Followers

Showing posts with label peribadi. Show all posts
Showing posts with label peribadi. Show all posts

Suatu pengharapan

| Tuesday, December 13, 2011 | 1 comments |
suatu pengharapan
mengharap sesuatu
kemungkinan ia tidak dimiliki dengan mudah

terus berharap
menunggu untuk terus berharap
atau
berhenti berharap
sesuatu kemungkinan itu tidak mungkin dapat
apa yang di mahukan

Terasa Ngilu...

| Monday, July 18, 2011 | 0 comments |
Assalamualaikum semua....

baru ada kesempatan nak update...
makin jadi suam-suam bukan suam-suma air...ok tak lawak disitu...

petang tadi dalam pukul 2 petang menemani ibu pergi ke klinik pergigian peringgit..
aku pun tumpang sekali buat chek gigi..dalam lama sangat tak chek gigi dengar doktor...
dalam erti kata bersihkan gigi yang makin hari makin ber'karat'..

dengan angka nombor giliran 1041..pergi menuju ke bilik nombor satu...
nak doktor perempuan melayu tapi dapat doktor bukan melayu punyer...
alat di masuk alat untuk membuang segala plak di celah-celah gigi...
terngiang-ngiang bila dengar alat tu..apatah lagi makin terasa ngilu gigi di buatnya...

bila siap rasa kelegaan yang amat sangat..gigi terasa ringan...segala plak telah tiada..
konon dah bersih sangat la tu..(>_<)...menitis air mata gak menahan kesakitan..huhu..

gosok gigi selepas makan dan sebelum tido..paksa diri kita gosok gigi sebelum tido..=)...
buat pemeriksaan gigi 6 bulan sekali...=)
ambil pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti saranan semua doktor di Malaysia..
memandai je aku kan...ok..jaga kebersihan mulut dan gigi..senyum selalu...wassalam..=)

kelebihan atau kekurangan...menentukan atau ditentukan

| Sunday, March 13, 2011 | 3 comments |
salam kepada pembaca mayaku..aku harap kalian semua sihat sejahtera dan senyum-senyum selalu ya..:)

kenapa manusia menilai wajah seseorang wanita ataupun lelaki..maknanya dari segi luaran mempunyai kelebihan dan pakej yang lengkap..betul kan..kita akan tertarik sesuatu yang kacak..cantik..macam supermodel gitu...itu satu kelebihan yang ada pada seseorang yang ada pakej sebegitu...emmm dari dalamannya tak tau la kan...mungkin dari segi kelakuan..tingkah laku dan tutur kata yang baik..lagi la orang sekeliling akan pandang 'respect'...emm betul tak?..

kalau kelebihan yang ada pada seseorang dari segi akademik..cerdik..pandai..minda cergas..orang sekeliling akan beri pujian dan ucap tahniah diatas usahanya..kalu seseorang yang kurang bijak dari segi akademik dan keputusan peperiksaanya tidak memuaskan..tapi itu bukan bermakna tidak berusaha ataupun cara belajar yang tidak diuruskan dengan baik..emm adakah orang sekeliling akan mengatakan tidak pandai..bodoh dan sebagainya..lagi satu suka membandingkan orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya..kenapa aku berkata macam tu..sebab ku tergolong orang yang kurang pandai..

aku bersyukur ibubapa ku mengambil berat tentang aku..tetapi adakalanya aku rasa rimas..lebih-lebih lagi telinga ni rasa bingit menahan sabar..aku tahu mereka mahukan yang terbaik untuk masa depan aku..macam sekarang ni aku kerja partime coffeehouse..ibuku tak berapa suka..tapi niat aku mahu cari pengalaman kerja dan niat kerja juga mahu mendapat keredhaan Allah...lebih-lebih lagi orang tua ku lebih suka aku dengan kerjaya guru..tapi aku ni kurang minat dengan kerjaya tu..tu la aku yang menentukan hala tuju masa depan aku..orang tua ku kah atau diri aku sendiri...?

nota kaki: sambil-sambil menaip menulis ni tengok program realiti mentor..

tetap salah ke..penuhi masa yang ada..

| Tuesday, March 8, 2011 | 0 comments |
salam kepada pembaca mayaku...
terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di teratak usang
sudah begitu lama tiada penghuninya..
baru hari ini muncul kembali..
senyum..

