Followers

Showing posts with label program KTA. Show all posts
Showing posts with label program KTA. Show all posts

keadaan dalimma dan tertekan..mengikut kata atau tidak...

| Sunday, December 5, 2010 | 0 comments |
(google imej)

salam kepada semua.. pada hari sabtu yang lalu selesai juga program anak angkat yang dianjurkan oleh kolejku..
setelah selesai program majikan ku memberi surat tawaran kepada setiap pelajar yang sedang menjalani praktikel selama 6 bulan termasuk aku...
surat tawaran mengenai pelajar yang menjalani prktikel sekarang ni diberi membuat pilihan samada mahu menruskannya atau tidak..
dalam fikiran ku adalakanya 50-50..adakalanya 80-20...
sebelum ku balik melaka pada petang sabtu..
ku telefon abahku ku dulu sebab ku mahu berbincang mengenai hal surat tawaran tu...
ku pun tanpa berlengah terus balik ke melaka..
sebab ku perlu menyerah surat tawaran tu semula kepada majikan ku pada hari isnin ini...ada sebab tertentu perlu diserahkan semula...
dalam tengahari tadi(ahad)..ku berbincang dengan abahku..ku menerangkan segala
aktiviti ku selama ku praktikel di seremban..
abahku memberi respon yang kurang memberangsangkan..dengan kata lain beliau tidak setuju ku menyambung semula dalam program anak angkat tersebut...
ku pula masih lagi dalam delima..terkontang-kanting pun ada juga..*nak nangis pun ada*
ku tahu abahku mahu yang terbaik untukku..
tapi adakah benar setiap kerjaya yang kita pilih dan minat restu daripada ibubapa itu penting?
jika membantah dan tidak mengikut kata-kata abahku..ku rasa jadi serba salah pula..
jika ku membuat pilihan ku sendiri sebelum ku memberitahu surat tawaran tu kepada abahku..ku takut menyesal di kemudian hari..

nota kaki: YaAllah berikan aku petunjuk..aku dalam keadaan delima sekarang ni...jika ku meneruskan kerjaya ni tanpa diketahui oleh abahku tanpa restunya juga..apa yang akan berlaku keadaan diriku sekiranya ku meneruskan juga kerjaya ku ni...*emmm macam mana buat ni..pening-pening*..

ke"fobian"an dengan anjing..

| Friday, December 3, 2010 | 3 comments |
salam kepada bloggers semua...
ku nak tanya..penah tak fobia dengan anjing..?
ku,terus terang cakap..aku memang takut anjing sampai la sekarang ni..
nampak je anjing..aku dah menggelatar lutut dibuatnya..
nak lari makin lambat pula ku berlari..*sadis betul*

teringat pula waktu zaman remaja..waktu ku dan adik ku
pergi mengaji naik motor..masa tu ligat juga naik motor ke sana sini..
masa nak balik dari mengaji tu tiba-tiba motor rosak..*motor skuter plak tuu..*
dah skuter rosak..kena la seret motor sampai la jalan bukit..*tak larat woo masa tu*
dengan tak semena-mena ada banyak anjing belakang rumah cina terlepas dari kandang..
dengan anak-anak anjingnya sekali keluar kandang..lebih kurang 14 ekor..
aku dan adikku lari lintang pukang..skuter dah tunggang terbalik tepi jalan..*tinggal macam tu je*
masa tu aku lari dan jatuh..lutut darah..*sakit..ishhh*
selamat kan diri kat rumah cina...tapi ada anjing juga..
tapi nasib baik anak anjing duduk dalam kandangnya...
kalu tidak lagi masak la gamaknya..*ni lagi sadis dibuatnya*

