 meja bulan VVIP...uishhh tak menang tangan nak surve dua meja..tapi naseb baik wawa tolong aku...
  5. masa aku surve kan seorang wanita panggil aku dengan panggilan sayang..emm rasa terkejut pun ada..terharu pun ada..hehe..dia ibarat seperti ibu..dia tidak sombong...dia seorang yang peramah..dia pun tanya aku ni kijer full time atau patime..dia tanya lagi aku ni amik kos perhotelan ke..hehe...aku pun jawab dengan apa yang di soal...aku pun jadi tertarik dengan senyumannya..weeee...=)
  6. pesanan ringkas...lakukan sesuatu kijer dengan ikhlas dan jujur..jika melakukan keadaan terpaksa air muka kita nampak tak manis..huhu..hati dan jiwa pun tak tenang...tq..=)

::Aku Sayang Kamoo::

| Friday, August 27, 2010 | 0 comments |
salam semua...
hari ni heppi sangat..cz dapat award dari adik ku sendiri..=)
dia..memang banyak cakap..kalu aku call dia..dia lagi banyak cakap dari aku...
hehe..mulut murai..
suka sangat melaram..
adess...selalu minta topup kat aku singget je..tapi aku tak layan..huhu
cz aku pun kadang cikai gak..
bergaduh tu perkara biasa...air di cincang tak akan putus...weeee...

aku sayang sama kamoo..jaga diri baik-baik..jangan asyik kuar malam je..
jaga nama baik keluarga kita..
-
-
-
-
-
lagu khas untuk kamo..
hayati lirik lagu tu..jangan men tengok je...:P



::Hanya Setahun Sekali::

| | 0 comments |
  1. sebelum aku balik seremban...mak aku ajak pergi beli baju raya...masa tu mak aku dah beli beli baju raya kat First Lady kat tesco..baju kurung mak aku...pastu mak aku tanya berkenaan tak..aku pun cakap terus terang aku minat baju tu tapi kaler plak cam agak tua skit..kaler x berapa nak terang...ngada-ngadakan aku..mak aku nak bagi free..aku plak tolak mentah-mentah..bertuah betula punyer anak...lalala...:P..n then mak tunjuk katalog baju FL..bila tengok baju kat katalog tu dah macam giler meroyan..macam tak pernah tengok baju kot...lalala..=)
  2. emm aku,mak dan mia ikut la pergi beli baju raya kat FL...aku sendiri pun tak tau nak pilih mana satu..banyak pulak pattern baju sekarang ni..ishh kalu dah namanya perempuan memang cerewet nak pilih baju....
  3. aku bab memilih baju kurung mana yang aku suka pun aku tau tahu kemahuan diri-sendiri..alih-alih minta tolong mak aku gak pilih baju..aku bagitau mak aku nak jenis baju yang tak langsung bunga-bunga..mak aku pilih baju untuk aku kaler merah n pink...bila try test baju yang mak aku pilih tu mengadap plak depan cermin yang ada kat FL tu..macam tak percaya betul ke aku ni..pastu mak aku tanya aku..ok ke tak..aku jawab entah lah mak..aku plak kata cam ni..kalu mak tengok dila pakai ok dila pun ok je rr..
  4. tak sampai setengah jam agak nya beli baju tu...cepat dan pantas..hehe..emmm tu tak termasuk lagi kasut raya..nampak nyer macam beraya sakan je tahun ni...huhu..puasa pun dalam 2 minggu...dah sibuk nak beraya...anak sapa la nieeeee..:P
  5. mak..dila nak ucapkan terima kasih kat mak..bersusah payah mak beli kan baju untuk dila..sabar dengan kerenah dan perangai dila ni...apa-apa pun dila bersyukur sangat dapat mak yang sangat baik...dila bertuah sangat-sangat dapat mak..hanya taon sekali beli baju baju raya..memang best...
  6. lagi satu aku bersyukur apa yang ada...Allah memberi rezeki..Alhamdulillah...
  7. haaaa..nak beli baju raya tu beli ikut kemampuan ye...n buat la pemilihan secara berhemah...=)

::Dah Jadi Fobia Giler::

| Thursday, August 26, 2010 | 7 comments |
  1. huhuhu..aku dah jadi fobia...terbayang-bayang video yang ditayang sendiri kat mata aku nih...rasa pening-pening..loya-loya...kusss semangat...nak tau kenapa jadi macam ni...
  2. berlaku kemalangan di depan mataku sendiri pagi tadi..berlaku dengan begitu pantas...pagi-pagi lagi hampir pukul lapan aku,mak dan adik bongsuku Mia nak pergi ke poliklinik Ayey keroh...masa tu la berlaku kemalangan depan mataku sendiri dekat dengan Bukit Jelutong berhampiran plak dengan kampung sungai Putat Batu Berendam, Melaka..
  3. apa yang aku lihat kereta nak masuk sight kanan n then crash dengan motosikal..
  4. lelaki yang bawa motosikal tu melambung di udara pastu tercampak plak dalam longkang...Ya Allah masih terbayang-bayang lagi ketika menulis entry ni...aku dah jadi fobia dengan motosikal...
  5. aku harap lelaki tu selamat...
  6. aku,mak dan Mia meneruskan juga perjalanan ke poliklinik...cz adikku semput malam semalam sukar dia nak bernafas...keadaan aku juga masa tu dah rasa lain macam dan fikir yang bukan-bukan dengan kejadian tu...

::Dapat Blogwalking Award..Tq Poet Dusun Bayu::

| Monday, August 23, 2010 | 9 comments |
salam semua...
dengan ini saya ucapkan setinggi-tinggi perhargaan
dan ucapan terima kasih kepada
yang telah memberi saya award
BLOGWALKING AWARD 2010
(cit..ayat nak skema..tak boleh ayat tu...hehe...sekali sekala ubah style skit..lalala..=)..)


ini kali kedua saya dapat award daripada CIKGU AZWANDY...
terima kasih sekali...=)

Syarat penerima anugerah ini kena jawab beberapa soalan.
Soalannya ialah:

Soalan 1
Apakah yang bermain difikiran anda sekarang?
sempatkah umurku mencecah 30 tahun..huhuh...cam mana lah agaknya wajahku..lalalala..

