Followers

Terasa Ngilu...

| Monday, July 18, 2011 | 0 comments |
Assalamualaikum semua....

baru ada kesempatan nak update...
makin jadi suam-suam bukan suam-suma air...ok tak lawak disitu...

petang tadi dalam pukul 2 petang menemani ibu pergi ke klinik pergigian peringgit..
aku pun tumpang sekali buat chek gigi..dalam lama sangat tak chek gigi dengar doktor...
dalam erti kata bersihkan gigi yang makin hari makin ber'karat'..

dengan angka nombor giliran 1041..pergi menuju ke bilik nombor satu...
nak doktor perempuan melayu tapi dapat doktor bukan melayu punyer...
alat di masuk alat untuk membuang segala plak di celah-celah gigi...
terngiang-ngiang bila dengar alat tu..apatah lagi makin terasa ngilu gigi di buatnya...

bila siap rasa kelegaan yang amat sangat..gigi terasa ringan...segala plak telah tiada..
konon dah bersih sangat la tu..(>_<)...menitis air mata gak menahan kesakitan..huhu..

gosok gigi selepas makan dan sebelum tido..paksa diri kita gosok gigi sebelum tido..=)...
buat pemeriksaan gigi 6 bulan sekali...=)
ambil pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti saranan semua doktor di Malaysia..
memandai je aku kan...ok..jaga kebersihan mulut dan gigi..senyum selalu...wassalam..=)

terima kasih mama..lagu untukmu

| Saturday, May 7, 2011 | 0 comments |



mama...
terima kasih mama...
mama yang aku sayang..

terima kasih mama
bertarung nyawamu ketika melahirkan aku

terima kasih mama
masak untuk anak-anakmu
air tangan mama tiada gantinya

terima kasih mama
selalu berdoa untuk kebahagian anak-anakmu

terima kasih mama
rindu dengan peluk cium mama
nak peluk mama..salam tangan mama..

terima kasih mama
pengorbananmu tidak terhingga

dah berhenti..mungkin ada hikmahnya...

| Tuesday, April 12, 2011 | 2 comments |
Assalamualaikum...

emm lama betol tak update..mana taknya asyik dengan moody je memanjang..jadi hilang la mood nak menulis..ishh kadang-kadang tu moody yang datang tanpa di undang aku jadi ikutkan sangat hati perasaan tuh..perasaan la sangat kan..huhu..


dua hari sebelum masuk awal bulan april lalu aku dah berhenti kerja partime coffeehouse..mana taknya masuk kerja pukul 7 pagi dah terpacak kat sana..huhu..masa tu boleh tahan la kerjanya..semua nak kena cepat..dan time kerja tu jugak manusia tak dapat lari dari tekanan..betul tak..emm rasa la sekejap duit gaji sendiri..sekurang-kurangnya nak kena tahu gak cara orang bekerja nih..berhenti kerja awal mungkin ni la kot akibatnya tak dapat restu ibubapa..


ok,mula-mula tu aku tanamkan niat nk kerja tu..masa tu aku fikir dari duk terperuk kat umah tak buat apa..jawabnya cari kerja..dalam keadaan kedegilan aku ni, abahku suruh aku amik test komputer belajar kereta untuk kali keduanya..ishh buat malu je kan..huhu..dan sampai sekarang tak amik-amik lagi ujian tu..nak amik test tu dah takut ni kan pulak nanti belajar bawak kereta..ketakutan yang tak dapat di bendung..fobia..mak abah asyik duk tanya bila nak amik test tu..waaa..haaa masa tu kesibukan dan kedegilan aku kerja kat situ..


first, time temuduga dengan supervisor..aku nak kerja partime je n tak nak jadi staff..kalu jadi staff kena buka tudung..walaupun gaji staff tu ada elaun dan kwsp..tak nak aku menambahkan dosa..dosa yang sedia ni pon rasa macam tak tertanggung..


emm dalam tempoh dua tiga bekerja aku pakai inner untuk sarung tangan..beberapakali gak time kerja tu kena tegur supervisor cz dia tak bagi aku pakai katanya manager tak bagi pakai inner sarung tangan..nak tak kena la buka..mujur lengan baju kerja labuh sikit itu bawah siku..manager pulak bukan islam cz dia dah perhati aku kerja pakai sarung tangan..dengan keadaan tak rela aku kena buka gak sarung tangan..masa tu dalam kepala otak duk fikir pasal dosa..tu tak masuk lagi bab solat...solat pun dah jadi lompang-lompang..dan asyik kena qada' je bila nak solat..tu dah banyak tambah dosa..
pastu ada sorang dua je agak macam nampak gatal sikit..bukan niat nak buruk-burukan orang tak..tapi bila aku dah berhati-hati buat sesuatu kerja tu manusia nak amik kesempatan bila ada orang nak try sentuh-sentuh tangan...lagi meluat aku..lagi satu sibuk sangat tanya dah berpunyer ke belum ?tak nak kahwin ke bila nak kahwin?..rimas betul bila time kerja di soal dan di tanya segala bagai..

rasa lega sikit bila dah luah kat sini walaupun tak semua..lama gak simpan cerita ni dalam otak..otak terasa ringan seperti di awangan-awangan...:)


p/s:bila la nak amik test komputer..dah lama betul bertangguh je..