*************************************************************

baru-baru ni buat temujanji dengan ibubapa nak berbincang mengenai program kat kolej ku..
bila dah pergi ke tuan rumah dalam dua tiga kali macam tu..emm masa tu
jugak lah nampak anjing tuan rumah tu..tuan rumah tu india..
dua ekor dan besar sangat anjing tu...
tuan rumah tiada kat rumah sebab ada masalah-masalah tertentu..
jadi ku buat temujanji sekali lagi..kali ni buat temujanji di rumahnya..
tapi tuan rumah tu kata "kamu tak takut anjing ke?"
terus ku katakan"saya takut"
dan tuan rumah tu mencadangkan buat temujanji di luar
tapi ku menolak juga..ada sebab tertentu juga..
akhirnya temujanji tu buat di rumahnya..
kami bertiga..ku,iza,syaf..
kami nak masuk rumah yang ada anjing tu..darah dah naik sampai ke kepala..
menggeletar lutut sangat-sangat..
tuan rumah ikat macam tak ikat tali anjing tu kat pagar rumah..
ku pula dua tiga kali juga keluar pagar rumah..
salakan anjing dua ekor memang menggerunkan aku...
tuan rumah sedaya mungkin ajar anjing-anjingnya..
bila dah masuk ke ruang tamu pun..
ku masih lagi keadaan mengeletar..
tak bercakap pun dan fikiran pun jadi bercelaru..
kawanku jadi penyelamat ketika berbincang dengan tuan rumah mengenai program anak angkat kolej ku...
masa nak balik tu sama la juga keadaan seperti ku ceritakan tadi..."T____T*

nota kaki: gambar anjing tu yang ku lihat masa kat rumah india tu...

Terima Kasih Pakcik Van..harapan ibubapa..

| Tuesday, November 30, 2010 | 0 comments |

(google imej)

Assalamualaikum...
keceriaan yang berlalu pada petang semalam terima dengan redaNya..
disini ku nak ucapkan terima kasih kepada pakcik Hadi..beliau jadi pemandu van Kolej ku
yang membawa kami ke rumah ibubapa pelajar setelah kami membuat
temujanji dengan ibubapa...
pakcik hadi menurut saja..ada kalanya kesian juga...
seharian dia membawa kami ke sana sini...
kami bergerak secara berkumpulan...
kami menggunakan perkhidmatan kenderaan van yang dimiliki
sepenuhnya oleh kolej ku..
disebabkan ada diantara kami tidak mampu lagi untuk membeli kenderaan sendiri..
malah lebih parah lagi tiada lesen dan tidak tahu membawa kenderaan..termasuk diriku
ni yang tidak tahu apa-apa pasal kenderaan..*ini membuat ku lagi kuno dan sedih*
lagi satu ada diantara kumpulan kami juga ada kenderaan sendiri..
tapi mahu menjimatkan duit minyak..
dan juga harga minyak dah naik kan..betul kan..

ku dan dua kawanku yang masih bujang pergi ke rumah ibubapa pelajar yang terakhir
pada petang semalam..*sengeh*
pakcik hadi tolong kami cari rumah tu tapi tak jumpa-jumpa..
sebab lorong jalan yang berlainan tapi satu kawasan taman besar dan luas..
puas juga mencari sehingga lorong jalan tiada di tepi jalan.*ini membuat bertambah lebih sadis*
pakcik menyuruh ku telefon..tapi tak tahu saja masa tu..
manalah tau laluan lorong jalan lain tidak di jejak lagi...
emm bila dah puas mencari rumah ibubapa yang terakhir..
ambil keputusan ku telefon tuan rumah...
bertuah..panggilanku di sambut ..dengan segeranya menyuruh kami datang ke rumah..