Soalan 2
Apakah nama samaran anda?
ada juga orang panggil namaku dalila..dalil..diyana..abang sepupuku panggil aku drakula cz waktu aku kecik gigi depan dah rongak..tinggal taring ja..hehe

Soalan 3
Siapakah 3 orang yang paling kamu sayang?
ibu dan abahku..adik-adikku yang ku sayang...kawan-kawanku...=)

Soalan 4
Panggilan untuk si dia?
still single mingel...lalala..jd ndak ada jawapan khusus..hehe

Soalan 5
Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa?
semestinyer saya impikan atau mahukan kejujuran..keikhlasan hati dan budi bahasanya..dan saling hormat-menghormati..=)

Soalan 6
Blog mana yang anda selalu lawat?
Qamarul Abdullah's Blog
Trimatra Aniza Wahit
POET DUSUN BAYU
mama zharfan

sugar2 kapas strawberry

cahaya kewanitaan

everything for you

expresion de higado

L.O.V.E

Retorik Cinta Semalam

Nor Liyana Sanaa

Soalan 7
Tag 15 orang blogger...
mama zharfan

sugar2 kapas strawberry

cahaya kewanitaan

everything for you

expresion de higado

L.O.V.E

Retorik Cinta Semalam

Nor Liyana Sanaa

Wonderful of Life

dunia_aku4eva

seCeBis raSa uNtuK di RaSa

PUTRAROCKER

ZACK ENTRY

zulkbo

A Journey Towards Happiness

::Kek Batik Pulak Dah..ahakss..:D::

| Sunday, August 22, 2010 | 11 comments |
salam ramadhan...
emmm hari ni rajin bebenor plak aku nak buat kek batik...
huhuh..rajin lah sangat..bila penyakit M tu datang..
alamatnyer semua tak menjadi..ahaksss..lalala..:P

ehsan dari housemateku lagi pinjam camera dia..thanks a lot..
aku belajar buat ni dari exroomate ku dulu...
jadi ni lah salah satu feveret aku kek batik...
cz smestinyer aku suka makan coklat...:D
emmmm..manisnyer...=)

opppss..overnyer..excited sangat nak bergambau...lalala..:P




::Percubaan Pertama Kali Membuatnya Menjadi..Alhamdulillah::

| Saturday, August 21, 2010 | 11 comments |
  • segalanya bermula di sini...bangun dah lewat...of couse la kan dengan facebook je memanjang..malam selalu jadi burung hantu..berjaga malam punyer pasal..huhu..tabiat nie kena buang jauh-jauh..cik dila oii ubah la perangai tu skit...lalalala...:P
  • dah pelan dalam otak aku cadang nak buat puding roti time nak buka puase nanti...tapi bhan-bahan nak buat tak ada..emmm petang tu juga la pergi beli kat jaya jusco seremban dua tu..pergi pulak seorang diri..berjalan kaki lagi tu..takpe takpe sekali sekala berjalan kaki..ada rr jugak pergerakan..takkan tak bergerak pulak...jiwa dah kacau..huhu..nak tunggu bus..alamatnyer bus tu datang time nak buka puasa kot..tak mo aku..
  • sebelum gerak pergi jj aku singgah atau cari mana-mana blog masakan yang ada resepi puding roti..banyak juga bloggers yang ada resepi puding roti yang pelbagai cara membuatnya..emmm pening juga nak buat pemilihan blog mana aku nak ikut resepi buat puding roti tu...akhir nya setelah aku meneliti dan mengkaji..cit ayat aku tak blah..skema ayat..wakakak..haa..aku telah ikut resepi ni dari TERATAK CHETAM
  • bila aku dah beli semua barang nak buat pudingkan..aku pun tak tau macam mana aku boleh terlupa nak beli roti..roti tu la yang pentingkan..dah kata nak buat puding roti..mesti la guna roti..aduyai..xkan guna batu plak..berderai la gigi aku nanti..lalalala:P
  • nak singgah kedai..kedai plak tutup..naseb baik housemate rela hati bantu aku tolong beli..tapi diorang buka puasa kat luar dulu sebelum diorang pergi beli yang aku pesan tu..

GAMBAR 1

(ehsan dari housemateku bagi pinjam camera sekejap..hehe..)

dalam pukul 10 malam tadi bermula la operasi membuatnyer..adess..taim tu aku dah tersilap buat..aku campurkan butter dengan telur..sepatutnya dengan gula halus dulu baru telur..dalam hati kata takut tak jadi buat ni..abih rr puding roti aku..waaa..tapi thinking positif cz pertama kali aku membuatnya ada juga tolong aku..rajin housemateku..kalu tak cuba buat aku tak tahu hasilnya dari aku sendiri..cehhh..pandai plak k0 berkata-kata dila..:P..jadi ke tak jadi itu belakang kira..huhu

GAMBAR 2..taraaa..ni la hasilnya..
aku tak sangka..jadi gak puding roti...rasa berbaloi gak aku seorang diri jalan kaki kan kan ..tapi satu je yang penting niat..kena ikhlas...jadi kitorang makan sama-sama...bestnyer..=)

::GRAND OPENING GIVEAWAY::

| | 2 comments |

jom join contest ni klik di BUTIK COMEY SOKMO
hadiah menarik tau..=)

nak join contest ni..kena jawab beberapa soalan tau...

soalan suka suki senang lenang kt bawah:


a)Apa yg membuatkan anda rasa bergaya? (e.g:shawl cantik,mekap cun dll
saya rasa bergaya bila saya mengenakan shawl yang berwarna hitam dengan baju kesukaan saya baju muslimah..

b)Pilihan hijab (e.g:shawl,tudung awning,style cmne etc..)
semestinya saya memilih shawl warna hitam..memandang bentuk buka saya agak bulat jadi shawal warna hitam itu mengecilkan bentuk muka saya yang bulat...=)
c)Apa yg membuatkan anda tertarik nak beli barang dari sesebuah blog? (e.g:blog tu cantik,tuan punya blog sempoi dll)
saya tertarik nak beli barang dari sesebuah blog kerana terdapat banyak barang yang boleh kita pilih..selain itu, tidak perlu pergi ke kedai-kedai jadi adalah lebih beli barang kat blog saja..jimat masa dan tenaga..=)

::ummi faris haikal GIVEAWAY::

| | 2 comments |
salam semua..
senang je sertai contest nie...
kalu nak tahu syarat nya apa..klik SINI
"SeLaMaT HaRi LaHir"

