Followers

Terima Kasih Pakcik Van..harapan ibubapa..

| Tuesday, November 30, 2010 | |

(google imej)

Assalamualaikum...
keceriaan yang berlalu pada petang semalam terima dengan redaNya..
disini ku nak ucapkan terima kasih kepada pakcik Hadi..beliau jadi pemandu van Kolej ku
yang membawa kami ke rumah ibubapa pelajar setelah kami membuat
temujanji dengan ibubapa...
pakcik hadi menurut saja..ada kalanya kesian juga...
seharian dia membawa kami ke sana sini...
kami bergerak secara berkumpulan...
kami menggunakan perkhidmatan kenderaan van yang dimiliki
sepenuhnya oleh kolej ku..
disebabkan ada diantara kami tidak mampu lagi untuk membeli kenderaan sendiri..
malah lebih parah lagi tiada lesen dan tidak tahu membawa kenderaan..termasuk diriku
ni yang tidak tahu apa-apa pasal kenderaan..*ini membuat ku lagi kuno dan sedih*
lagi satu ada diantara kumpulan kami juga ada kenderaan sendiri..
tapi mahu menjimatkan duit minyak..
dan juga harga minyak dah naik kan..betul kan..

ku dan dua kawanku yang masih bujang pergi ke rumah ibubapa pelajar yang terakhir
pada petang semalam..*sengeh*
pakcik hadi tolong kami cari rumah tu tapi tak jumpa-jumpa..
sebab lorong jalan yang berlainan tapi satu kawasan taman besar dan luas..
puas juga mencari sehingga lorong jalan tiada di tepi jalan.*ini membuat bertambah lebih sadis*
pakcik menyuruh ku telefon..tapi tak tahu saja masa tu..
manalah tau laluan lorong jalan lain tidak di jejak lagi...
emm bila dah puas mencari rumah ibubapa yang terakhir..
ambil keputusan ku telefon tuan rumah...
bertuah..panggilanku di sambut ..dengan segeranya menyuruh kami datang ke rumah..

bila sudah sampai di rumah ibubapa berkenaan orang rumah yang menyambut kedatangan kami..masa tu suaminya tiada di rumah..pada ketika itu ku ingat pasangan tersebut berada dirumah..
anak-anaknya ramai juga..ada yang masih kecil..*sengeh*..
layanan yang diberi kan oleh orang rumah memang peramah betul..
sehingga tidak sempat ku berkata-kata tujuan kami datang ke rumah..*ketawa*
jadi suasana perbualan tidak jadi bisu seribu bahasa.
orang rumah seolah-olah meletakkan harapan yang tinggi untuk anak meraka
mengikuti program yang dianjurkan oleh kolej ku..*takut juga..harapan yang diberi begitu tinggi*
jadi ku dan kawan dua tu pun tanya juga keadaan pelajaran anak-anak mereka.
emmm agak lama kami berada di rumah ibubapa..
seolah-olah tidak mahu kami pulang dan alang-alang pula di ajak minum..*malu tapi mahu..sengeh..ceh*
tapi kami menolak pelawaan dengan baik..


nota kaki: Alhamdulillah..segala cabaran dan dugaan yang berlaku pada hari ini dan hari-hari yang sebelumnya ku terima dengan redhaNya..amin..wassalam...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...