bila sudah sampai di rumah ibubapa berkenaan orang rumah yang menyambut kedatangan kami..masa tu suaminya tiada di rumah..pada ketika itu ku ingat pasangan tersebut berada dirumah..
anak-anaknya ramai juga..ada yang masih kecil..*sengeh*..
layanan yang diberi kan oleh orang rumah memang peramah betul..
sehingga tidak sempat ku berkata-kata tujuan kami datang ke rumah..*ketawa*
jadi suasana perbualan tidak jadi bisu seribu bahasa.
orang rumah seolah-olah meletakkan harapan yang tinggi untuk anak meraka
mengikuti program yang dianjurkan oleh kolej ku..*takut juga..harapan yang diberi begitu tinggi*
jadi ku dan kawan dua tu pun tanya juga keadaan pelajaran anak-anak mereka.
emmm agak lama kami berada di rumah ibubapa..
seolah-olah tidak mahu kami pulang dan alang-alang pula di ajak minum..*malu tapi mahu..sengeh..ceh*
tapi kami menolak pelawaan dengan baik..


nota kaki: Alhamdulillah..segala cabaran dan dugaan yang berlaku pada hari ini dan hari-hari yang sebelumnya ku terima dengan redhaNya..amin..wassalam...

kecuaian aku yang tidak disengajakan lagi...memang cuai...

| Monday, November 29, 2010 | 2 comments |
(google imej)


salam semua...
macam keadaan bloggers semua..?diharap semuanya sihat..
ceria-ceria la selalu ea dengan senyuman bibir gitu..
senyulah sikit..senyuman tu kan suatu sedekah...:)


ok..ku sudah membuat pembuka bicara..
emm tu la semolek-moleknyer kan..*sengeh*..
emmm baru tadi selesai juga kerja memfailkan data-data pelajar..
sebab 4 haribulan ni ku ada program anak angkat kat kolej aku..
untuk sesi pendaftaran untuk tahun 1 hingga 5..
emm ada serba sedikit program untuk budak-budak sekolah ni..
kiranya memberi sedikit motivasi kepada pelajar
dan tak lupa juga ada juga sesi taklimat untuk ibubapa pelajar..


jadi semakin dekat dengan program tersebut...
aku kena buat "phone calling atau sms" kepada semua ibubapa pelajar..
jadi yang tak dapat hadir pada bulan-bulan yang lepas akan dipanggil semula
untuk ingatkan ibubapa pelajar yang ingin hadir pada tarikh berkenaan..

emmm n3 kali ini..kecuaian yang tidak disengajakan lagi..
memang teruk betul aku ni..
hanya kerana "sms"..
untuk ku membuat temujanji dengan ibubapa pelajar
bagi membincang program-program yang akan dijalan untuk tahun hadapan...
begini "sms"nyer kuhantar kepada ibubapa berkenaan..



"salam@selamat sejahtera..sy nor dalila dr Kolej Teknologi Alpha..saya ingin
membuat temujanji dengan tn/pn mengenai program yg ditawarkan utk Amiratul Nurnajwa Huda..sy cdgkan temujnji dibuat pd 30/11/2011 iaitu hari Rabu di rumah tn/pn pd pukul 6 ptg"


masa ku hantar ku tidak perasan hari dan tahun itu salah...huhu..
ku dapat mesej dari ibubapa tersebut


"thun depn ke thun ni?"
"Maaf salah letak tahun..tahun ni"..mesej ku balas semula..


myroomate terperasan ku dah tak tersengaja ku buat temujanji dengan ibubapa..
sebab dia terlihat dalam beberapa fail pelajar yang telah ku buat hari dan tahun yang salah...
YaAllah memang waktu tu ku dan roomate jadi ke"stres"san melandiri diri kami berdua...
*masa tu juga kami boleh lagi gelak-gelak*
aku balas mesej dengan memperbetulkan hari dan tahun..
dan ibubapa berkenaan balas semula mesej ku begini..