::Kisah Ponteng & Duit Raya::

| Friday, August 20, 2010 | 4 comments |
  1. selamat bersahur...hampir nak masuk waktu subuh..aku harap kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan ikhlas agar mendapat keredhaan Allah SWT.
  2. waktu kecil lah ibubapa perlu mendidik dan melatih anak-anak berpuasa..begitu juga dengan ibubapa aku dulu melatih aku aku berpuasa semasa umur ku 5 atau 6 tahun..aku masih ingat lagi aku tak tahan sangat ketika berpuasa..ambil lah peluang waktu mandikan..pastu sanggup minum air paip dalam kolah mandi..ye rr kan aku budak yang mentah..padahal tahu puasa tak boleh minum..tak boleh makan..tapi di sebabkan terlalu haus, minumlah air paip tu..emm memang teruk betul aku waktu kecil..n then buat-buat puasa depan parent..buat macam tak tau apa-apa..huhu..
  3. kanak-kanak memang suka kalau ada ganjaran semasa mereka sedang berpuasa..termasuklah aku mase kecik..masa tu aku darjah 1 agaknya..abah aku kata kalau puasa penuh dapat RM30..sanggup puasa penuh kerana nak dapat ganjaran punyer pasal..hehe..bila dah time raya tu segenggam duit syiling abahku bagi kat aku..siapa tak nak duit raya time waktu kecik-kecik dulu..hehe..
  4. waktu kanak-kanak juga lah suka bergaya dan melaram dengan baju raya masing-masing..termasuk lah aku sekali lagi kan..hehe..umur aku waktu 12 tahun pakaian agak raget skit rrr..dengan rambutnyer macam tomboy..huhu..pastu touch-up muka tu..bibir mesti rr merah nyala kan..hahah...dah macam badut....
  5. bertandang ke rumah orang atau jiran tetangga adalah suatu kemestian..tak sah la kan kalalu hari raya tak bertandang ke rumah orang kan..tak kira lah kenal ke tak kenal belasah je rumah orang pergi beraya atau bertandang dengan muka selambanyer..dah set minda nak beraya umah orang nak duit raya..haaa..yang ni memang kena didik dan ajar anak-anak..jangan tanam sifat anak-anak minta duit taim kat beraya kat umah orang..cz jangan jadi macam aku waktu kecik dulu..hehe..
  6. bila tuan rumah ajak makan kata dah kenyang..padahal datang beraya dah set dalam otak nak duit raya je..bila dah dapat belah cam tu..sesetengah tu jelah buat macam tu kan..sekurang-kurang rasa rr skit ambil hati tuan rumah..tak kira orang dewasa ke kanak-kanak ke kena la hormat tuan rumah bila bertandang ke rumah nya..
  7. dalam sampul raya atau angpo mesti letak duit kan..tak kan letak pasir pulak..dah melalut pulak aku bermadah..hehe..budak-budak akan tengok berapa ringgit mak sedara atau pak sedara ke atau kenalan rapat yang bagi duit kepada mereka..bila mereka tengok je duit raya dalam sampul tu..laa singgit je..ini lah yang berlaku kat sepupu ku sndiri dalam lingkungan umur 3 atau 4 tahun..kanak-kanak zaman sekarang dah pandai singgit tu skit je..jika kita bagi rm10..wahh banyaknyer..itu lah telatahnya...emm termasuk lah aku lagi kan..kan..kan..hehe..:P
  8. dah 11 hari kita berpuasa...dah aku citer pasal entry ni..huhhuhu...

::Apa Dah Jadi Ni?::

| | 5 comments |
  1. aku berfikir macam mana la nanti kerjaya aku kelak...adakah ia bertahan lama tak?aku ni baru je pratikel..tinggal lagi 3 bulan baru habis praktikel dengan etiqa...ades..memang dugaan dan memang kena banyak sabar..emmm aku ni masih lagi merangkak-rangkak lagi dengan praktikel aku ni..seolah-olah aku ni makin slow..ehh tak boleh jadi kalu berterusan cam gini...buat apa kan kalu praktikel kalu tak dipratikan sebaik mungkin..eee makin hari makin kritikel..huhu...
  2. lagi satu perkara yang kerap dikatakan kepada ku ialah 'long lebih baik jadi cikgu'..itulah kata-kata dari ibuku...ya Allah praktikel aku belum abis lagi..aku bukan tidak berminat dengan kerjaya sebagai guru..kerjaya guru sekarang memang mencabar..bukan macam dulu..dulu lain sekarang lain..zaman sekarang ni dah banyak berubah..aku pun tahu tiada kerjaya senang dan mudah dalam dunia nie..kalu cam tu lebih goyang kaki duduk rumah je..kalu tak kerja dapat tak hasil dengan kata lain tak dapat gaji lah..aku bukan memilih kerja..sesetengah orang kata mencari kerja kerana minat dengan sesuatu bidang tu..atau mencari peluang perkerjaan bukan kerana minat tapi apa sebabnya..??aku tak tahu keadaan aku plak nanti macam mana..huhu
  3. abahku pulak dalam perancangan nak suruh aku jadi polis bantuan..adess..aku ni kan tak cukup tinggi..gaji plak mb tak cecah seribu kot..ni cuma pandangan aku..kalu ada kesilapan tentang gaji tu tegur-tegur la ye..huhu..pening jugak memikirkan hal ni...gaji tu penting juga..nak makan apa kalu tak ada duit kan..duit tu la nak bayar bil api air..bayar PTPTN..segala macam lah nak kena bayar...tu tak termasuk lagi perkara lain..semuanya perlu kan duit..mana ada benda free dalam dunia ni..emmmm
  4. haaa ni pasal cintan cintun plak...kalu dlu nak rasa orang sayang kat kita..kononnya dah terlebih sayang..bila dah face to face...mulut masing-masing dah di kunci..tak kuar sepatah kata pun..alih-alih kena tinggal terkontang-kanting...huhuhu..dah serik..aku belajar dari kesilapan lalu..yer rr first date kuar..member plak jadi peneman...huhu..sekarang nie apa yang penting kerjaya dan penuh kan duit poket..hehe...tak pe Tuhan dah tetapkan jodoh..aku hanya merancang..apa yang dah berlaku perkara yang lalu jadikan ia suatu pengajaran buat aku..dan sentiasa musabah diri..apa yang penting jugak tak lupa juga asal usul dan tak lupa diri..jangan smbong,riak,takbur,pakaian pun kena jaga dan tingkah laku dan sikap...
  5. manusia tak terlepas buat dari kesilapan..dari kesilapan itu perbaikilah atau perbetulkan kesilapan itu ia ke arah yang lebih baik... insyallah..amin

::BEAUTIFUL EYES CONTEST BY NJ-LENS::

| Thursday, August 19, 2010 | 4 comments |
hari masuk contest mata pula..
just nak mencuba neseb....
kalu menang best gak ni..hehe..
jom join contest ni..
klik SINI

***********************************

emm ni lah hasilnya bila gambar ku sendiri di edit kan sampai macam ni gambar nyer...oppss...

terlebih sudah aku..hehe...sori la pict lama..tapi still nampak lebih muda kan..