berangan pulak nak jadi guru bahasa arab..tapi bahasa arab satu hapa pun tak tahu..huhu

kelebihan atau kekurangan...menentukan atau ditentukan

| Sunday, March 13, 2011 | 3 comments |
salam kepada pembaca mayaku..aku harap kalian semua sihat sejahtera dan senyum-senyum selalu ya..:)

kenapa manusia menilai wajah seseorang wanita ataupun lelaki..maknanya dari segi luaran mempunyai kelebihan dan pakej yang lengkap..betul kan..kita akan tertarik sesuatu yang kacak..cantik..macam supermodel gitu...itu satu kelebihan yang ada pada seseorang yang ada pakej sebegitu...emmm dari dalamannya tak tau la kan...mungkin dari segi kelakuan..tingkah laku dan tutur kata yang baik..lagi la orang sekeliling akan pandang 'respect'...emm betul tak?..

kalau kelebihan yang ada pada seseorang dari segi akademik..cerdik..pandai..minda cergas..orang sekeliling akan beri pujian dan ucap tahniah diatas usahanya..kalu seseorang yang kurang bijak dari segi akademik dan keputusan peperiksaanya tidak memuaskan..tapi itu bukan bermakna tidak berusaha ataupun cara belajar yang tidak diuruskan dengan baik..emm adakah orang sekeliling akan mengatakan tidak pandai..bodoh dan sebagainya..lagi satu suka membandingkan orang yang berjaya dengan orang yang kurang berjaya..kenapa aku berkata macam tu..sebab ku tergolong orang yang kurang pandai..

aku bersyukur ibubapa ku mengambil berat tentang aku..tetapi adakalanya aku rasa rimas..lebih-lebih lagi telinga ni rasa bingit menahan sabar..aku tahu mereka mahukan yang terbaik untuk masa depan aku..macam sekarang ni aku kerja partime coffeehouse..ibuku tak berapa suka..tapi niat aku mahu cari pengalaman kerja dan niat kerja juga mahu mendapat keredhaan Allah...lebih-lebih lagi orang tua ku lebih suka aku dengan kerjaya guru..tapi aku ni kurang minat dengan kerjaya tu..tu la aku yang menentukan hala tuju masa depan aku..orang tua ku kah atau diri aku sendiri...?

nota kaki: sambil-sambil menaip menulis ni tengok program realiti mentor..

tetap salah ke..penuhi masa yang ada..

| Tuesday, March 8, 2011 | 0 comments |
salam kepada pembaca mayaku...
terima kasih kepada kalian yang sudi singgah di teratak usang
sudah begitu lama tiada penghuninya..
baru hari ini muncul kembali..
senyum..

menggunakan talian intenet tanpa kebenaran
dengan kata lain menggunkan secara percuma
dan orang yang meng'hacker' talian internet dilakukan oleh balak adik sendiri..
huh..sudah terkantoi disitu..di situ di mana..mana-mana je la..
walaupun telah mengetahui ianya salah
sampai bila menggunakan talian internet hak milik orang lain..
rasa berdosa dan rasa serba salah pun ada..huhu..
ok..jangan kusutkan dan serabutkan kepala diri sendiri..

sekarang ni kerja partime
cari pengalaman kerja buat sementara
lagipun ku mahu lihat gelagat dan tingkah laku manusia..
yang positif kita ambil dan yang negatif perlu dihindari..

makin hari usia makin meningkat
masih lagi di bawah tanggungngan ibu bapa
tapi sampai bila ku harus bergantung pada mereka
huh..terasa juga seolah-olah diri ini tidak berguna
tidak berguna dari dalaman bukannya luaran
dari luaran orang akan nampak 'cool' je
tapi sebaliknya tiada apa-apa dalam diri...

pagi-pagi sudah bermadah...=)

| Friday, February 11, 2011 | 1 comments |
[gambar: adakah muka aku bulat seperti cahaya matahari pagi?..=)..]



selamat pagi
menceriakan suasana pagi yang damai dan tenang
lebih-lebih lagi mendengar deruan pantai..
emmm rasa segar di pagi hari walaupun
keadaan diri yang belum terurus lagi...


pagi-pagi ibubapa aku sudah keluar
mungkin mengambil angin luar pagi di pantai..
aku,
masih lagi di bilik bertemankan
kesejukan seperti salji kutub utara kutub selatan..
ceh..


emmm berteman cahaya lampu oren
seolah-olah tidak mampu untuk bercahaya lagi
kononnya..
habis tu kau guna sekarang menggunakan perkhidmatan
secara percuma
jangan merungut
gunakan saja apa yang ada
tahu erti bersuyukur..
senyum dalam diri...


bukan apa
saja berkata begitu
sebab biar diri ini rasa sedar diri
dari mana asal usulnya
ada orang yang lebih susah
jadi hidup ini kena sentiasa bersyukur....
hidup cuma sekali
jadi gunakan hidup yang masih bernafas ini
gunakan ia sebaik mungkin...

begitu lama menyepi...

| | 1 comments |
[gmbar: sepi menyepi duduk makan saja menambahkan berat badan]


mencari-cari aku hala tuju
di kala itu aku begitu lama aku meninggalkan
ruang diari maya ini
hanya biarkan diari maya ini 'bersawang'
biarlah


berada di PD
baru berpeluang untuk kembali menulis
itu pun guna secara percuma
macam 'penjenayak siber'
licik
nampak je benda yang percuma
senyum


pagi-pagi buta sukar pula melelapkan mata
ini padahnya tumpang sekaki
tengok filem orang putih
di youtube
dengan adik lelaki kesayangan
kan sudah jadi insomia..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...