"beragan(berangan) ke ni hb pun lupa thn pun lupa terigat(teringat) kt pawe(pakwe) ke"


adusss...aku tak berkecil hati hati pun dengan kata-kata tersebut..
pipiku jadi merah-merah pulak...*gedikssnyew*
sebalik aku dan roomate ketawa sampai kecut perut...*ketawa*
ku balas lagi ucap minta maaf banyak-banyak..




nota kaki: memang ada kalanya aku buat kerja..aku nak fokus..tapi buat kerja mesti otak ku lain..dengan kata lain berangan..diri sendiri pun tak tahu apa lah yang aku fikirkan sebenarnya...

adushhhh...tersalah call lagi...

| Thursday, November 11, 2010 | 2 comments |



salam semua...
hari ini berlaku tanpa aku duga...adesss...
aku tersalah call lagi...ni dah masuk dah kali kedua..
T_____T
mulanya aku call nama guru kaunseling untuk aku tanya mengenai
surat maklum balas ibubapa pelajar untuk
program anak angkat Kolej Alpha...
time tu aku dah call dua kali dia jawab...
masa kali pertama aku call ok, katanya surat akan hantar kat pejabat
tengahari tadi aku call buat kali kedua tanya perkara yang sama..
tapi kali ni suaranya macam nak tak nak bercakap dengan aku dan terus dia letak telefon..
dalam hati ni masa tu..huhu..tersentap juga...
aku n myroomate pergi untuk aku berjumpa dengan guru berkenaan..
tapi aku pula rasa keliru..ada yang kata ada guru lain plak yang handle surat maklumbalas...
huhu..mati kutu aku dibuatnya...balik dari sekolah dengan perasaan kecewa..waaa..
pastu aku tengok balik nombor telefon dan nama guru tu kat hp aku...
ishh takkan lah aku salah call plak..tp hati ni rasa macam dah tak sedap hati plak time tu..
sekejap rasa betul yang aku call tu guru..takut-takut yang aku call tu parents...waaaa...
bila aku kaji dan berfikir banyak kali..
arghhhh memang aku rasa dah salah call....dalam kepala otak aku ni macam mana aku nak buat...dah la geng aku tak tau...T______T
disebabkan nama guru dan parent tu sama...adusssss...
cara penyelesaian..aku mesej balik..minta maaf banyak-banyak...
bukan aku sengaja suka-suka hati buat salah...
ini berlaku di luar jangka...
bukan juga sengaja cuai atau leka...
ini betul-betul cubaan....waaaaaa...T_______T

last program hari tu..sesi bergambar::

| Monday, October 4, 2010 | 2 comments |
PROJEK ANAK ANGKAT KTA
BAGI
PROGRAM KECEMERLANGAN DALAM UPSR 2010
PADA
25/9/2010..2 DAN 3/10/2010

::Program Anak Angkat KTA dan majlis rumah terbuka hari raya kolej::

| Saturday, October 2, 2010 | 2 comments |
salam semua..hari ni 2/10/2010..program anak angkat KTA dah berlangsung pagi tadi hingga petang..best..

awal pagi dah berposing..ahaksss..myroomate iza..


jaga bahagian pendaftaran....budak kecik ni banyak cakap..iza
layan budak comel ni..

dah abis program...bergambar la jawabnyer...lepas makan free..hehe
lepas tu geng-geng ni pergi jaya jusco..bukan beli barang tapi pergi karaoke..
opppss kat jj..karaoke..ku xnyayi tau..just tengok diorang nyanyi..hhuhu..
sempat lagi bergambar time ni..
sore sumbang..bek ngaku awal-awal..wakaka..:P


::working..close case::

| | 0 comments |
salam semua...haaa ni punyer len plak..huhu..
kitorang pergi sekolah Lukut kat Port Dickson...
cz hantar kad jemputan rumah terbuka hari raya kat kolej aku...

berposing jap...hehe..makanan kat kantin sekolah tu sedap..jadi ni kali kedua kitorang makan kat sekolah Lukut...


a)

a) dan b) on the way balik..dah setel hantar kad jemputan untuk guru-guru..
pastu dalam pukul 2 petang jumpa prospek..n close case tabung pendidikan..
alhamdulillah...berjaya..syukur kepadaNya...
TQVM kepada kumpulan ku yang banyak membantu ku...=)