menggunakan talian intenet tanpa kebenaran
dengan kata lain menggunkan secara percuma
dan orang yang meng'hacker' talian internet dilakukan oleh balak adik sendiri..
huh..sudah terkantoi disitu..di situ di mana..mana-mana je la..
walaupun telah mengetahui ianya salah
sampai bila menggunakan talian internet hak milik orang lain..
rasa berdosa dan rasa serba salah pun ada..huhu..
ok..jangan kusutkan dan serabutkan kepala diri sendiri..

sekarang ni kerja partime
cari pengalaman kerja buat sementara
lagipun ku mahu lihat gelagat dan tingkah laku manusia..
yang positif kita ambil dan yang negatif perlu dihindari..

makin hari usia makin meningkat
masih lagi di bawah tanggungngan ibu bapa
tapi sampai bila ku harus bergantung pada mereka
huh..terasa juga seolah-olah diri ini tidak berguna
tidak berguna dari dalaman bukannya luaran
dari luaran orang akan nampak 'cool' je
tapi sebaliknya tiada apa-apa dalam diri...

pagi-pagi sudah bermadah...=)

| Friday, February 11, 2011 | 1 comments |
[gambar: adakah muka aku bulat seperti cahaya matahari pagi?..=)..]



selamat pagi
menceriakan suasana pagi yang damai dan tenang
lebih-lebih lagi mendengar deruan pantai..
emmm rasa segar di pagi hari walaupun
keadaan diri yang belum terurus lagi...


pagi-pagi ibubapa aku sudah keluar
mungkin mengambil angin luar pagi di pantai..
aku,
masih lagi di bilik bertemankan
kesejukan seperti salji kutub utara kutub selatan..
ceh..


emmm berteman cahaya lampu oren
seolah-olah tidak mampu untuk bercahaya lagi
kononnya..
habis tu kau guna sekarang menggunakan perkhidmatan
secara percuma
jangan merungut
gunakan saja apa yang ada
tahu erti bersuyukur..
senyum dalam diri...


bukan apa
saja berkata begitu
sebab biar diri ini rasa sedar diri
dari mana asal usulnya
ada orang yang lebih susah
jadi hidup ini kena sentiasa bersyukur....
hidup cuma sekali
jadi gunakan hidup yang masih bernafas ini
gunakan ia sebaik mungkin...

begitu lama menyepi...

| | 1 comments |
[gmbar: sepi menyepi duduk makan saja menambahkan berat badan]


mencari-cari aku hala tuju
di kala itu aku begitu lama aku meninggalkan
ruang diari maya ini
hanya biarkan diari maya ini 'bersawang'
biarlah


berada di PD
baru berpeluang untuk kembali menulis
itu pun guna secara percuma
macam 'penjenayak siber'
licik
nampak je benda yang percuma
senyum


pagi-pagi buta sukar pula melelapkan mata
ini padahnya tumpang sekaki
tengok filem orang putih
di youtube
dengan adik lelaki kesayangan
kan sudah jadi insomia..

kerana CSL..

| Sunday, January 9, 2011 | 1 comments |
salam kepada pembaca maya ku..ada diantara kalian sudah mengetahui pemenang AJL bukan..jadi tidak perlu lah aku menyebutnya sebab rata-ratanya sudah mengetahui..

ok aku juga nak ucapkan terima kepada kalian juga kerana sudi juga singgah di blog ku..aku hargai..insyallah aku juga kan singgah di teratak kalian juga ya..sama-sama memberi dan menerima..:)

entry kali ni kerana CSL..'straight to the point' la ye..aku, ina dan miza rancang mahu pergi ke Jaya jusco di Seremban Dua..jadi bertiga berjalan kaki dalam pukul 8 malam..ina mahu beli komik dan hajatnya sudah tercapai..seterusnya kami bertiga pergi ke 'part' beli makanan jajan..masa tu perut tengah berkeroncong..hehe..beli segala apa yang di depan mata masing-masing..

dalam otak kami bertiga mahu tengok AJL..sudah alang-alang kami bertiga sudah membeli barang di JJ..sebab di rumah sewa tiada TV..huhu..emm masa tu juga kami main tarik-tarik tali mahu tengok AJL atau tak...jadi kami bertiga dah sepakat mahu pergi tengok AJL di Restoran NS Corner sambil-sambil kami membawa barang yang kami beli di JJ..sebaliknya berlaku bila kami sampai, restoran tu buka siaran bola sepak..*kecewa...dalam kami bertiga nak tengok juga kan kami kena paksa pergi Restoran Aiza sebab restoran tu je yang pasang AJL..


