Followers

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

sering terleka dan lalai..

| Friday, December 10, 2010 | 0 comments |
(google imej)




ibadah yang wajib kita semua lakukan adalah solat..
semua orang Islam mengetahui solat itu tiang agama..
aku mengaku..aku sering leka..sering lalai ibadah wajib
solat sunnat yang lain buat dengan tak buat
atau tidak buat langsung..
setiap mengerjakan solat lima waktu sehari semalam
perlu khuyuk mengerjakannya
tapi di fikiran dan hati sering melayang-layang..
tapi diri sedar ketika itu sedang mengerjakan solat..
adakah ibadah itu diterima Allah..
sedang perlakuan tingkah laku dan hati sering melakukan perkara mazmumah...
banyak melakukan kemungkaran dari kebaikan...
bagaimana kehidupan ini..sempatkah mengucapkan dua kalimah syahadah itu ketika
sedang berperang dengan sakaratul maut..nauzubillahminzalik..
memikirkan juga amalan yang ada mungkin sekecil-kecik zarah atau tiada amalan kebaikan
dalam diri...


usia manusia makin hari makin meningkat..
makin menuju ke arah kematian..
cukup kah amalan yang dilakukan ketika hidup di atas muka bumi ini..
sudah bertaubat kah ketika mengetahui ajalnya sudah tiba..
bila-bila saja malaikat maut mencabut nyawa..


manusia....jangan terlalu leka...
begitu juga dengan diri ini..

apa yang penting....

| Tuesday, November 9, 2010 | 0 comments |


a.k.u


d.i.a


k.a.m.u



salam semua...
emmm macam cinta tiga segi plak...
oppsss..tidakkkk...aik macam tak mengaku jew...(=______+)
bukan..bukan...
emmm straight to the point k...
dalam kerja secara kumpulan mesti ada perselisihan faham dan pertelegahan..
jangan cepat melatah dalam pelbagai situasi...
cari penyelesaian sebaik mungkin...
apa yang penting seperti kata cerita

WoNdERpEt

::kErjAsAmA::



Muhasabah cinta

| | 0 comments |






Muhasabah Cinta Lyrics
by Edcoustic

Wahai… Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan… Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

courtesy TopLyrics.Info
Reff. :

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi….
Muhasabah cintaku…

Tuhan… Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Back to Reff.

Top Lyrics Edcoustic – Muhasabah Cinta Lyrics

::Usah salahkan orang lain jika gagal::

| Tuesday, September 21, 2010 | 1 comments |
SUMBER:MYMETRO

SETIAP orang pasti mengalami pengalaman menghadapi kegagalan. Tidak kiralah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam bercinta atau gagal dalam pertandingan. Selalunya apabila gagal, kita pasti akan mencari pelbagai alasan.

Jika gagal dalam peperiksaan, kita mungkin mengatakan guru tidak pandai mengajar, cikgu tidak mahir subjek berkenaan, sekolah tidak bagus, ayah ibu tidak ambil peduli, peralatan belajar kurang dan pelbagai alasan lagi. Jarang kita mengatakan pada diri, 'memang aku malas belajar', atau 'memang aku tidak berusaha dari awal lagi', atau 'aku malas berusaha'. Memang sudah menjadi sifat semula jadi manusia, gemar mencari dan memberi alasan dalam setiap perkara. Kelemahan sendiri jarang pula dilihat, apatah lagi hendak mengakui punca kegagalan kerana kelemahan diri sendiri. Namun, mencari alasan tidak akan menyelesaikan masalah. Malah, memberi alasan bererti kita berusaha melindungi sebab sebenar sesuatu masalah itu.

Kita lebih selamat dengan menyalahkan pihak lain tetapi sebenarnya itu tidak membantu untuk memperbaiki diri sendiri.


Jangan pula menjadi seperti bangau dalam lagu 'Bangau Oh Bangau', meletakkan kesalahan pada si ikan yang tidak timbul apabila dirinya kurus, begitu juga si ikan yang meletakkan kesalahan pada pihak lain pula dan begitulah seterusnya, seolah-olah masing-masing tidak pernah buat salah, yang tahu hanya menyalahkan orang lain. Jelas, apabila seseorang itu sedar dirinya bermasalah atau masalah itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahannya. Jika dia masih berbangga dengan keupayaannya mencari alasan, masalah tidak akan selesai. Allah juga ada mengingatkan hambanya bahawa sesuatu perkara itu tidak akan berubah sekiranya manusia itu sendiri tidak mahu berusaha mengubah dirinya. (Maksud surah Ar-Ra'd ayat 11). Berusahalah mengatasi kelemahan diri dengan cara positif. Jangan salahkan orang lain sebelum mencari kelemahan sendiri.


Orang lain mungkin bersalah tapi itu bukan alasan untuk kita terus gagal. Jika kita terjatuh di jalanan kerana tersepak batu, wajarkah kita menyalahkan batu kerana ada di situ, cuba renungkan mengapa orang lain yang melalui jalan itu tidak jatuh? Mengapa hanya kita? Mungkin kerana kita kurang berhati-hati atau terlebih cuai. Jadi, sewajarnya kita tidak mencari alasan untuk gagal atau mencari alasan apabila sudah gagal kerana setiap usaha keras dan keyakinan yang mantap terhadap diri sendiri akan membuahkan hasil setimpal. Masih belum terlambat untuk kita bermuhasabah diri atas setiap masalah dihadapi, mencari kelemahan dan kekurangan kita, agar dapat mencari titik permulaan untuk mengorak langkah ke arah kehidupan positif dan cemerlang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...