::SK SENDAYAN +++::

| | 0 comments |
Sk Sendayan

a)

a) dan b) on the way ke pejabat sekolah

kantin Sk Sendayan..menunggu cikgu..huhu



rumah parent....peace...



malu-malu kucing nak makan biskut raya..ahakss..


salam semua...huhu..dah beberapa hari tak update blog..makin bersawang...memang tak sempat cz kena pergi beberapa buah sekolah..kena follow up up untuk program tu...terkejar ke sana ke mari..tapi alhamdulillah semangat berpasukan dan bekerjasama di antara ahli kumpulan..

ni punyer cerita hari rabu sebelum program tu bermula pada 2/10/2010...
kitorang kena pergi sekolah sendayan..pergi secara baik...harap-harap dapat beri kerjasama..tapi rasa terkilan pun ada..nk tau sebab apa..bukan niat nak aib sape-sape..niat ku hanya menjalankan tugas di amanahkan untuk pergi ke sekolah sendayan..bila aku n iza berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut tiada layanan mesra..bukan tiada langsung tapi cara komunikasi dengan kitorang tak pandang muka langsung..aku pun berfikir mungkin ini Tuhan nak uji aku...aku bukan aib sekolah atau guru besar sekolah..sekurang-kurangnyer hormat lah kami sebagai pelajar dan sapot kami nak jalankan program tu...ini tidak..time face to face katanyer dia bz..kami tak sempat nak terangkan hal program dan lebih terkilan kami tak bolah jumpa pelajar tahun 5 untuk beritahu pindaan tarikh dan masa program tu..beliau tak bagi kami masuk langsung..dengan nada tegas suaranya..last2 guru besar tu minta tolong seorang guru wanita setelkan hal kami..

guru wanita sekolah tu tolong edarkan surat pindaan dan borang keahlian program anak angkat kolej..jadi kami tunggu la kat kantin sementara menunggu guru wanita tu setelkan hal kitorang...memang kena banyak bersabar..ini lah dugaaan yang kena terima dan reda

emmm dalam pukul 4.30 petang pergi ke rumah ibubapa kat daerah Sikamat...bincang mengenai program tersebut..last last minit parent tu bgtau kat kitorang dia tak jadi nak ambil tabung pendidikan..cz dia dah nak berpindah walaupun berminat dengan tabungan pendidikan tersebut..tapi kitorang paham..banyak nak kena setelkan..jadi kiorang tak paksa...layanan yang diberikan oleh parent memang best..hehe..pe lagi biskut raya kat atas meja makan la..mula-mula tu malu-malu kucing...ahaksss..hehe..rezeki datang..=)

::pergi ke SK LUKUT::

| Tuesday, September 28, 2010 | 5 comments |
salam semua..
ini ahli kumpulan kami seperti gambar di bawah nie..
sowang lagi member tak dapat hadir...
pagi tadi kami pergi ke SK Lukut kat port Dickson..
cz pemberitahuan kat pihak sekolah ada pindaan tarikh dan masa program....
tarikh dan masa program untuk Sk Lukut pada 3 haribulan 10 nie sesi pagi pukul 8.30 pagi hingga 12.30..
pastu surat pindaan dan borang keahlian program anak angkat KTA tu kena edarkan di setiap pelajar tahun 5.wajib bagi pada kat ibubapa diorang...
n then borang keahlian tu kena serahkan semula kat kitorang time waktu rehat..

duk kantin jap..
meh sini ku perkenalkan nama member..huhu.. dari kiri namanya zupki,aku baju kaler hijau tu..ahaksss..:P
dari kanan namanya zulfadzli dan aisyaf


huhuhu..muka masing-masing tengah lapar dah nih...

time rehat...tengok gelagat diorang...macam-mcam kerenah...teringat plak zaman ku sekolah seperti diorang..hehe..

haaaa..sorang lagi kawanku namanya haiza..yang duk tengah makan...
time nie baru dapat makan..tempat dewan makan guru...



time posing jap sebelum balik...hehe....
emmmm sebelum balik sempat lagi posing kat kereta sowang cikgu mana tah
cz kat kereta tu ada 3 huruf no plate...pe 3 huruf tu..mb ada yang paham kot..mula2 tu aku blur..rupa-rupanyer di sebalik 3 huruf tu..ada word yang tak elok..huhuh..
jadi ku tak upload gambar kat cini...