(dah poyo aku dah datang perasan..huhu..sekali-sekala apa salahnnyer...:P)
*******************************************************************

CLOSING DATE : 24 Aug 2010

:: Wardah top-up raya giveaway::

| | 2 comments |
salam semua..
emmm bercontest lagi aku nampaknye..hehehe..
simple je syarat-syaratnya..Klik SINI
guna CELCOM

DUE DATE :: 7 SEPTEMBER / 28 RAMADHAN

::ButterflyShop 1st Giveaway::

| | 1 comments |



Saya ingin menang hadiah daripada ButterflyShop


tarikh tutup pada 31 OGOS 2010

::Islam Tidak Memusuhi Cinta::

| | 0 comments |

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Firman Allah s.w.t:“... (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah : 165)
dari sumber facebook: Noor Adabiah Taufiq

::Dugaan Betul::

| | 0 comments |
emm entry tadi citer hal sekolah..cikgu-cikgu..dan segala macam benda lah..
(cit..perasan lebih pulak minah nie..ahakss)
ni citer petang tadi pulok..
housemate aku ajak pergi ambil gaji kijer partime...
dalam pukul 4 petang kiotrang gerak pergi ke sana...
bila dah sampy kat tu aku boleh terlupa nak telefon encik hanafi cz dia yang jaga part gaji kerja partime..
tapi aku mesej je kat dia dan bagitau nak amik gaji untuk 1 ogos..
tu la..dah sampai baru nak mesej kat dia..huhu..cam mana la aku tak boleh nak ingat..
(lain kali cik dalila oi kena la alert...:P)
member aku pun terjengul kepalanya..cz dia chek encik hanafi ada ke tak kat room..
fuhh naseb kitorang baik..ada pun dia..
firdt ambil claim salary pastu kena pergi kat kaunter di bahagian kewangan
tengok-tengok ramai betul orang berbaris panjang nak amik gaji..
dalam 1 jam aku dan member tunggu turn nak ambil gaji..huhu..
berlaku pulak ketidakadilan pulak kat situ..ada budak laki ni potong line kitorang taim nak ambik gaji..
alih-alih aku tengok orang kat kaunter tu bagi rm50 daripada beberapa slip claim gaji dia yang dia ada..
kerana orang kat kaunter tu kata..nama dia tak ada dalam senarai seperti dalam slip claim gaji dia..haaaa tu la..lain kali jangan potong barisan...kihkihkih...
bulan puasa pun perkara kecil yang tak elok...
kalu anda jadi situasi cam ni taim bulan puasa..nak marah ke atau diam kan je...
emmmmm
otw nak balik umah..kereta housemate aku plak wat hal..tapi naseb baik kereta tak mati kat tengah jalan yang jam teruk...
cz kereta member bunyi tu lain macam..jadi berhenti lah kat kawasan padang..
aku pun duduk kat batu..ye la aku pun bukan tahu pun pasal kereta taim kereta buat hal...
nak bawa kereta pun tak reti..apatah lagi lesen aku sendiri yang dah sememangnya tak ada lesen....huuhuhu...perutku dah nyanyi-nyanyi..
pastu buah hatinya chek kereta ok rr sikit..hehe..

::Macam-macam peel::

| | 0 comments |
salam Ramadhan..
apa kabo semua...cam mana buka pose tadi?best tak?...
pagi tadi dalam pukul 9.30 aku dan housemateku pergi ke sekolah Gadong Jaya
sebelum bertolak nak ke sekolah tu kami kumpulan kami berpecah cz ada member aku pergi ke Sk Dusun Nyur..
bila dah aku dan housemateku sampy kat sekolah tu dah nampak perubahan..
sebelum tu kitorang pergi bangunan sekolah tengah renovate...
sekarang ni bangunan sekolah tu serba baru...
sekolah tu juga belum dirasmikan oleh orang besar..
jadi kitorang berdua 'rasmi' kan dulu sekolah tu cz kitorang berdua lalu jalan tar depan bangunan sekolah..dah tak de dah becak-becaknya dan lopak air..
kat sana kitorang jumpa guru kaunseling iaitu cikgu zuraidah..
kitorang nak serahkan brochure pasal program seminar..
haa keadaan masa tu la cikgu-cikgu gembira bukan men lebih-lebih bulan puasa kan
cikgu-cikgu duduk pejabat baru siap dilengkapi meja pejabat setiap seorang..perghhh..
dan kitorang tengok tersenyum-senyum dengan telatah cikgu-cikgu masa tu..
dah selesai kitorang lalu kawasan kantin sekolah...
tengok budak-budak duk kat kantin bukannya makan tapi mereka lepak..duduk je dengan muka yang tak bermaya..bagus rr kan dah di latih di ajar berpuasa..
hala nak turun tangga plak..dah la tu nampak pulak budak dalam darjah dua ni..
dia amik kerusi letak yang ada lopak air..pastu dia duduk atas kerusi...budak-budak kat situ tengok je telatak budak ni..
aku nk tergelak la...hehe..macam-macam peelnyer..
kitorang pergi ke sekolah SK sendayan plak...dah sampy kat sekolah tu pakgard pulok tak ada...
serba salah pulak masa tu nak masuk ke tak..
emmm tak kan nak 2gu tu lama-lama kat situ..
kitorang pun redah dan masuk je kawasan sekolah tu..
kitorang masuk pejabat..aku dah nampak GPK 1..haa taim aku tengok memang dia tengah sibuk..muka dah nampak garang dan ketat..adesss..
tapi niat di hati hanya menjalan tugas yang di amanahkan..
tapi cikgu-cikgu lain tak de plak yang buat kerja..duduk je..
GPK 1 plak yang buat kerja..huhuh
tapi cikgu-cikgu macam buat-buat tak nampak kitorang datang...
pastu baru GPK 1 beri tanya dari mana kiotrang datang..kitorang bagitau kitorang dari KTA..
GPK 1 minta tolong seorang cikgu untuk berurusan dengan kami..
aku pun beri jadual jangkaan program dan 1 brochure kat cikgu ni..dan aku juga minta senarai nama tahun 2 dan 5 bestari..cz maklumat yang kitorang ambil kat sekolah masa tu tak lengkap
yang jadi hairan cikgu dah ke hulu ke hilir dalam pejabat..
pastu dia datang semula kat kitorang cz dia tanya ada apa lagi yang dperlukan..
aku pun terus serahkan brochure yang ada dalam 80 brochure..
dengan cepatnya cikgu masuk bilik dengar dia kata suruh stop..
aku dan member lagi rr hairannya..
pastu baru dia kata kertas yang aku bagi 1 keping brochure ingat kan aku bawa 1 je..
jadi brochure tu di golek katanya...maknanya phatostate la..
patut rr cikgu suruh orang kat dalam bilik suruh berhenti..hehee
(faham ke tak faham aku citer ni..sori rr bahasa melayu aku ni cam budah tadika baru nak menulis..ahakss...sedar pun diri tu..:P)
emmm yang ni lagi nak gelak dengan telatah cikgu tu...hehe..

