Followers

maafkan aku ibu..

| Monday, December 13, 2010 | |
(google imej)



maafkan aku ibu..
setelah dua minggu ku tidak telefon ibu...
dalam hati ku rindu..*ego dalam diri*..
aku jadi begitu gara-gara ibu membebel
muka ku muncung sedepa
masa tu aku nak balik ke seremban..
jadi ibu ku hantar aku ke Melaka Sentral..
hati ku cepat panas ketika ibu membebel..
ku tahu ibu mahu yang terbaik untuk aku...
kadang-kadang aku melawan..*aku mengaku..aku agak kurang ajar dalam senyap*
jangan ikut sikap aku..
aku pun agak keras kepala..
aku tahu aku dah buat salah pada ibu sendiri..
baru tadi ku telefon ibu ku bertanya keadaan dirinya ketika itu..
hati ku berasa lega mendengar suara ibu..*aduss tersentuh pulak*
ibu begitu sabar dengan tingkah laku dan sikap aku..*ibuku adalah idolaku dan nyawaku*
ketika dalam panggilan..ibu ku bertanya kepada aku.."bila kak long nak balik Melaka?"
hati ku pula rasa nak nangis...

ibu..ampunila dosa-dosa dila..
dila terlalu banyak melukakan hati ibu...
ku minta ampun dan maaf ibu..
dila sayang ibu dan dila rindu sangat ibu...



nota kaki: syurga dibawah telapak kaki ibu..

2 comments:

Anonymous — December 13, 2010 at 6:18 AM said...

Salam

Diela, macam mana marah atau berbantah-bantah sekali pun, kita perlu belajar memahami ibu. Akak pun pernah macam Diela dulu. Kalau salah, mintalah maaf. Baru hati akan tenang...

=)

Trackback by dayana December 13, 2010 at 6:51 AM said...

betul tu kak..
saya cuba belajar memahami ibu..
kerana ibu adalah segala-galanya...=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...