::Stress..kena banyak sabar nih..dugaan di alam pekerjaan::

| Monday, September 27, 2010 | 2 comments |
salam semua..beberapa hari agak bz skit..cz memikir pasal program yang nak dijalankan
pada 2 dan 3 haribulan 10 ni..huhu..
minta maaf banyak kepada rakan bloggers cz sejak memenjak ni ku jarang berblogwalking..
singgah mana-mana blog yang sempat di singgah je....huhu.
nti ku singgah ye..nk tau juga kan aktiviti dan luahan rasa korang..ahakss..:P
hari ni jadi stress..macam-macam kena fikir..
pertama..pasal duit...cz amanah yang diberi dan orang beri kepercayaan pada ku..kena jaga betul-betul nih..
kedua..laporan praktikum ku belum setel2 lagi..nak sedih di buat nyer..
ketiga..kena phonecall ibubapa pelajar sekolah..untuk pengesahan kehadiran ibubapa dalam program tu nanti..kredit makin melayang lagi nampaknyer..
keempat..nanti kena pergi rumah ibubapa pelajar..nak kena tutup kes pasal tabungan pendidikan anak-anak..(faham-faham sendiri la ye apa praktikel ku sebenarnyer..mesti ada yang tertanya-tanya kenapa program tu dikaitkan dengan tabungan pendidikan anak-anak...huhu..mb ku sorang je paham kot...angkat bakul sendiri...ahakssszz...=)..)

Alhamdulillah..Program semalam berjalan dengan lancar::

| Sunday, September 26, 2010 | 0 comments |
salam semua..diharap semua sihat-sihat belaka..=)
semalam selesai program kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR tahun 5..
semuanya berjalan dengan lancar..walaupun pertama kali diadakan di seremban..
dalam program tersebut saya ditugaskan bahagian pendaftaran ibubapa dan pelajar..huhu..
program tersebut dijalan pada sesi pagi dan sesi petang..huhuh..
bayangkanlah semalam terbangun pukul 7 pagi..bangun dan mandi cepat-cepat nak ke kolej waktu tu..naseb baik dekat dengan rumah sewa..huhu..
kenapa jadi macam tu cz time setting dewan habis pukul 12.30 malam..pastu dapat arahan plak dari pengarah projek katanya sampul surat untuk ibubapa kena tulis nama ahli kumpulan dan nombor telefon kami..cz semasa pendaftaran tu kena bagi ibubapa yang hadir
adesss..sampul tu saiz besar..ada dalam 70 lebih sampul tu..
ahli dalam kumpulan ku ada 6 orang..jadi setiap nama 6 orang ni kena tulis kat envelop ibubapa..
housemateku lah yang tolong aku buat kerja ni..kalu tak..tak tido la ku...huhu..
pukul 4 pagi baru selesai bab tulis menulis nama nie..huhu..
tu la yang sampai terbangun pukul 7 pagi tu..T_T
habis program untuk sesi pagi sampai pukul 1.30 tengahri..
sampai tak sempat nak solat dan makan..
memang kebulur sangat dah waktu tu..sempat makan roti dan air mineral je..
macam biasa ku kena jaga bahagian pendaftaran untuk sesi petang pukul 2..perut berbunyi-bunyi..
kena tugas yang diberi kan kena laksanakan juga..
alhamdulillah..berjalan dengan lancar..
minggu depan untuk 2 dan 3 haribulan 10 ni program yang sama akan diadakan kat kolej ku..