::Hantar Brochure::

| Wednesday, August 18, 2010 | 2 comments |
salam Ramdhan...
ni punyer cerita pagi...
pada pukul 9.30 pagi tadi kami berlima pergi ke SK Taman Tuanku Jaafar 1 dan 2
iaitu dua buah sekolah..
roomateku iza pegang dua buah sekolah tu..
tujuan kami pergi ke dua buah sekolah adalah untuk
menghantar brochure atau borang pendaftaran kepada pihak sekolah..
mengenai program seminar keibubapaan untuk tahun 5
yang akan dijalankan lepas raya nanti..
Bila kami tiba di sekolah SKTTJ 1 Datin Rubilah tiada kerana
beliau berada di Mekak mengerjakan umrah..
jadi kami berjumpa dengan GPK Koku..
Sekolah tersebut bersetuju dengan program tersebut..
n then kami ke sekolah SKTTJ 2..ia berdekatan dengan SKTTJ 1..
jadi kedua-dua buah sekolah tersebut bersetuju dengan program tersebut..
lepas tu kami ke SK Dusun Nyur..Zul senior kami pegang atau mengetuai sekolah tu..
bila tiba kat sekolah tu dia lupa nak bawa surat dari kementerian..
tapi naseb baik la masa tu tak masuk kawasan sekolah lagi terus pergi pejabat..
hehe..jadi kami cadang esok pagi kami akan bergerak ke
SK Dusun Nyur
SK Sikamat
SK Sendayan
Semoga sekolah-sekolah yang kami yang akan pergi ni
mendapat respon yang positif..
diharap juga GB sekolah mood nyer baik dengan kedatangan kami nanti..
hehe..

::Di Pendekkan Citer::

| | 0 comments |


salam semua...

doh tadi tenet bual hal..

pasal entry panjang cm gitu abis semuanye..huhu..

tamboh panjang jela-jela..

jadi ringkaskan citer...hehe..

lalala...


entry dulu aku kata tak tidokan..

ingat dok..kalu tok ingat ambo dok kisoh pun..

gini citer nyer..

-

-

-

taim tu dalam 3 pagi

adik laki aku lom balik rumah lagi..

mok ayoh dok riso ke dia...taim tu ngadap lappy dengan blog..

pastu ayoh suruh call..

nak call pulok guna nombor telefon member dia..

naseb baik jawab call..kalu dok ..tok tahu wat lagu mana..

tanya dia duk mana sekarang..

kate dia tengok movie kat umah kawan dia..

dia kabo jap g dia balik umah..

pastu dalam setengah jam dok balik umah..tipon semula ke dia..

dia kata otw balik..

ayoh doh rr tahan marah..tunggu pulok dia balik umah..

mok dok pusing pale mikir ke dia..

bila adik aku sampai je umah..

terus kena jerkoh..

aku dengor jadi kecut perut aku..terkejut aku..aku pulok jadi takut..

doh kena jerkah gaya gitu..

adik aku pulok buat muka selambe je kena jerkoh..pastu terus dia masuk bilik..

naseb baik dia dok melawan..huhu..

pastu tok semena-mena rumah jadi sunyi sepi..

aku pun layan rr lappy aku sampai ke sahur...

mase tu la aku dok tido langsung...



akhir nya terluoh gok aku. dengan ringkasnyer..weee...



::Tenet Buat Hal::

| | 0 comments |
sabau je la..
buat penat je wat entry panjang-panjang..
kononnya luahkan apa yang terbuku di hati...
eeee..memang malang betol la...
bila tengok balik entry kat edit..yang tinggalnya separuh...
cit...malas lah pulak nak wat citer yang dah tinggal separuh tu..
tadi bukan main lagi menaip pnjang berjela...
padan muka hang...T_T
mb ada hikmah di sebaliknya tenet wat hal tadi...
apa yang aku cuba nk luahkan tadi tidak kesampaian kat blog aku...
huhuhu...
simpan je la sebagai kenangan pahit dan manisnye....
T_T

::Peraduan: Copy & Paste Raya::

| Tuesday, August 17, 2010 | 2 comments |
Bagi yang nak menang MP4, Copy & Paste ayat di bawah:

Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com




Bagi yang nak menang Kamera Digital, Copy & Paste ayat di bawah:

Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..

Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

::"Great Moment With Parent" CONTEST by Sachi Asukai::

| | 3 comments |
salam semua..contest ni memang best..rugi kalu tak join..
emmm nak masuk contest ni mesti la ade syaratkan..hehe..
syarat-sayaratnya klik di SINI
*********************************************************************************
inil lah hartaku yang tidak ternilai buatku iaitu ibu n abahku..adikku dan nenek ku..
ibu bapa ku lah yang membesarkan aku..
mereka lah mendidik..mencurahkan kasih sayang..dan mengajarku erti kehidupan...
ada kala sikapku yang keras kepala tetapi ibu bapaku tetap memberi kasih dan sayang kepadaku..aku bersyukur..
aku sangat sayang sama ibuku..ibu lah yang tak pernah merungut...seorang yang penyabar..ibuku juga yang selalu berdoa untuk kami adik-baradik..
ku juga sayang abah..abahku dari segi riak wajahnya agak garang tapi beliau lah yang telah memberi inspirasi kepada ku untuk mengubah ke arah yang lebih baik kerana 6 Ogos lalu abahku terima ijazah sarjana muda di UKM..tahniah abah..
***********************************************************************
member tag
penganjur: Sachi Asukai

::Khai Handmade: 1 Year Young Birthday Giveaway!::

| | 0 comments |
salam semua...
hari ni join contest lagi..emmm..
GA ni dari
-
-
-
-

::Terima Kasih Kepada Cikgu Aniza::

| | 3 comments |
yehhh..dapat award lagi...
syukur Alhamdulillah....
terharu dan gembira sangat dapat award ni daripada cikgu Aniza...
saya pun selalu jugak singgah di blognya..
cz blognya banyak info yang berguna mengenai isu-isu semasa...
memang best bila follow cikgu Aniza kita ni..hehehe..
Cikgu Aniza, ni pengakuan ikhlas...tak main-main..hehee..
nama blognya

::Alhamdulillah..Menang Contest dan Dapat Award::

| Monday, August 16, 2010 | 6 comments |
salam semua...
hari ni rezeki ku..menang dalam contest First GiveAway
terkejut jugak bila diumumkan sebagai pemenang...
emm terima kasih kepada pihak penganjur yang menganjurkan contest


****************************************************************


haaaa ni lagi terkejut dan tak sangka dapat award
daripada cikgu Azwandy...
lagipun saya baru dalam 3 bulan dalam arena berblogging..hehe..
terima kasih kepada kamoo cz bagi award ni kepada saya..=)
nama blognyer memang unik iaitu POET DUSUN BAYU...
kepada cikgu Azwandy semoga anda berjaya dalam hidup dan kerjaya ya...=)


saya juga nak awardkan kepada..siapa ye..
-
-
-
-
-

..sekian..
******************************************************************************