di restoran tu kami bertiga 'order' air dan ina pekena roti telur..aku dan miza makan benda yang segara yang kami beli makanan di JJ..jimat duit...huhu..tengah kami bertiga makan sedap-sedap, tokey restoren tu tukar siaran bola sepak..ahhh lagi bertambah kecewa..sudah la pelanggan di situ juga mengeluh..kami bertiga makan cepat, kami bergerak sepantas yang mungkin..huhu..pelanggan yang tengah syok-syok tengok AJL pun segera meninggalkan tempat duduk..huhu..
[maaf ye..ini lukisan yang ku cuba buat..hehe..*nak sangat tengokkan AJL..nah ni jadinya..jangan jadi ikutan seperti ini..huhu]


[google]


dengan membawa duka dan kecewa..*cewahh ayat tak boleh blah..lepas itu, baru ina teringat, dia ada CSL phone..dari hensetnya ada 'area' boleh tengok tv..kami gembira bukan kepalang..sambil kami bertiga berjalan kaki mahu pulang ke rumah, tengah alang-alang tu juga kami menonton AJL..hehe..teruja kami dibuatnya..


bila dah sampai rumah kami bertiga cuba cari juga AJL secara online tapi tak dapat..nak tak nak kami bertiga tengok juga dekat CSL kepunyaan ina...tiba-tiba bateri pula 'low'..kena caj..dua tiga minit tengok semula AJL kat CSL..lepas tu berlaku perkara yang sama dan begitu la seterusnya ia berlaku..huhu..


nota kaki: kenangan tidak di lupakan berjalan kaki bersama mereka berdua..
penuh dengan gelak ketawa..
terasa jiwa tenang dan gembira..

setelah bertegang urat..akhirnya dapat apa yang aku mahu iaitu 'LIKE'..

| Wednesday, January 5, 2011 | 0 comments |
salam kepada pembaca mayaku..macam mana aktiviti kalian hari ni..ada baikkah? di kala kalian ada masalah cuba cari penyelesaian sebaik mungkin..mungkin ada hikmahnya di sebaliknya..di kala itu juga beri la sedikit senyuma ya..ishh memandai je aku ni kan..:D



dengan hati yang riang di malam hari yang gelap gelita ni kan aku dah dapat apa yang aku nak iaitu 'LIKE'..aku mahu sangat nak benda tu kan sampai aku telefon adik perempuan aku dan aku tanya macam mana nak buat benda tu..jadi adik aku suruh aku pergi ke blog maribinablog..klik sini..


[air yang cincang takkan putus dan bagai isi dengan kuku]

aku ikut langkah demi langkah apa yang di tunjukkan di blog tu..tapi tak berjaya..sudah banyak kali cuba dan terus mencuba tapi langsung tak menjadi..apatah lagi tengok pula coding banyak..dan lebih menyakitkan diri sendiri..aku buta it sikit..:P..

dengan penyelesaian aku ambil aku telefon adik aku sekali lagimacam mana buat walaupun aku ikut 'step' demi 'step' kan..sehingga kami berdua bertegang urat dalam talian..bergaduh la jawabnya..akhirnya adik aku ambil kata putus dia menawarkan biar dia yang buat "LIKE" tu kat blog aku..aku dengan hati gembira tapi aku pula main tarik-tarik tali..sehingga aku buat dia marah..hehe...

jadi dengan kepakaran adik yang ambil kursus IT tu ..dia minta pasword,nama blog aku...bila dia buat sekejap saja tak sampai beberapa minit..benda tu dah siap..adik aku dah minta upah..kiranya kena bagi hadiah lah kat dia lah..sebab tak lama lagi hari jadi dia 8 januari ni..kurang asam..macam-macam pula hadiah yang diminta..nak cekau duit kat mana tu...:P


nota kaki: terasa manis lagi di mulut ni makan popcorn..hehe..

aku suka 'LIKE'..nak ikut ke tak ku tak kisah pun...

| | 4 comments |
salam kepada semua...diharap kalian ceria ok..huhu kat seremban sekarang hujan lebat dan angin yang bertiup kencang...sudah mula rasa sejuk..weee..

