Followers

kerana CSL..

| Sunday, January 9, 2011 | |
salam kepada pembaca maya ku..ada diantara kalian sudah mengetahui pemenang AJL bukan..jadi tidak perlu lah aku menyebutnya sebab rata-ratanya sudah mengetahui..

ok aku juga nak ucapkan terima kepada kalian juga kerana sudi juga singgah di blog ku..aku hargai..insyallah aku juga kan singgah di teratak kalian juga ya..sama-sama memberi dan menerima..:)

entry kali ni kerana CSL..'straight to the point' la ye..aku, ina dan miza rancang mahu pergi ke Jaya jusco di Seremban Dua..jadi bertiga berjalan kaki dalam pukul 8 malam..ina mahu beli komik dan hajatnya sudah tercapai..seterusnya kami bertiga pergi ke 'part' beli makanan jajan..masa tu perut tengah berkeroncong..hehe..beli segala apa yang di depan mata masing-masing..

dalam otak kami bertiga mahu tengok AJL..sudah alang-alang kami bertiga sudah membeli barang di JJ..sebab di rumah sewa tiada TV..huhu..emm masa tu juga kami main tarik-tarik tali mahu tengok AJL atau tak...jadi kami bertiga dah sepakat mahu pergi tengok AJL di Restoran NS Corner sambil-sambil kami membawa barang yang kami beli di JJ..sebaliknya berlaku bila kami sampai, restoran tu buka siaran bola sepak..*kecewa...dalam kami bertiga nak tengok juga kan kami kena paksa pergi Restoran Aiza sebab restoran tu je yang pasang AJL..


di restoran tu kami bertiga 'order' air dan ina pekena roti telur..aku dan miza makan benda yang segara yang kami beli makanan di JJ..jimat duit...huhu..tengah kami bertiga makan sedap-sedap, tokey restoren tu tukar siaran bola sepak..ahhh lagi bertambah kecewa..sudah la pelanggan di situ juga mengeluh..kami bertiga makan cepat, kami bergerak sepantas yang mungkin..huhu..pelanggan yang tengah syok-syok tengok AJL pun segera meninggalkan tempat duduk..huhu..
[maaf ye..ini lukisan yang ku cuba buat..hehe..*nak sangat tengokkan AJL..nah ni jadinya..jangan jadi ikutan seperti ini..huhu]


[google]


dengan membawa duka dan kecewa..*cewahh ayat tak boleh blah..lepas itu, baru ina teringat, dia ada CSL phone..dari hensetnya ada 'area' boleh tengok tv..kami gembira bukan kepalang..sambil kami bertiga berjalan kaki mahu pulang ke rumah, tengah alang-alang tu juga kami menonton AJL..hehe..teruja kami dibuatnya..


bila dah sampai rumah kami bertiga cuba cari juga AJL secara online tapi tak dapat..nak tak nak kami bertiga tengok juga dekat CSL kepunyaan ina...tiba-tiba bateri pula 'low'..kena caj..dua tiga minit tengok semula AJL kat CSL..lepas tu berlaku perkara yang sama dan begitu la seterusnya ia berlaku..huhu..


nota kaki: kenangan tidak di lupakan berjalan kaki bersama mereka berdua..
penuh dengan gelak ketawa..
terasa jiwa tenang dan gembira..

1 comments:

Anonymous — January 14, 2011 at 8:05 AM said...

Kelakarlah...sungguh pun tak dapat tengok AJL secara penuh tapi disebalik hikmah menjadi penonton pelarian, ada kegembiraankan?
Kira berbaloi-baloi jugalah.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...