::Ucapan Dari Seorang Anak Untuk Ibunya::

| | 1 comments |
salam semua...
vedio ni baru je download kat facebook ehh bukan kat youtube..ehehe..sori..ada masalah teknikel..:P
bila tengok vedio memang kelakar..lucu...
cz vedio ni ditujukan kepada ibunya..
dan ku pun tak mengenalinya..
tapi ku ambil vedio ni supaya ku sentiasa ingat jasa ibuku..
jom layan..=)

::Jom Join Contest: Gift to The Lucky Person

| | 2 comments |
salam Ramadhan semua...
penganjur contest ni dari Aisumi-Style...
jom la sertai contest ni..
klik SINI
gambar ni saya ambil dari Aisuli-Style
********************************************
saya pilih gambar ni cz warna yang comel..lagi-lagi warna pink..
dan saya suka sangat dengan t-shirt...
cz ia nampak simple..itu saya suka..
t-shirt tu juga sesuai dengan pasangan yang baru terjalin hubungan cinta..hehe..
baru nampak sepadan dan sedondon..=)
**********************************************************************
-
-
-
-
-
-
saya tahu contest ni dari azrynain

::Tak Tahan..lemah longlai::

| | 0 comments |
salam semua...emmm keadaan ku yang tak bermaya pulak..tak tahu lah sebab apa..nak beri salam ni pun layu je..huhu..pagi tadi aku bangun agak lewat...bila bangun dari tido sakit semacam badan ku...padahal buat kerja apa-apa pun..mungkin aku terperap seharian dalam bilik tak keluar mana-mana...baring je atas tilam...huhu..
lepas tu my roomate iza kata cepat bersiap katanya nak kena pergi pejabat kolej anak photostate brochure program seminar keibubapaan untuk tahap dua iaitu untuk darjah 5 sahaja dulu...adusss taim tu liat bebenor nak pergi mandi..dah la dengan muka aku yang seraboot semacam..hehe..nak tak pergi juga mandi...
aku n the geng pergi la ke pejabat dengan muka masing-masing baru lepas mandi..termasuklah aku..hehe...eee teruk aku ni kan...tak lama lagi program seminar tu akan berlangsung pada 25 september di Sk Sikamat dan 2 oktober di Sk Sendayan...jadi housemate ku tolong aku photostatekan 80 brochure untuk Sk Sendayan dulu..tapi untuk Sk Sikamat punyer kena stop photostate dulu cz kertas tak cukup jadi kena beli..kertas warna biru di gunakan untuk photostate brochure tu...
emmm dah tau kertas warna biru tu dah tak cukup..aku dan iza pergi jaya jusco seremban 2...kitorang jalan kaki...keadaan tu perut ku dah nyanyi-nyanyi...nk minta di isi..cit..ni kan bulan puasa mana boleh makan...tapi Tuhan beri kelebihan kepada setiap wanita ketika bulan yang mulia nie...so,faham-faham sendiri la eak...=)
dah sampai jj kitorang singgah kedai popular dulu nak beli kertas A4 warna biru...n then aku nak beli buku yang ada doa harian tapi aku tak jumpa plak..ku nk yang saiznya kecil dan mudah di bawa..jadi tanpa berlengah ku n iza pergi MPH plak..kat situ aku selalu pergi cz lagi banyak buku yang menarik...tapi sekarang ni agak jarang sangat pergi ke sana cz ada kalanya duit tak mencukupi..huhu...tapi aku jugak lebih suka pergi ke MPH berbanding Popular..huhuhu...akhirnya dapat juga buku doa harian yang aku nak..alhamdulillah...n then my roomateku iza nak beli CD jadi kena la turun bawah guna eskelator...dah dapat barang yang di hajati nk kena plak pergi beli susu gooday cz my housemate kirim suruh belikan...emm dah alang-alang tu kitorang beli susu gak tapi ku punyer susu HL. dan sushi...dah lama tak makan sushi...emmm dapat jugak belikan...hehe..
aku dah tau keadaan diriku yang tak bermaya..lemah longlai pergi jugak ke sana..huhu..tapi ada bagusnya aku ke sana..sekurang-kurangnya ada excersice skit..bagi badan tu cergas bulan pusa kan..tak ada la terperap je dalam bilik..lama-lama kang otak jadi beku plak...hehe...=)

::Akhirnya jadi jugak::

| Sunday, August 15, 2010 | 0 comments |
salam semua...
apa aktiviti bloggers hari ni...di harap aktiviti sepanjang bulan ramadhan berjalan
dengan lancar...
kalau yang tidak tu..bawalah banyak bersabar....Tuhan mahu uji..
macam ni ku sejak dari tadi menguji juga tahap kesabaranku...
kerana ku mahu cari software yang boleh buat header blog itu iaitu picasa...
emm pada mulanya ku minta kat juniorku miza..tapi masalah pula timbul bila ku tak dapat install...masa tu memang dah nmpak lain macam kenapa jadi cam ni...
pastu baru lah dia bagi tau dia dah terdelete software tu sebelum masuk dalam pendriveku..jadi yang di copynya tu di ambil kat desktop dia...

dengan cara lain pula ku minta pertolongan dari adikku perempuan ku..
suruhnya dia hantar software seperti picasa melalui email...pastu dia tak ada plak..n then dia cadangkan suruh guna photoscape...bila guna benda alah tu header gambar jadi terlalu besar kat blogku..jadi ku buat semula...memang di uji kesabaran..huhu...

tekad jugak nak guna picasa tu..ku cari google nak download punya pasal...
hasilnya tak dapat download jugak...masalahnya sekarang kan taim nak mendownload tu..download tu ke yang bermasalah atau otak ku yang blur waktu tu...huhuh..

akhirnya ku baru dapat ide ku tanya adik my roomateku ina..nasib baik dia ada software picasa tu...kalu tak alamatnya tak menjadi lah kerja ku ni..huhu..
haaa hasilnya seperti di atas...cz ku menggunakan kedua-dua software picasa dan juga photoscape..editing nya sampai jadi macam tu sekali...hehehe..
emm bila tengok header blog yang ku buat tu memang tak kena langsung dengan templet..
jadi buat masa ni ku hanya mencuba tapi ku akan cuba buat lagi header blog yang sesuai jika ada kelapangan..insyallah..

::Alya 1'st bday giveaway::

| | 0 comments |
salam semua....
sempena bulan ramadhan ni jom sertai Alya 1'st bday giveaway...
klik SINI

Giveaway bermula pada saat dan ketika ini
Tarikh tutup: 30 September 2010 @ 11.59malam..