berani pula aku update waktu tengah hujan..takut pulak petir dan guruh segala bagai...waaa..






ok la..haaa lebih baik aku terus saja kan..aku suka LIKE kat ruangan bloggers..senang sikit..siapa-siapa ada ruangan LIKE tu beruntung la ye..hehehe..tapi aku sendiri tak ada benda tu..huhu..macam mana nak buat ea?kongsi sikit..:)

lagi satu..bila dah jengah je kat mana-mana bloggers mood nk beri beri komen kena ada gak..ye la bila nk beri komen terbantut sebab lebih kurang jugak komen yang diberi oleh bloggers lain..kalu ada ruangan LIKE tu lagi memudahkan kerja aku...ngehngeh..nampak sangat aku malas nak komen..:p

'silent reader' memang jadi habit aku..tu pon kecoh nak bagitau orang..ahh aku tak peduli..aku tak kisah...=__+..
haaa jika siapa-siapa juga nak suruh aku 'follow' blog kalian tinggalkan ruang kat shoutbox tu..tak pun tinggalkan je kat ruang komen..senang kan..aku pun jenis tak kisah kalu tak 'follow blog aku..janji yang ikhlas je yang nak 'f0llow'..sebab aku jenis yang 'kejam' gak la dulu-dulu..nk suruh orang follow blog aku..aku mula la 'chat' kat ruangan SB..'i dah follow u n follow me back'..jadi aku dah tak mahu guna kaedah tu..buat orang menyampah lagi ada kan..=___=

kena ceria..:D

| Tuesday, January 4, 2011 | 0 comments |
salam kepada pembaca maya ku..di harap kalian semua ceria di hari yang baik ini..jangan lupa senyum selalu ok..

ahhh semalam emo pula ..jadi lebih baik lupakan yang tiada kesudahan..mulakan dengan hari-hari yang ceria..yeahhh..

pagi seperti biasa anak dara yang selalu bangun lambat tp pagi tadi awal sikit..hehe..sebab lapor..tapi sebelum tu belum siap satu apa untuk sarapan pagi..cadang nak makan mee sedap..huhu..sebenarnya tak elok untuk kesihatan..


roomate ku pula ajak aku pergi pejabat kolej alpha..dah la masa tu belom mandi..belom lagi sarapan pagi..aduyai..masa tu juga roomate aku kena pergi tuisyen mengajar kat rumah pelajar..so, tak jadi pula pergi waktu tu..aku yang jadi mangsa keadaannya..kena bersiap-siap..huhu..terkocoh-kocoh sikit pun ada..nasib baik roomate jenis lembut hati sanggup tunggu aku nak bersiap-siap..

dengan semangatnya kami berdua nak pergi pejabat..emmm agak melaram-laram jugak..oppss sudah tergedik..:P..masuk je bilik pejabat kami tengok seorang pun tak ada kat pejabat..yang ada masa tu CEO kolej aku..

kami berdua pergi pejabat mesti bersebab..bukan suka suki nak duduk sana..ahakss..kami kena selesaikan isi borang untuk aku konvo..kalau diikutkan bulan 3 ni konvo tapi ditunda pulak pada bulan 9..ini pun takut ada perubahan lain pula..

part sedih..tak lama lagi aku dah tak duduk di seremban..keputusannya kena ikut cakap orang tua..kena ikut..atas sebab-sebab tertentu dan keterpaksaan kena pergi balik melaka..(T___T)..

simpan segala....huhu..

| | 0 comments |
waktu kita masih kanak-kanak, semua yang kita ingin semua dapat..
ibubapa menurut saja kata anak..
ibubapa memahami kita ketika itu..

tapi berlainan jauh sungguh disudut hati
bila hati makin seolah-olah di hiris-hiris segala..
bukan marah kepada siapa-siapa..
dalam diri yang sering memberontak
mahu di luahkan
tapi biarkan begitu saja

makin hari simpan segala terkumpul
takut pula menjadi bom atom
dan lebih parah lagi
tidak dapat mengawal diri..
keadaan sungguh dalam keterpaksaan
makin kerap keluh kesah
apatah lagi selalu megeluh..

taraaa...kami berdua..ahakzzz...

| Friday, December 31, 2010 | 2 comments |
taraaa..kami berdua..
thanks roomateku....

nak juga menempek..ahaksss..(>___<)
nota kaki:
:sayang kamoo iza..
:thanks a lot sentiasa bagi aku sokongan...
:kenangan manis bersama kamu tidak akan ku lupakan sampai bila-bila..:D
:SeLaMat TaHuN BaRu..

hari ini hari gembira..walaupun bosan..

| Thursday, December 30, 2010 | 1 comments |
emmm...
semuanya bergembira Malaysia menang..
huhu..pujian melambung tinggi..*sengeh..
syabas...



