Followers

Showing posts with label percubaan. Show all posts
Showing posts with label percubaan. Show all posts

Terasa Ngilu...

| Monday, July 18, 2011 | 0 comments |
Assalamualaikum semua....

baru ada kesempatan nak update...
makin jadi suam-suam bukan suam-suma air...ok tak lawak disitu...

petang tadi dalam pukul 2 petang menemani ibu pergi ke klinik pergigian peringgit..
aku pun tumpang sekali buat chek gigi..dalam lama sangat tak chek gigi dengar doktor...
dalam erti kata bersihkan gigi yang makin hari makin ber'karat'..

dengan angka nombor giliran 1041..pergi menuju ke bilik nombor satu...
nak doktor perempuan melayu tapi dapat doktor bukan melayu punyer...
alat di masuk alat untuk membuang segala plak di celah-celah gigi...
terngiang-ngiang bila dengar alat tu..apatah lagi makin terasa ngilu gigi di buatnya...

bila siap rasa kelegaan yang amat sangat..gigi terasa ringan...segala plak telah tiada..
konon dah bersih sangat la tu..(>_<)...menitis air mata gak menahan kesakitan..huhu..

gosok gigi selepas makan dan sebelum tido..paksa diri kita gosok gigi sebelum tido..=)...
buat pemeriksaan gigi 6 bulan sekali...=)
ambil pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti saranan semua doktor di Malaysia..
memandai je aku kan...ok..jaga kebersihan mulut dan gigi..senyum selalu...wassalam..=)

setelah bertegang urat..akhirnya dapat apa yang aku mahu iaitu 'LIKE'..

| Wednesday, January 5, 2011 | 0 comments |
salam kepada pembaca mayaku..macam mana aktiviti kalian hari ni..ada baikkah? di kala kalian ada masalah cuba cari penyelesaian sebaik mungkin..mungkin ada hikmahnya di sebaliknya..di kala itu juga beri la sedikit senyuma ya..ishh memandai je aku ni kan..:D



dengan hati yang riang di malam hari yang gelap gelita ni kan aku dah dapat apa yang aku nak iaitu 'LIKE'..aku mahu sangat nak benda tu kan sampai aku telefon adik perempuan aku dan aku tanya macam mana nak buat benda tu..jadi adik aku suruh aku pergi ke blog maribinablog..klik sini..


[air yang cincang takkan putus dan bagai isi dengan kuku]

aku ikut langkah demi langkah apa yang di tunjukkan di blog tu..tapi tak berjaya..sudah banyak kali cuba dan terus mencuba tapi langsung tak menjadi..apatah lagi tengok pula coding banyak..dan lebih menyakitkan diri sendiri..aku buta it sikit..:P..

dengan penyelesaian aku ambil aku telefon adik aku sekali lagimacam mana buat walaupun aku ikut 'step' demi 'step' kan..sehingga kami berdua bertegang urat dalam talian..bergaduh la jawabnya..akhirnya adik aku ambil kata putus dia menawarkan biar dia yang buat "LIKE" tu kat blog aku..aku dengan hati gembira tapi aku pula main tarik-tarik tali..sehingga aku buat dia marah..hehe...

jadi dengan kepakaran adik yang ambil kursus IT tu ..dia minta pasword,nama blog aku...bila dia buat sekejap saja tak sampai beberapa minit..benda tu dah siap..adik aku dah minta upah..kiranya kena bagi hadiah lah kat dia lah..sebab tak lama lagi hari jadi dia 8 januari ni..kurang asam..macam-macam pula hadiah yang diminta..nak cekau duit kat mana tu...:P


nota kaki: terasa manis lagi di mulut ni makan popcorn..hehe..

asyik tukar je

| Wednesday, December 15, 2010 | 8 comments |
emmm ada saja benda yang tak puas hati...
salah satunya aku kerap sangat tukar layout....
sekejap yang itu..sekejap yang ini.....

emm..yang terbaru ini macam mana ok ke..
bila sekali dua kali pandang
aku takut akan tukar lagi..huhu...