::Puisi Kantoi The Contest!!!::

| | 4 comments |
salam ramadhan....
hari punyer contest adalah puisi kantoi...klik SINI
huhuhu..kena cari ide ni....
-
-
-
-
-
haaaa..dah dapat pun...
ini lah hasilnya
****************************************************
gembiranya aku bila pertama kali melihat dirimu...
dirimu sungguh comel...
aku membawa mu ke mana saja...
tapi kamu ikuti saja diriku ini...tiada sepatah kata di bibir mungil mu...
kamu ibarat nyawa bagiku...
kamu lah pendampingku setiap masa....
kamu juga memberi sumber inspirasi kepadaku..
tapi dulu hingga sekarang ini kamu telah pergi jauh...
jauh meninggalkan diri ku terpinga-pinga
terasa sangat kehilanganmu
ku mencari mu di mana-mana...
di mana kamu sekarang?
ku amat merinduimu...
itu lah kamu TEDDY MOSHI KU..
**************************************************************************

::MEMBINA KERAJINAN DALAM DIRI ANAK-ANAK::

| Saturday, August 14, 2010 | 2 comments |
“Rajinnya anak awak. Basuh baju sendiri , gosok baju, menyapu, dan tolong memasak. Kalau anak dara saya tu, jangan harap. Kalau disuruh buat, merungut dan membentak-bentak. Kita nak dia pandai buat kerja, semuanya dia tak berminat”.

“Alhamdulillah, anak-anak saya ni dah diajar dai kecil. Harap-harap rajinnya itu sampai ke besar,” jawab Puan Hamidah. Anak-anak lelaki dan perempuannya boleh dikatakan rajin dan ringan tulang.

Hati ibu bapa mana yang tidak gembira apabila orang lain memuji kerajinan anak-anaknya. Rajin adalah sifat terpuji dalam Islam. Dalam apa sahaja kerja, seseorang dituntut rajin berusaha. Rasulullah SAW pernah menjelaskan keutamaan rajin ini antaranya menerusi sabdanya yang bermaksud: “Sungguh, jika seseorang mencari seikat kayu dan memikul sendiri diatas punggungnya lebih baik daripada dia meminta-minta kepada orang lain, diberi atau ditolak.” (Muttafaq ‘alaih)

Rasulullah SAW juga bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Daud a.s, makan daripada hasil karya tangannya.” (Riwayat al-Bukhari)

Banyak lagi ungkapan yang menunjukkan betapa sifat rajin sangat ditekankan dalam Islam.Sifat inilah yang kita hendak terapkan keoada anak-anak sejak kecil. Kita berharap semoga apabila mereka membesar dan dewasa, sifat rajin akan mendarah daging dalam segala urusan dan bidang. Bak kata pepatah, “Hendak meluntur buluh biarlah daripada rebung.”

Sifat rajin terdiri daripada dua iaitu semula jadi dan rajin melalui latihan. Seseorang anak dikatakan memiliki sifat rajin semula jadi mungkin mewarisi daripada ibu atau ayahnya. Dia tidak perlu disuruh kerana dia sudah memiliki sifat rajin.

Namun golongan sebegini tidak ramai berbanding dengan mereka yang perlu dilatih supaya rajin. Oleh sebab itu, kita ingin focus kepada rajin yang perlu dilatih ini.

Mengapa Perlu Rajin?

1. Perintah Allah SWT

Terangkan kepada anak-anak bahawa sifat rajin adalah perintah Allah SWT sebagai seorang Muslim, kita mestilah rajin sama ada dalam ibadah khusus atau umum. Misalnya rajin mengerjakan solat, rajin bersedekah, rajin belajar, rajin menolong orang dan sebagainya.

Aturkan jadual hidup anak-anak. Apabila bangun awal pagi ajak anak-anak bersuci, berwuduk dan menunaikan solat. Seawall usia mumaiyiz, mereka sudah boleh diajak solat bersama-sama sekalipun tidak tahu bacaan dalam solat. Selesai solat, anak-anak dibimbing tentang bagaimana mengemaskan tempat tidur mereka sendiri, belajar melipat kain selimut, menepuk-nepuk bantal dan menerikkan cadar bawah tilam. Biarlah pada mulanya tidak kemas namun mereka mesti tahu tanggungjawab mereka selepas bangun tidur.

Begitu juga dengan pakaian sekolah atau pakaian harian yang telah kotor. Mereka tidak boleh membiarkannya bersepahsepah dilantai, kemudian diserahkan urusan kepada ibu atau pembantu rumah memungutnya setiap hari. Apakah berat kerjanya untuk mrngumpulkan baju-baju kotor ke dalam bakul?

2. Banyak manfaat kepada diri dan orang lain

Orang yang rajin hakikatnya mendapat manfaat daripada kerajinannya. Dia akan terbiasa, tidak selesa jika melihat sesuatu tidak disempurnakan. Derianya sentiasa peka jika ada sesuatu yang tidak senang di mata. Misalnya apabila melihat rumah berselerak, dia akan segera mengemas. Jika di sekeliling rumah telah “subur” rumput-rumput yang panjang, dia akan mencari masa memotongnya.

Tiada orang yang tidak suka berkawan dengan orang yang rajin. Orang yang rajin umpama bunga yang wangi. Secara tidak langsung, dia akan member wangian (manfaat) kepada orang lain. Katakanlah antara anak-anak, ada seorang sahaja yang rajin. Ini amat menyenangkan hati ibu bapanya, “Nasib baik ada seorang anak lelaki saya ni. Jika tidak, banyak kerja di rumah tertangguh.”

Jika antara anak-anak terdapat seorang yang bersifat malas, cukuplah ia memberi banyak kepayahan seisi rumah. Misalnya buku-buku sekolahnya terbiar berselerakan di atas meja, baju sekolah dibiarkan bersepah di atas lantai, katil tidak berkemas dan sebagainya boleh menyebabkan orang lain yang memikul beban. Padahal perkara sumpama itu boleh diuruskan diri sendiri. Jika diri tidak berubah, dia pasti mendatangkan banyak masalah sama ada di sekolah, kolej atau tempat kerja kemudian hari.

3. Allah mengasihi orang yang rajin berusaha

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud. “Sesungguh Allah Taala mengasihi hamba-Nya yang Mukmin yang berusaha.” (Riwayat al-Tabrani)

Umat Islam sepatutnya adalah umat yang paling rajin dan akan bekerja keras, jika mereka benar-benar beriman kepada Allah dan mengikuti segala perintah-Nya. Mereka menjadi umat yang lebih banyak bertindak daripada banyak bercakap. Mereka rajin bekerja tanpa mencuri tulang. Selesai solat mereka akan terus bekerja sehingga masa ditetapkan.