******



seharian aku dibilik...
petang tadi ada mesyurat tapi
terbatal pulak di saat akhir..*ceh..
jadi lepak saja mengadap laptop
yang baru saja berkhidmat 3 tahun..*poyo



****


(google)


malam ni roomate ku iza buat kek
aku hanya lihat dia buat je
tengok gitu-gitu je..*siyes tak lawak..
minta perut diisi
tapi kek dalam peti dulu..
tunggu masa yang sesuai nak makan kek..*dah tak sabar sebenarnya nak makan..
setia menunggu walaupun perut dah berbunyi..*emm..yum..yum..





nota kaki:
:rajin roomateku buat kek hari ni..
:aku tunggu nak makan saje
:lebih kurang 4 hari kami hanya berdua di rumah sewa..
:pagi keesokannya menunggu ketibaan housemateku di muka depan pintu..:P

makin hampir...:)

| Sunday, December 26, 2010 | 2 comments |
emm..tak lama lagi dah nak masuk tahun baru..
tinggal beberapa hari saja lagi..

bila makin hampir menjelang
tahun baru..
semangat azam tahun baru..*sinonim


(google)



emm adakah azam 2010 sudah tercapai atau tidak...
2010 yang bakal akan tinggalkan
menjadi kenangan..
ada suka dan duka
ada pahit dan manisnya...



2011..
apa perancangan dan persiapan
apabila menjelang tahun itu...
*belajar
*kerja
*kahwin....*sengeh...

jangan dipandang enteng...

| Sunday, December 19, 2010 | 1 comments |
jaga dan kawal hati sendiri..
jaga minda...
bukan mudah nak menjaganya bukan...

diri sendiri yang menentukan
nak jadi baik atau jahat..

nak jadi manusia yang baik bukan senang
tapi nak jadi manusia buat jahat senang
malah bertambah ramai manusia jahat..

buat baik dibalas baik
buat jahat dibalas jahat...






(google)



benda atau perkara kecil jangan dipandang enteng
yang sekecil-kecilnya itu lah amat penting dan berguna..

asyik tukar je

| Wednesday, December 15, 2010 | 8 comments |
emmm ada saja benda yang tak puas hati...
salah satunya aku kerap sangat tukar layout....
sekejap yang itu..sekejap yang ini.....

emm..yang terbaru ini macam mana ok ke..
bila sekali dua kali pandang
aku takut akan tukar lagi..huhu...


(google)


agak cerewet dalam membuat pilihan layout..
tak kena dengan jiwa..*ceh...
kadang-kadang tu cepat bosan
tengok layout tak berkenaan terus tukar..

nampak sangat tiada pendirian...
ku harap yang ini kekal..*poyo..

kenangan cikgu sejarah....tapi dimana cikgu "Edry"

| | 0 comments |
teringat aku ketika aku berada di tingkatan 6 sastera 3...
ada dua orang cikgu sejarah..
cikgu Yusri mengajar sejarah Tamadun Asia
cikgu Norman pula mengajar Tamadun Dunia...*kalu cikgu berdua ni baca tak tahu la aku...

masa cikgu Yusri mengajar..
mataku cepat segar bugar..
menunggu beliau mengajar tanpa jemu..
sebab ada saja lawak dan jenakanya
jadi aku tak cepat mengantuk..*tabik kat cikgu...sengeh...

cikgu Norman..
maaf..selalu aku tidur ketika beliau tengah mengajar...
cepat bosan...
walaupun beliau nampak aku tidur tapi tidak di tegur
sebaliknya kawan sebelah selalu kejutkan aku..*teruknya perangai..
subjek yang beliau ajar, aku dapat gred tak bagus..sekadar lulus..
*ambik ko,tak berkat..tidur saja dalam kelas..