::Event 25/9/2010..moga-moga berjalan dengan lancar::

| Friday, September 24, 2010 | 0 comments |
salam semua..baru hari ni baru dapat update..n hanya copy n paste je tentang isu-isu semasa sejak memenjak ni..hehe..tak sempat untuk perihal diri sendiri..huhu..gedik la plak ..de ke orang nak baca entry ku ni..lantak la.. yang ingin di sampaikan hanya untuk berkongsi cerita dan pandangan masing-masing..terima atau tak itu hak masing-masing..

ok-ok..abaikan kan je la perkara di atas..huhu..sebenarnya esok ku ada projek Anak Angkat Kolej Teknologo Alpha untuk program kecemerlangan peperiksaan UPSR 2011 untuk tahun 5 kat kolej ku sendiri..jadi ini permulaan first time program ni dijalankan..jadi agak takut juga la kan program tak berjalan seperti yang diharapkan..selain itu juga program ni melibatkan ibubapa n anak..jadi ku dan kawan-kawanku yang terlibat sama untuk program ni menjadi kakak-kakak dan abang-abang angkat dengan kata lain menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar tahun 5.. dalam pada itu juga, setiap dalam kumpulan 1 hingga 3 yang mengetuai atau yang pegang sekolah masing telah di beri tugas masing-masing seperti..

bahagian pendaftaran ibubapa dan pelajar
bahagian siapa yang jaga tempat letak kereta
bahagian teknikel..guna slide show..sape jadi mc dan sebagainya..apa yang penting kena get ready apa jua keadaan dan kerjasama dalam team work..hehe

ni ku baru je selesai settingkan dewan untuk program tu esok..makan masa juga buat benda ni..cz ia melibatkan beberapa buah sekolah yang terpilih..perkara jadi mudah dengan team work yang memberi kerjasama untuk menjayakan program sehingga 3 oktober nanti..

banyak juga cabaran dan tekanan di saat-saat akhir untuk follow up kehadiran ibubapa dan pelajar..pagi tadi pun ahli kumpulan kami pergi ke sekolah sikamat untuk follow up n pergi berjumpa dengan guru kaunseling,GPK 1 dan guru besar sekolah tersebut..cz pada mulanya pihak sekolah tidak beri kebenaran untuk mendapatkan data pelajar dari pihak sekolah tu sendiri..jadi kami dah beri brochure untuk program tu sebelum raya kepada guru kaunseling dan dan suruh guru tersebut edarkan tapi bila kami pergi semula..segelintir pelajar tahun 5 tak dapat brochure tu..jadi kami agak susah nak call ibubapa pelajar untuk pengesahan kehadiran program tu..n kami pun buat cara pergi ke setiap kelas tahun 5 untuk beritahu mengenai program tu n kami juga beri juga borang keahlian warna ungu dan kami suruh mereka isi dan hantar kepada kami time waktu rehat..emm sambut yang diterima sangat menggalakan..alhamdulillah..dengan cara ini dapat dekat diri dengan pelajar-pelajar sekolah..malah kami pun dapat belajar berkomunikasi depan pelajar sekolah khususnye dan timba pengalaman..sepatutnya pergi ke sekolah tu pada hari selasa lepas jadi tertangguh hingga hari khamis..cz ada-ada sebab tertentu yang tak di elakkan..bukan buat kerja last last minit..lagi satu kami dah pergi ke sekolah tu tiga kali..baru hari ni(jumaat) dapat follow up dan call parent yang beri pengesahan kehadiran..dan kredit kena la korbankan sikit untuk buat benda ni semua..asalnya respon yang diberikan pelajar tahun 5 untuk pengesahan kehadiran tu hanya seorang saja yang beri respon untuk hadir..sekarang ni kami dah dapat respon tu daripada ibubapa yang nak hadir seramai 18 orang..alhamdulillah..sekurang-kurang ada juga lah responnyer daripada 1 respon tu...tp ni kami dah kerja dalam team work dan masing-masing buat yang terbaik dan termampu..insyallah..amin..doakan semoga program ini berjaya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...