Jika sifat rajin sebegini menjadi pakaian umat islam kini, tiada sesiapa berani menafikan hakikat umat Islam adalah umat yang terbaik.
Sifat malas atau membuang masa dengan melakukan hal-hal yang tidak berfaedah adalah bukti kurangnya iman. Jika anak-anak malas bekerja, malas menjaga menjaga kebersihan diri dan sebagainya menunjukkan kurang imannya. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu pupuk iman anak-anak, dengan sikap rajin dalam setiap perkara yang mereka lakukan. Sifat rajin akan membuahkan kejayaan dalam hidup di dunia dan di akhirat.
dipetik dari majalah solusi..

::Tak Tidur...::

| | 6 comments |
salam semua...
pagi-pagi nie dengan udara yang sejuk...baru lepas hujan...
mana tak nyer berjaga malam sampy ke sahur...
gara-gara ku blogwalking..huhuhu...nak usha-usah skitkan..wakaka
n then cari mana-mana templet yang sesuai untuk my blog...
tak sampai sebulan dah tukar templet lain pulak..emmmm
berjam-jam lamenyer ngadap lappy..
keseorangan dila waktu tu dan nak hilang rasa takut punyer pasal...
pasang la ayat Al-Quran kat lappy ku..hehe..
lepas tu baru la rasa tenang jiwa nih..
selalu nya lepas subuh semestinya tido..huhuh..



jangan selalu amalkan tabiat ini...sekali sekala apa salahnya kan..ahaksss..:P
tetapi anda mampu mengubahnya..=)

::JOS 1st Giveaway.. :)::

| | 2 comments |
salam ramadhan...
Giveaway ini berlangsung dari 7 August 2010 sehingga 3 September 2010
klik SINI
member tag:
sanaa
azwandy
aniza

::KREBIOZEN THINK GREEN CONTEST::

| | 2 comments |
salam ramadhan...
masuk contest lagi nampaknya...:D
klik SINI
jawapannya: nampak seperti wajah manusia..

::Hari-hari yang baik pada hari ini..:D..::

| | 4 comments |
salam semua...
emmm ambil mood sebelum nak buat entry nie...dan tadi dah jelajah blogwalking dulu...
berjam-jam gak jelajahnya tu..huhu...
baru sekarang ada mood...poyo..:P
sewaktu berbuka dengan keluargaku memang menyeronokan...
merapatkan lagi hubungan kekeluargaan...
ada hikmahnya juga ku balik melaka bersama abahku...bersyukur sangat-sangat..
tapi yang sedihnya adikku sanaa tidak ada bersama ketika kami sekeluarga berbuka puasa cz dia masih lagi belajar di Kota Bharu...
ibuku menyediakan juadah berbuka puasa yang simple seperti koktel yang dicampur dengan agar-agar..cokodok nangka dan tembikai...emmm memang menyelerakan..
lepas tu kami sekeluarga pergi makan mee goreng yang berdekatan dengan Masjid Tengkera...
taim tu adikku sanaa call ku semasa ku sedang makan mee goreng...dia kata kawannya adi nak hantar baju raya kat rumah...jadi kawannya letak baju raya kat atas meja diluar rumah ku...
emmm dalam fikiranku mesti lah nak testing baju tu..hehehe...
bila dah kenyang dan dah sampai umah..ku pun apa lagi ambil bungkusan tu yang ada atas meja...ku pun testing la baju adikku punyer...
testing plak depan cermin..hehehe...adikku sanaa jangan marah tau...dah testing dah pun..ahaksss...:P
adikku ku suruh ku snap baju tu dan hantar melalui mms...
tak sabar-sabarnyer dia nak tengok baju kawan dia bagi tu..hehe...
excitednyer bukan main...
adikku sanaa kata kawannya adi tu nak tengok dia pakai baju tu taim dia nak beraya di rumah kami nanti...memang sah-sah lah adikku sanaa tak sabar nak pakai baju kurung tu..heheh..
...sanaa..rindunya sama kamoo...

::Lucky Draw: Who's The Lucky One::

| Friday, August 13, 2010 | 0 comments |

salam ramadhan...
jom sertai contest nie...hadianya pun comel-comel sangat..
member tag:



::Makan kuaci..alih-alih balik melaka::

| | 0 comments |
(google imej)
salam semua...
pagi-pagi buta baru nak wat entry terbaru ni..baru la konon..huhu
malam tadi la lepas berbuka pose...ngadap blog n fbook kijernyer...
paastu teringin plak nak makan kuaci puyer pasal..ku pun mesej my housemate suruh beli kuaci..member serumah ada juga kirim bende alah tu..
kononnyer virus nak makan kuaci dah merebak kat umah..hehehe...
dah merapu meraban aku nie..
pastu sambung balik kijer aku dengan blogwalking..hehe..sementara kuaci sampy...

kedengaran my housemate beri salam ..dah bawa bungkusan kuaci dalam timbangan
masing-masing..n then terus rr ambil kuaci..
ngap..ngap..makan sambil ngadap lappy depan mata..huhuhu..
sedap-sedap makan kuaci kan abahku plak call..
ingat pe hal plak abahku call malam-malam kan...time tu rasanya dah pukul 11 malam kot abahku call..
rupa-rupanya abahku ajak ku balik melaka...
ku pe lagi kemas apa yang patut rr kan...cz time tu dia kata dia akan sampy 25 minit lagi..
haaa..bila dah kata cam tu kena faham-faham sendiri rr kan..beliau tak suka tunggu lama-lama..
jadi baik bersiap cepat dan bersiap sedia..heheh..
kuaci ku di bawa balik sekali..hehe..

abahku pon smpy ku amik kuaci tu dulu dalam beg...huhu
jadi ku pun makan la kuaci sepanjang perjalanan...
hilang la rasa mengantuk..
lagi satu ku takut gak abahku bawa kereta laju-laju..
tapi masa drive memang laju pun...

haaa dah sampy umah betulku makan kuaci lagi..hehe
sampy menggunung dengan kulit kuaci saja...ceh menggunung lah sangat..poyo..:P














::Contest Happy Moment::

| | 0 comments |
salam semua...
jom sertai contest happy moment...klik
syaratnya pun simple je..=)
... my family...
tags:

::...HeRe i CoMe..1st Anniversary Giveaway!!::

| | 1 comments |
salam ramadhan...
jom join contest ni...senang jerk...
member tag:

::Nak Bagi Award::

| | 5 comments |
salam ramadhan...
emmm sempena bulan yang baik ni ku nak bagi award....
sape yang bertuah tu...jeng..jeng..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
n then anda boleh juga awardkan kepada kawan-kawan anda gak...

::Dah Berbuka::

| | 0 comments |
salam ramadha...
dah berbuka pose...
buka pose dengan nasi ayam...
(kecoh rr lu..nak berbuka nak bagitau orang..huhu)
yum..yum...
earkkkk...(sedawa)
alhamdulillah....

rezeki ku hari ni...amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...