(google)


agak cerewet dalam membuat pilihan layout..
tak kena dengan jiwa..*ceh...
kadang-kadang tu cepat bosan
tengok layout tak berkenaan terus tukar..

nampak sangat tiada pendirian...
ku harap yang ini kekal..*poyo..

mulanya ku berblogging..

| Monday, November 29, 2010 | 2 comments |

(google imej)

salam semua..
lewat pagi begitu belum tidur lagi..
sebab melayan cerita hindustan punyer pasal..*sengeh*
emm pagi-pagi pulak dapat ide 'mulanyer ku berblogging'..
mana-mana pun ada yang tidak terlepas akan menulis n3 sebegini bukan..
ku pun juga begitu...
waktu mula-mula blogku ku wujud..
tujuan asalnya adalah untuk menulis segala aktiviti harian diari praktikelku
selama 4 bulan..
nak tulis dalam buku diary takut terlupa nak mencatatnya..
ku ni mudah lupa dan terlupa orangnyer..*sadis betul*
masa tu gaya penulisku memang teruk..dengan tulisan 'shortform' seperti tulis dalam mesej..
memang terlalu singkat perkataan yang ku gunakan..
dan dah sememangnya merosak penggunaan bahasa melayu yang betul..
ku nak link kan n3 yang dulu-dulu pun malu..bahasa melayu tak betul..
tapi kali ni kena belajar dan belajar untuk ku menulis..dengan cara ku singgah mana-mana blog dan lihat gaya bahasa digunakan..
bukannya disini nak meniru siapa-siapa..
tapi apa salahnya ambil yang baik jadi ikutan..
tapi bukan juga tiada identiti sendiri untuk ku nak ciplak seperti
penggunaan bahasa yang mereka gunakan..
apa salahnya kita mempelajari sesuatu penggunaan bahasa kan...

nota kaki: bila mood nak menulis tu datang..ide datangnya mencurah-curah...tapi tak pe lah..ambil masa untuk di ceritakan..wassalam...

::Percubaan Pertama Kali Membuatnya Menjadi..Alhamdulillah::

| Saturday, August 21, 2010 | 11 comments |
  • segalanya bermula di sini...bangun dah lewat...of couse la kan dengan facebook je memanjang..malam selalu jadi burung hantu..berjaga malam punyer pasal..huhu..tabiat nie kena buang jauh-jauh..cik dila oii ubah la perangai tu skit...lalalala...:P
  • dah pelan dalam otak aku cadang nak buat puding roti time nak buka puase nanti...tapi bhan-bahan nak buat tak ada..emmm petang tu juga la pergi beli kat jaya jusco seremban dua tu..pergi pulak seorang diri..berjalan kaki lagi tu..takpe takpe sekali sekala berjalan kaki..ada rr jugak pergerakan..takkan tak bergerak pulak...jiwa dah kacau..huhu..nak tunggu bus..alamatnyer bus tu datang time nak buka puasa kot..tak mo aku..
  • sebelum gerak pergi jj aku singgah atau cari mana-mana blog masakan yang ada resepi puding roti..banyak juga bloggers yang ada resepi puding roti yang pelbagai cara membuatnya..emmm pening juga nak buat pemilihan blog mana aku nak ikut resepi buat puding roti tu...akhir nya setelah aku meneliti dan mengkaji..cit ayat aku tak blah..skema ayat..wakakak..haa..aku telah ikut resepi ni dari TERATAK CHETAM
  • bila aku dah beli semua barang nak buat pudingkan..aku pun tak tau macam mana aku boleh terlupa nak beli roti..roti tu la yang pentingkan..dah kata nak buat puding roti..mesti la guna roti..aduyai..xkan guna batu plak..berderai la gigi aku nanti..lalalala:P
  • nak singgah kedai..kedai plak tutup..naseb baik housemate rela hati bantu aku tolong beli..tapi diorang buka puasa kat luar dulu sebelum diorang pergi beli yang aku pesan tu..

GAMBAR 1

(ehsan dari housemateku bagi pinjam camera sekejap..hehe..)

dalam pukul 10 malam tadi bermula la operasi membuatnyer..adess..taim tu aku dah tersilap buat..aku campurkan butter dengan telur..sepatutnya dengan gula halus dulu baru telur..dalam hati kata takut tak jadi buat ni..abih rr puding roti aku..waaa..tapi thinking positif cz pertama kali aku membuatnya ada juga tolong aku..rajin housemateku..kalu tak cuba buat aku tak tahu hasilnya dari aku sendiri..cehhh..pandai plak k0 berkata-kata dila..:P..jadi ke tak jadi itu belakang kira..huhu

GAMBAR 2..taraaa..ni la hasilnya..
aku tak sangka..jadi gak puding roti...rasa berbaloi gak aku seorang diri jalan kaki kan kan ..tapi satu je yang penting niat..kena ikhlas...jadi kitorang makan sama-sama...bestnyer..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...