(google)

cikgu Edry..
maaf sekali lagi..
cikgu tu hanya nama saja..tak wujud..
tiada nama cikgu tu di sekolah aku..
kalu ada sekali pun..
lengkap lah nama kumpulan "KRU" title cikgu..*sengeh..

nota kaki: hormati cikgu...kami dalam kelas kadang kala mengusik juga..cikgu, cikgu "Edry" mana?..sengeh...

GIVEAWAY:LUCKY FOLLOWERS.WEE~

| Tuesday, December 14, 2010 | 2 comments |
tiba-tiba saja emo dalam diri ini..
malas la memikirkan kesudahan yang belum tentu bermula dan pengakhirannya..
lebih baik aku masuk contest..*syok sendiri jap
begitu lama aku tak menyibukan diri dalam macam-macam contest..

Create your own banner at mybannermaker.com!

ku baru saja menjengah satu blog ni yang menganjurkan contest seperti di gambar tu..
nama blognya BELOG IZYAN SHAMBA
muda lagi wanita ni..dan masih lagi belajar di UITM Alor Gajah Melaka..*ishh bajet kenal pula..

salam perkenalan dari saya Izyan...

blogger lain join la sekali ok..

kejakunanku..pertama kali pergi Jom heboh

| Monday, December 13, 2010 | 2 comments |
baru-baru ni hari ahad, aku dan rakan-rakan ku pergi jom heboh..
terasa juga kejakunan aku yang pertama kali pergi ke Bukit Jalil..*sengih
waktu aku bersekolah dulu aku tidak berpeluang jika ada jom heboh di Melaka*tak rugi kalu tak pergi..*menyedapkan hati..:P
kenapa aku berkata begitu?
sebab setiap sabtu dan ahad aku akan pergi tuisyen..mana boleh ponteng..*konon anak yang baik..sengih
kami pergi ke sana naik KTM...dan berhenti di UKM...
kekasih kawan aku bawa kami ke sana...jalan terlalu sesak ketika tu...

niat aku pertama kali pergi ke sana untuk melihat gelagat manusia...
melihat segala bagai gelagat generasi remaja kini...
sungguh sedih melihat anak bangsa sendiri...
korang mesti lebih tahu segalanya apa yang berlaku generasi kini...*aku ni macam bajet bagus je..(=____=)

*********

pertama kali kan...kejakunan tu ada*ketawa...tak lawak..
jalan-jalan sekitarnya seperti sebesar stadium bola sepak...
kaki terasa nak tercabut segala bagai...*padan muka...mahu berjalan sangat bukan...
segalanya rambang mata..tapi beli ikut kemampuan dan jangan boros...
alhamdulillah...bajet ku tidak lari*senyum...

untuk tatapan..

*kenangan bersama mereka berdua

nota kaki: apabila pergi ke sana memang kena berhati-hati..sebelum ku pergi ke sana aku telah beritahu ibu...alhamdulillah semuanya selamat pergi dan pulang...

maafkan aku ibu..

| | 2 comments |
(google imej)



maafkan aku ibu..
setelah dua minggu ku tidak telefon ibu...
dalam hati ku rindu..*ego dalam diri*..
aku jadi begitu gara-gara ibu membebel
muka ku muncung sedepa
masa tu aku nak balik ke seremban..
jadi ibu ku hantar aku ke Melaka Sentral..
hati ku cepat panas ketika ibu membebel..
ku tahu ibu mahu yang terbaik untuk aku...
kadang-kadang aku melawan..*aku mengaku..aku agak kurang ajar dalam senyap*
jangan ikut sikap aku..
aku pun agak keras kepala..
aku tahu aku dah buat salah pada ibu sendiri..
baru tadi ku telefon ibu ku bertanya keadaan dirinya ketika itu..
hati ku berasa lega mendengar suara ibu..*aduss tersentuh pulak*
ibu begitu sabar dengan tingkah laku dan sikap aku..*ibuku adalah idolaku dan nyawaku*
ketika dalam panggilan..ibu ku bertanya kepada aku.."bila kak long nak balik Melaka?"
hati ku pula rasa nak nangis...

ibu..ampunila dosa-dosa dila..
dila terlalu banyak melukakan hati ibu...
ku minta ampun dan maaf ibu..
dila sayang ibu dan dila rindu sangat ibu...



nota kaki: syurga dibawah telapak kaki ibu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...